Friday, December 31, 2010

Hafiza dan Fithri





Selamat pengantin baru Hafiza dan Fithri. Dah lama bertunang pasangan ini. Akhirnya, ijab kabul juga. Majlis ni di Putrajaya, sgt sweet sebab dikelilingi oleh bunga-bunga ros yang cantik belaka. Kebetulan, tarikh resepsi di Putrajaya, adalah hari terakhir tahun 2010. Keluar dewan pukul 10mlm, ada perarakan pula sempena menyambut tahun baru 2011. Hari pun, cuti sbb Malaysia memang bola Piala Suzuki AFF. Tahniah Malaysia. Teruskan perjuangan kalian!






Tuesday, December 28, 2010

Nur Hanan Hazirah


Anak saudara baruku, Nur Hanan Hazirah. Gambar ini diambil pada 23 Dis 2010. Rambut dah botak. Masa lahir, rambut dia sungguh lebat.


Sunday, December 26, 2010

Sandwich and French Fried

Qaisarah suka makan kentang goreng, maka petang td aku menggoreng kentang, nuget dan menyediakan sandwich utk makan petang.




Saturday, December 25, 2010

Bengkel Kemahiran Insaniah dlm Pembelajaran dan Pengajaran

Minggu ni ada satu lagi bengkel. Bermula 22/12 sehingga 24/12. Masa pelajar universiti cuti, macam-macam bengkel la akan menyusul. Ini bengkel kemahiran insaniah pula. Hanya di Klana Hotel, Nilai. Kami berlima dari FST.

Yang seronok, ada aktiviti, buat menara dari spagetti. Kumpulan kami dapat nombor 1.


Menara spagetti kami.


Kumpulan kami.

Bengkel ni mcm2 aktiviti ada. Paling tak lupa buat aktiviti, jual barang, kumpulan kami kena jual berus gigi. Ada kumpulan kena jual mesin basuh, siap air mesin basuh boleh dikitar semula buat air teh, memang kelakar. Yang tak tahan, ada kumpulan kena jual seluar dalam. Nasib, kumpulan kami tak dapat yang itu. Sebab aku yang cabut undi.



Produk berus gigi kami.



Monday, December 20, 2010

Hafez dan Radhia


Semalam kami sekeluarga ke majlis perkahwinan Hafez dgn Radhia di UKM, Bangi. Makanan memang sedap. Selamat pengantin baru Hafez dan Radhia. Semoga berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat.




Friday, December 17, 2010

Happy Birthday








Semalam ada tiga biji kek untuk sambutan hari jadi mereka yang tersenarai di bawah:
  1. Nur Hana 18/12
  2. Nurul Syazaliza 13/12
  3. Cucu2 (Qaisarah, Ahnaf, Hanan, Najah) yg ini, istimewa untuk cucu-cucu Faujan-Samilah walaupun tidak dilahirkan pd bulan disember kecuali Hanan yg baru dilahirkan pada 4/12 yg lalu.



Wednesday, December 15, 2010

Seminar

Dua hari bengkel di Hotel Residence, hari ini ada seminar penyeliaan siswazah pula. Aku memang dah rasa macam nak demam. Seminar ini hanya diadakan di dalam universiti.


Tuesday, December 14, 2010

Bengkel Coaching for Education Professionals 2010



Dua hari bengkel coaching for education professionals. Bengkel ni dekat Hotel Residence, Kajang. Coach Aziz mula2 tanya. What is the meaning of coach in Malay? Aku pun kata jurulatih. Coach kata sebenarnya tiada makna yang tepat dalam Bahasa Melayu. Dari bengkel ini, aku belajar serba-sedikit pasal teknik coaching ni. Sebenarnya aku tak pernah terfikir pasal coaching ini apatah lagi teknik-teknik coaching. Tapi memang bagus. Kita bukan saja boleh mengaplikasikan kepada pelajar sahaja, malah kepada semua orang pun boleh. Yang penting orang tu tahu apa itu coaching. Lain macam konsultan, kaunseling atau bimbingan. Yang menarik tu, coach ada bagi setiap org kit stress test. Macam2 test lah kalau kita pergi bengkel macam2.



