Tuesday, August 7, 2012

Imam Muda Jabbar Juara Imam Muda ketiga


Walaupun tahun ini aku jarang tengok Imam Muda, tapi biasanya aku akan tgk lepas rancangan sbb En Suami dah pasang Astro Beyond yang boleh rekod. Siaran langsung kemuncak imam muda akhir aku pun tak dapat tgk, selepas sehari baru dapat tengok. Tapi aku tgk mmg Imam Muda Hafiz dan Imam Muda Jabbar mmg hebat. Akhirnya IM Jabbar menjadi juara dgn hanya dipisahkan 0.7 markah.

Serba sedikit artikel dari era.fm (http://www.era.fm/Sensasi/Gosip-Mosssip/August-2012/Jabbar-Juara-Imam-Muda-musim-ke-3)

Keputusan pemuda dari Selangor sebelum ini untuk menolak tawaran kenaikan pangkat semata-mata untuk menyertai program ini juga merupakan suatu tindakan yang tidak sia-sia malah dia sebagai peserta tertua pada kali ini meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana menyifatkan kemenangannya sebagai permulaan buat dirinya berdakwah di jalan Allah.






Bertempat di Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), malam akhir Imam Muda musim ke-3 telah disiarkan serentak di Astro Oasis dan Astro Mustika HD pada hari Jumaat yang lalu telah memberi impak khusus buat yang mengemari program keagamaan ini. Pada malam itu juga Naib juara disandang oleh Mohammad Hafiz Abdul Khodir sementara Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta menduduki tempat ketiga.


Juara Imam Muda musim ketiga membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro manakala naib juara pula membawa pulang wang tunai RM35,000 sumbangan Astro, RM15,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala manakala tempat ketiga memenangi wang tunai RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala. 

No comments: