Seawal pagi, selembut bayu, terasa segar udara pagi...
Pagi Jumaat yg penuh Rahmat dan Barakah...
Diriku terpanggil menyambut jemputan tahlil kelmarin...
Lantas, aku terus mempersiapkan diri...
Menuju ke destinasi...
Tika kakiku melangkah ke menara gading yg gah berdiri...
Hatiku terpaku seketika...
Bangunan yang melangit tinggi...
Menjadi kebanggaan seisi warga varsiti...
Disitu majlis akan bermula di pagi yg penuh dirahmati ini...
Lama sungguh aku tidak bersama dalam satu majlis yang begitu diberkati...
Mensucikan hati yg kian dikotori...
Debu2 dosa yg kian hari...
Entah semakin kelam hati ini...
Ya Ilahi...
Walaupun majlis ini khas buatmu warga FST...
Aku memohon agar hidupku ini...
Sentiasa diRahmati Ilahi...
Mudah2an kehidupanku ini...
Dalam Rahmatmu Ilahi...
Dalam Redhamu Ilahi...
Ameeen Ya Rabbal 'Alamin
No comments:
Post a Comment