Sunday, February 28, 2010

Mee Hoon Bandung

Semalam masak mee hoon bandung. Qaisarah suka makan tauhu goreng je. Dari pemerhatian aku, Qaisarah ni suka pada produk makanan berasaskan soya. Suka tauhu, air soya dan tauhu fa. Lagi satu dia suka makan jagung. Satu tongkol jagung boleh habis makan sorang.

Saturday, February 27, 2010

Hampir kemalangan

Malam semalam semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah, kami hampir terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan berlaku ketika kami sedang berhenti di lampu isyarat menunggu lampu bertukar hijau. Ada tiga buah kereta di hadapan kami. Kereta kami adalah di laluan kiri dan paling belakang. Sedang kami berbual-bual tiba-tiba, kami terdengar bunyi dentuman yang kuat. Rupanya ada sebuah kereta proton pesona telah melanggar belakang sebuah kereta yang berada di sebelah kereta kami iaitu di laluan kanan jalan. Setelah melanggar belakang kereta proton Gen 2, kereta proton pesona tersebut telah masuk ke laluan tengah jalan dan melanggar kereta produa kelisa depan kereta kami. Semua pemandu terkejut. Apa tidaknya, laluan yang tenang dan dan luas, tiba-tiba berlaku kemalangan. Semua pemandu keluar dan marah dengan pemandu proton pesona tersebut. Yang menakjubkan hanya kereta kami yang terselamat. Alhamdullillah, ku panjatkan syukur pada Allah kerana Dialah Maha Pelindung. Pemandu pesona itu seorang remaja. Entah, katanya terlalu laju dan tak sempat menekan pedal brek. Macam tak logik je dengar. Mudah-mudahan Allah selamatkan kami semua dari bahaya. Ameen.

Friday, February 26, 2010

Cuti Maulidur Rasul

Cuti umum maulidur rasul seluruh rakyat Malaysia bercuti. Mereka seronok bercuti kerana untuk merehatkan diri. Tapi di manakah penghayatan kita kepada kecintaan tehadap Rasullullah?



Tuesday, February 23, 2010

Qaisarah mengigau lagi

Malam tadi, tak semena-mena Qaisarah menjerit Papa! Papa! kuat pula tu. Aku dengan suami terkejut. Tengok mata dia pejam. La, ngigau lagi budak ni. Ngigau asyik sebut papa je.


Sunday, February 21, 2010

Beli online

Hari ini Qaisarah tidur nyenyak. Aku pula sibuk buat nota kuliah. Sambil buat nota sambil membeli-belah. Siapa kata, tak boleh membeli-belah di rumah. Sekarang dah banyak laman sesawang membeli-belah online. Aku dah tempah satu t-shirt untuk ibu menyusu dari mypermatahati.com. Esok buat pembayaran, lusa dapatlah kot. Macam tak sabar nak dapat baju ni. Sejak akhir-akhir ini aku suka betul berbelanja secara online. Barang-barang cantik-cantik. Lepas tu tak lah penat dukung Qaisarah jalan-jalan. Sekarang pun tengah musim panas. Nak keluar rumah memang meletihkan.

Minggu lepas dah beli satu bantal dan lencana yang comel untuk Qaisarah. Ini pun tak sabar nak dapat. Bantal yang aku beli masa hari jadi suami aku, tertinggal kat JB. Biarlah kalau nenek rindu Qaisarah boleh peluk2 bantal itu. Yang best dapat voucer 10%. Itu yang sakan bershopping2.



Thursday, February 18, 2010

Buku


Buku yang saya telah beli pada 8 Feb 2010.
Saya telah menghabiskan membaca buku ini semasa cuti CNY.
Memang bagus untuk dibaca sebagai menambah ilmu dan menjawab persoalan tentang ilmu ghaib dan makhluk halus.


Balik kampung

Cuti lama, sempena musim perayaan. Kali ini cuti CNY. Ikut hati memang nak berehat di rumah. Tapi mak mentua telefon suami, tanya balik tak cuti CNY. Jadi, Sabtu ptg kami pun ambil keputusan balik JB hari Ahad.

