Malam semalam semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah, kami hampir terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan berlaku ketika kami sedang berhenti di lampu isyarat menunggu lampu bertukar hijau. Ada tiga buah kereta di hadapan kami. Kereta kami adalah di laluan kiri dan paling belakang. Sedang kami berbual-bual tiba-tiba, kami terdengar bunyi dentuman yang kuat. Rupanya ada sebuah kereta proton pesona telah melanggar belakang sebuah kereta yang berada di sebelah kereta kami iaitu di laluan kanan jalan. Setelah melanggar belakang kereta proton Gen 2, kereta proton pesona tersebut telah masuk ke laluan tengah jalan dan melanggar kereta produa kelisa depan kereta kami. Semua pemandu terkejut. Apa tidaknya, laluan yang tenang dan dan luas, tiba-tiba berlaku kemalangan. Semua pemandu keluar dan marah dengan pemandu proton pesona tersebut. Yang menakjubkan hanya kereta kami yang terselamat. Alhamdullillah, ku panjatkan syukur pada Allah kerana Dialah Maha Pelindung. Pemandu pesona itu seorang remaja. Entah, katanya terlalu laju dan tak sempat menekan pedal brek. Macam tak logik je dengar. Mudah-mudahan Allah selamatkan kami semua dari bahaya. Ameen.
No comments:
Post a Comment