Sesiapa yang perlukan bantuan coaching dgn coach Aziz boleh lawati web ini.

Friday, December 10, 2010

Amazing Race Asia: Season 4 : Finale

Aku ingat dah terlepas final amazing race, rupanya dapat juga final semalam. Sbb minggu lepas, tgk dkt AXN semua flash back amazing race macamana tiga kumpulan teratas dapat ke final. Aku kesian tgk team dari Indonesia, mmg mula2 dia org tpt pertama, tp mmg trauma si ayah (Hussin) ni dah trauma nak pannjat tinggi. Kalau aku pun belum tentu. Tapi, tahniah sbb dah masuk akhir.

First place: Richard and Richard (Philiphine)
Second place: Michelle and Claire (Singapore)
Third place: Hussein and Natasha (Indonesia)

In a highly anticipated televised finale of The Amazing Race Asia (TARA) season 4, the duo of Richard Hardin and Richard Herrera emerged winners. Representing the Philippines, they finished ahead of Singapore's Claire Goh and Michelle S. Ng, and the Indonesian father and daughter team of Hussein Baron and Natasha Sutadisastra.


The three finalists began the final leg of the race in Korea, where they had to make their way to Singapore, the final destination. Once there, they had to extract crab meat at a popular seafood restaurant, perform a escape act on stage, walk a tight-rope across two buildings 55 storeys high and, finally answer questions about the race.


Claire and Michelle who had to catch a later flight out of Korea lost a lot of time but made up for it with sheer determination. Hussein faltered at the tight-rope task because of his fear of heights, and allowed the Singapore and Philippine duos to surge ahead. To their credit, they did not give up.


It was a tight dash to the finish line, where host Allan Wu and the other contestants waited anxiously for the winners. Television viewers were made to believe that Claire and Michelle were ahead, but in the end it was the two Richards who emerged at the finish line, to the applause of their fellow competitors.


The winners, Richard and Richard took home $100,000. All the contestants were winners in their own way. Many overcame their fears, forged stronger friendships, and gathered special memories along their journey. For the record, the other teams were - Sunaina Gulia and Dimple Inamdar, Sahil Banga and Manas Katyal, Nadine Zamira Sjarief and Hilyani Hidranto (Yani), Ivan Evetovics and Tengku Hilda, Lim Kok Hon (Ethan) and Mohd Khairi, Alan Luk and Wendy Lee.


http://www.allvoices.com/contributed-news/7570451-the-amazing-race-asia-season-4-winners

Bengkel Pbgnan Kepimpinan Inovatif &Transformasi Pensyarah Muda



Selepas edisi kenduri kawin, bengkel2 di Melaka, aku menghadiri satu bengkel di Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur, Shah Alam (8-9/12/10). Bengkel ini, anjuran AKEPT-MOHE dan bengkel ini sebenarnya memang kerap diadakan. Malam lepas balik Melaka, terus daftar masuk hotel. Penat belum hilang. Dua hari berbengkel banyak ilmu yang dipelajari. Alhamdulillah malam tiada aktiviti. Malam kedua di hotel tu, kami berempat pergi TESCO, Shah Alam.

Satu perkara yang hendak aku kongsi adalah mengenai motivasi. Manusia melakukan sesuatu kerja itu atas dasar tiga jenis motivasi.

They are three types of motivations:
1) Because of reward.
2) Because of fear.
3) because of self-awareness.

When people do something because of reward or fear, the impact is temporary. However, when people do something because of self-awareness, they will get a satisfaction.

Let me give an example:
A person pray because he/ she want to get reward from God , or because he/ she fear of hell is different when a person pray because of his/ her self-awareness.