Ahad 14/2:
8-12tghari: Kami berehat di rumah. Buat agenda masing-masing. Qaisarah tidur, bangun, main. Mama penat, kemas2, tidur. papa tidur, tengok TV.
3.30 ptg: Kami bertolak ke JB, singgah kejap kedai kereta, papa service kereta sebelum balik JB. bertolak dari tol lebih kurang pukul 4.15ptg.
8.15 mlm: Sampai rumah mak, rupanya dia org buat BBQ. makan sepuas2nya. perut lapar, tapi rasa tak sedap...sebu. ye lah, tadi pun tak makan nasi. cuma sempat beli McD makan dalam kereta.

Isnin 15/2:
8-2ptg: Lepak2 rumah mak.
2-5ptg: Lepak rumah baru Fakhrul dan Nadia. Dia org baru beli rumah kedua. Rumah pertama flet. Dah pun ada rumah kedua. Yang ni rumah teres 2 tingkat. Paling aku ingat rumah ni no 4. Cina mmg tak suka no 4. rumah pakcik aku di KL pun no 4. rumah tu mmg dekat dengan simpang tiga, keluar masuk jalan utama. pak cik aku dah duduk situ lama. Murah je tuan rumah jual, RM160K /++ semua dah diubahsuai, dapur dah tambah, grill dah ada. Memang very nice rumah tu.
5-7.30 mlm: Jalan2 di Teluk Danga. Aku beli baru t-shirt untuk Qaisarah ada tulis I love love papa papa, I love mama, sarung bantal 3 helai RM10, brooch murah 3 RM5, gelang 2 RM5.

Selasa 16/2:
3 ptg: Bertolak balik. Sampai highway PLUS area Pedas dah mula sesak. Masuk jalan lama, sesak juga. Kami selamat tiba di rumah pukul 8.25 mlm. Sepatutnya kalau hari biasa, dalam 6.30 dah samapi rumah. Qaisarah tidur, bangun je lah. Masuk kereta je tidur. Bila sampai Pedas berhenti solat asar, dia bangun sampai ke rumah.


Wednesday, February 3, 2010

Happy Birthday to you....



Selamat hari lahir utk suamiku. Sehari sebelum besday, dia dah terima hadiah dari heartbeat.my yang aku order secara online. mmg cute hadiah tu. Magic mug and pillow yang boleh print gambar sendiri.

Magic mug ini unik sikit. Bila letak air panas baru keluar gambar. Mula-mula tu suami aku pun pelik kenapa cawan tu gelap je. Bila dah buatkan air untuk dia baru keluar muka dan ucapan yang aku print tu.

Bantal pink aku saja buat dengan gambar Qaisarah. Sbb dia ada bagi voucer 10% utk pembelian pertama. Suami aku letak bantal ni dalam kereta dia. Mmg cute lah bantal ni.


Tuesday, February 2, 2010

Selamat Pengantin Baru: Norhafniza dan Ali









Sabtu lepas 30 Jan 2010:

9:15-9:40 am:
Bertolak dari rumah ke Nilai 1 dengan Qaisarah untuk menunggu Cik Ila ambil. Kami bertiga nak ke kenduri rumah angah di Seremban.

10.05-10.15 am:
Kami bertolak dari Nilai 1 ke Nilai 3 untuk membeli hadiah perkahwinan angah. Dah Puan Hafniza dah. Semalam Jumaat malam Sabtu dah bernikah.

10.15am-11.30am:
Kami bertiga memilih hadiah perkahwinan yang sesuai untuk Puan Hafniza.

Inilah hasil perbincangan kami bertiga, maka inilah hadiah untuk Puan Hafniza dan En Ali dengan Qaisarah sebagai latar belakang gambar.























12.15-12.40 pm:
Tiba di rumah ibubapa angah dan kami makan sebelum berjumpa dengan angah. Menu makanan... ada rendang daging, ayam masak merah, buah limau sunkist, paling best ada tempoyak.










