Tiga hari dua malam berbengkel di PD. Hujung minggu dengan berbengkel. Bengkel kami berlangsung di the Guest Hotel and Spa. Hotel baru, sebelah Giant Lukut. Tpt mmg selesa, tp dlm bilik tak ada peti ais. Makanan sedap. Sabtu malam ahad ada BBQ, dan semua ahli keluarga dijemput dtg. Dapat cabutan bertuah dan semua staf di beri hadiah hari lahir, walaupun ulangtahun kelahiran aku bulan November. Hadiah dari bulan Januari hingga Disember, dan tidak kira samada staf akademik atau pentadbiran.
Yang best, malam sabtu tu perlawanan akhir Malaysia-Mynmar pesta bola merdeka. Malaysia menang 2-0. Gol pertama aku tak tengak sbb tgh makan. En Suami duk sibuk tgk kat foyer Hotel. Tapi gol kedua aku dapat tengok masa tambahan. Masa gol kedua En Suami tak tertengok, sbb masa tu dia masukkan hadiah cabutan bertuah dalam kereta, sbb malas nak bawa naik bilik, nak angkut2.
TAHNIAH, SKUAD HARIMAU MUDA A.
No comments:
Post a Comment