Tuesday, December 7, 2010

Bengkel di Melaka


Lepas edisi kenduri kahwin dekat JB, kami ke A Famosa Resort, Melaka. Fakulti aku, ada buat bengkel pemntapn dan semangat berpasukan 2010. Hari pertama 6/12 hanya bengkel pemnatapan, semntara 7/12 adalah bengkel semangat berpasukan. Sebenarnya, bengkel ini adalah merangkap hari keluarga. Cuma nama diubahsuai macam canggih bunyinya. Masa hari pertama tu, Qaisarah jalan2 dengan papa dia kat Animal Safari, seronok dia tengok gajah, bangau, buaya, dan macam2 binatang lagi. Tapi suami aku kata dia ngantuk. So, tak dapatlah jalan lama2.





Esoknya 7/12, ada sukaneka. Suami aku mulanya tak nak main. Tiba2 bila sampai padang sukan, dia pulak yang teruja lebih. Bagus2 semangat berpasukan.



Sampai rumah pukul 3ptg, setelah hampir seminggu kami meronda2. Petang ni aku kena check-in pula di Hotel Holiday Inn untuk menghadiri bengkel kepimipinan pensyarah muda pulak. Rasa kurang rehat.



Monday, December 6, 2010

Selamat Pengantin Baru Fathullah-Faizah edisi 2

Khamis petang aku balik ke JB. tapi singgah kejap kat rumah atuk aku yg jaraknya setengah jam dari rumah mentua aku. Sampai sana pukul 9mlm. Hujan renyai2. Atuk dan nenek baru saje selesai menikmati makan malam. nenek masak sambal petai bilis edisi tumbuk2. Almaklumlah orang tua, gigi tinggal sebatang dua. Alhamdulillah atuk nenek aku masih sihat dan dipanjangkan usia. Aku pun tidur untuk semalaman sebelum ke rumah mentua aku.

Pagi esoknya, kami sekadar berehat2 dan berbual2. Selepas solat jumaat, kami ke rumah mentua. Tapi, kami singgah ke kulai, rumah kawan suami aku. Rumah dia mmg betul besarlah. Masuk je dah macam hotel.Rumah dekat the peak, palm villa golf resort. mmg dasyat lah rumah dia. Malam baru sampai rumah mentua aku. Khemah, pelamin semua dah pasang. Masak pun tak payah. Sebab mak mentua aku tempah je kat orang.

Sabtu petang, aku saje telefon mak. Bila kita balik kampung mentua, mak sendiri mesti nak telefon juga. Mak bagitahu, aku dah dapat ank buah baru. Lahir mlm td 4/12 secara pembedahan. Perempuan.

Ahad pagi 5/12, majlis pun berlangsung. Kali ni aku dah ada kamera. Selasa lepas, aku beli juga kamera, sbb rasa mmg terasa tak seronoknya kalau kamera tiada di sisi. Ini akda beberapa keping gambar yang aku snap.


Ini gambar kami sekeluarga sebelum pengantin bersanding.


Ini raja sehari - Fathullah dan Faizah


Wednesday, December 1, 2010

Singki oh singki

Hari ini aku cuti rehat. Ambil cuti sampai jumaat sebab nak balik JB. Ingat nak balik JB pagi hari ini. Tapi, aku terpaksa betulkan paip singki yang dah bocor. Sejak aidilfitri yang lalu, air sentiasa meleleh je dari lantai. Aku syak mmg dkt penyambungan singki. Mulanya sedikit, tapi lama-kelamaan air yang meleleh dah makin laju dan basah. Malam semalam aku ingat nak cuba betulkan, guna paip-paip lama. Tapi tak fit pulak. Akhirnya, pagi tadi kami beli semua perlatan baru untuk membaiki singki. Habislah dalam RM50. En Suami mangsa keadaan menjadi plumber amatur. Tapi mmg cekap. Jimat kos membaiki paip singki. Selepas En Suami membaiki singki, aku yang terpaksa membersihkan semua limpahan2 dan kotoran di dapur. Jadi, kami tidak jadi balik JB pada hari ini. Sekadar membaiki singki.