12.40- 2.10 pm:
Berborak dengan angah sehingga dia bersanding. Ini adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan semasa kenduri angah.








Thursday, January 28, 2010

Telefon MyIman






Akhirnya,semalam aku beli juga telefon myIman yang aku dah aim selama sebulan. Suami beli dari agen kat Balakong, Serdang. Memang best, senang nak rujuk ayat-ayat al-Quran. Sebenarnya pertama kali aku terbaca pasal telefon myIman ni dari majalah Mingguan Wanita keluaran Disember. Suami ada telefon agen yang dekat JB, sbb masa tu kami sekeluarga ada di JB. Tapi orang yang jual tu ada kat Segamat.




Iphone yang suami baru beli, aku suruh dia pakai. Syukur Iphone ni tiada masalah. Cuma tempat penyambungan wayar untuk mengecas bateri ada sedikit kerosakan. Semalam beli lagi tempat mengecas bateri luar yang baru. Alhamdulillah boleh guna dan berfungsi. Jadi, epidod pinjam meminjam Hp dari orang berakhir. Sebelum ni suami pun pinjam hp nokia lama dari kawan office. Itu pun dia tawarkan diri untuk meminjamkan hp dia. Hp suami ada masalah pada paparan skrin. Terima kasih pada mereka yang meminjamkan hp. Jasa kalian kami hargai.



Wednesday, January 27, 2010

Sejarah telefon aku

Semalam pergi kedai telefon tengok apa masalah telefon aku. Tukang jual telefon kata, tempat sambungan wayar untuk caj telefon rosak. Dia cadangkan beli charger luar. Tapi yang sedih charger luar pun tak caj pun telefon aku. Dekat kedai boleh pula caj. Telefon tak rosak. Ada masalah pada bateri.


Rasa nak beli telefon baru MyIman. Dah dekat sebulan aku aim telefon ni. Iphone yg baru ni, biarlah husband aku pakai.

Sejarah Handphone aku:
  1. Mac 2001- Feb 2002: Ericson (Model tak ingat, tapi yang bateri dia tebal dan berat, ayah aku punya, aku mula guna hp sebab dulu duduk luar kejap sebab tak dapat duduk kolej masa degree, senang ayah aku nak contact untuk ambil dan hantar aku ke universiti)
  2. Feb 2002 - Nov 2008: Nokia 3310 (Yang ni aku beli sendiri dgn duit biasiswa masa buat master, harga tak silap dlm RM320, beli dengan member dekat Pertama Kompleks, tahan lama, sampai anak sorang baru tukar handphone, itupun sbb handphone dah tak boleh tampung bateri. Bila org call aku, hp akan mati)
  3. Nov 2008 - Sep 2009: Nokia 3110 (Yang ni suami aku belikan hp sempena birthday, sbb dia kata hp aku dah teruk sgt, tapi yag sedih, bila Qaisarah dah pandai main hp, dia rendamkan hp ni dlm baldi berisi air, maka bermulalah episod sedih aku bertukar-tukar hp dgn meminjam-minjam hp lama2 dr adik2 aku, asal boleh tel sudah. Telefon ni bila dah betulkan, dlm sebulan, bateri dah tak boleh tampung caj2 elektrik, sehari je hp mati. Bulan disember network connection dah tak berfungsi. Fungsi kamera, radio semua ok)
  4. Jan 2010: Iphone model A1241 (Baru 3 minggu guna, entah tpt connection charger dia ada masalah pula. Mungkin masa aku sambungkan wayar dan tarik terentap kuat, dlm tu ada patah sikit, Yang ni pun husband aku beli dr member tp buatan China, macam tak bagus je)

Tak telefon, tak de org kacau, mmg best! Tapi bila aku nak telefon family dan husband kalau ada emergency tu yg payah. Public phone sekarang pun, pondok je ada, tapi fungsi susah nak kata.