Qaisarah makin cerdik dan bijak kdg2 lawak jugak dia borak dgn kawan2 atau soalan2 yang logik lagi saintifik.
Situasi 1 dengan kawan.
Suatu ptg, Qaisarah main basikal dgn 2 org kawan.
Kawan 1: Basikal aku handle dah terkoyak.
Kawan 2: Basikal saya handle ok tak terkoyak.
Qaisarah: Yelah yang ini basikal murah (sambil tunjuk handle dah terkoyak), yang ini basikal mahal, mestilah tahan.
Dalam hati saya tergelak.
Situasi 2 dengan kawan.
Suatu ptg pada pukul 5 ptg.
Kawan 1: Qaisarah, jom main taman.
Qaisarah: Main pukul 6, kena solat dulu. 4 rakaat je.
Kawan 1: Mana ada 5 rakaat.
Qaisarah: Solat 5 waktu, mana ada 5 rakaat.
Dalam hati, pandai jugak dia bezakan rakaat dan waktu, tapi tersenyum sendiri.
Situasi 3 dengan kawan
Suatu ptg, sebelum main.
Qaisarah: Dah solat belum? Nak main kena solat dulu. Kita dah solat.
Kawan 1: Kita tak belajar lg macamana nak solat.
Qaisarah: Belilah buku solat.
Pandai pulak dia cadangkan kat kawan dia. Kat rumah mmg ada bulu solat kanak2, tp dia tgk2 je...
Soalan2 logik dan saintifik.
Soalan 1:
Qaisarah: Mama, muslimin tu lelaki ke perempuan?
Mama : Muslimin tu lelaki, muslimat tu perempuan.
Nasib mama pandai sikit bahasa arab. Boleh pulak dia fikir muslimin tu lelaki ke perempuan.
Soalan 2:
Qaisarah: Mama kalau kita solat dhuha, maknanya ada 6 waktulah.
Mama terus tergelak.
Qaisarah: Kenapa mama gelak?
Mama : Solat dhuha tu sunat je, nak buat boleh, tak nak buat boleh. Yang wajib soalt 5 waktu je.
Kadang terfikir juga pandai jugak dia mengira.
Semoga Qaisarah jadi anak yang solah dan beriman.
Ini muka Qaisarah di Smart Khalifah semasa sambutan Maulidur Rasul pada 30 Jan 2014. Syukur dgn izin Allah dpt juga dia sertai perarakan majlis ini.