Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan 1431

Sempena dengan Ramadan 1431, aku mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam sedunia. Malam tadi mesej ucapan berpuasa dengan pelbagai versi banyak aku terima sampai mesej di telefon bimbit penuh. Yang hairan, telefon bimbit suami aku, satu mesej ucapan puasa pun tak de. Agaknya lelaki memang sukar mengucapkan kata-kata. Malah sukar mengungkapkan bicara. Andai diam, mungkin tanda setuju atau kurang setuju, itu hanya dia yang tahu...

Antara mesej yang aku paling suka:
Wahai teman,
Rebutlah Ramadan,
Sayangilah Ramadan,
Padanya dibukakan pintu syurga seluasnya,
Maka masuklah kedalamnya bersama keikhlasan sebagai kuncimu,
Al-Quran sebagai pengiringmu,
Tahajjud sebagai penguatmu,
Hiasilah Ramadan dengan segala kebaikan....

Mula-mula baca mesej ini, aku jadi sebak... bila membaca baris berbunyi... sayangilah Ramadan. Terasa begitu sayu. Banyak benda yang kita sayang, tapi bila Ramadan kenapa tidak kita genggam sekuat-kuatnya dan mengambil peluang untuk beribadah. Mudah2an ramadan kali ini membawa seribu makna buat kita.

Mesej lain yang menarik:
(Ini versi komedi pada aku)

Salam!
Nama saya SYAABAN.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akan mengunjungi anda esok bersama isterinya iaitu REZEKI dan kedua2 anaknya iaitu SAHUR dan IFTAR. Mereka akan ditemani cucunya iaitu RAHMAT, BERKAT dan KEAMPUNAN. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat EID airlines. Hargai dan layani mereka dan anda akan mendapat BERKAT.

Menu sahur pagi tadi: Roti dan telur goreng. Air premix coco (Zhulian).


Publish Post

No comments: