Monday, September 16, 2013

Jejak Kasih

Lepas bali dari The Guest Hotel and SPA, PD singgah jap kat Mayang Sari, PD. Mula2 nak pergi pantai, tapi Qaisarah tak nak. Dia ni agak2 kecut jugaklah orangnya. Last2 mandi kat kolam renang Mayang Sari ni. Kat sini mmg kami pernah pergi dgn keluarga.

Sambil aku tgk adik beradik yg pakai tudung ni, dalam hati kata... Ini mak ayah dia mesti orang2 yang baik2. Kecik2 dah pakai tudung. Tiba2 tak semena2....

Assalamualaikum, Nak tanya ini...terus Kak Ain... YA RABBI. Kak Ain ini dulu sebilik masa di SAMH, Klang. 3 tahun sebilik dgn dia. Aku duduk atas katil dia. Yelah kat asrama kan katil dua tingkat. Rasa sejak 1995 mmg tak jumpa dia dah. Dah 4 anak dia. Dia pun kawin dgn ustaz yang selalu jugak muncul kat TV. Ustaz Rizal Mokter.

Ini gambar dgn kak Ain kat PD.







Dah alang2 cerita pasal Kak Ain, nak promote sikit pasal annurhijrahconsultancy kelolaan beliau dan suami.
Kalau ada sesiapa yg berhajat nak buat akikah,, korban dsb boleh pergi laman ini.




Sunday, September 15, 2013

Bengkel Halatuju @PD

Tiga hari dua malam berbengkel di PD. Hujung minggu dengan berbengkel. Bengkel kami berlangsung di the Guest Hotel and Spa. Hotel baru, sebelah Giant Lukut. Tpt mmg selesa, tp dlm bilik tak ada peti ais. Makanan sedap. Sabtu malam ahad ada BBQ, dan semua ahli keluarga dijemput dtg. Dapat cabutan bertuah dan semua staf di beri hadiah hari lahir, walaupun ulangtahun kelahiran aku bulan November. Hadiah dari bulan Januari hingga Disember, dan tidak kira samada staf akademik atau pentadbiran. 

Yang best, malam sabtu tu perlawanan akhir Malaysia-Mynmar pesta bola merdeka. Malaysia menang 2-0. Gol pertama aku tak tengak sbb tgh makan. En Suami duk sibuk tgk kat foyer Hotel. Tapi gol kedua aku dapat tengok masa tambahan. Masa gol kedua En Suami tak tertengok, sbb masa tu dia masukkan hadiah cabutan bertuah dalam kereta, sbb malas nak bawa naik bilik, nak angkut2.

TAHNIAH, SKUAD HARIMAU MUDA A.

Monday, September 9, 2013

Merah dan Biru

Dulu2 kita nyanyi:
Pen merah,
Pen biru,
You marah,
I love you.

Versi budak2 sekarang nyanyi, aku dengar Qaisarah nyanyi...
Yakult Merah,
Yakult Biru,
Kamu marah,
I love you.

Kreatif betul budak2 sekarang. Agak2 kena bayar royalti tak kat yakult?

Friday, September 6, 2013

Cerita dari kidzania

Semalam Qaisarah pergi Kidzania dgn kwn2 pra sekolah dia. Balik2 tanya, seronok tak pergi kidzania. Jawapan Qaisarah, "Tapi jauhlah, Qaisarah tidur dalam bas." Agaknya penat sangat kot. Ini ada gambar yang kidzania ambil utk kenangan. Qaisarah buat vitamin sendiri. Jadi pegawai penyelidik vitagen. hehehe.






Thursday, September 5, 2013

Kidzania

Hari ini Qaisarah serta 30 orang kawan2 sekolah dia pergi kidzania. Sebenarnya masa nak isi borang tu, aku baru pertama kali dengar pasal kidzania. Borang tu kata, first come first serve. Aku pun isi je, sbb fikir bila masa nak ajak Qaisarah ni jalan2 kat kidzania. Tadi baru aku sempat browse kat internet. Rupa2nya kidzania ini tempat yang menarik juga untuk kanak2. Tak sabar nak dengar cerita dari Qaisarah, bila balik nanti.

Kalau ada antara anda nak tahu pasal kidzania boleh lawat web ini http://www.kidzania.com.my/

Wednesday, September 4, 2013

Bubur cha cha bukan bubur cacar

Hahahah,
Ada member komen bubur caca, bukan cacar. Cacar tu penyakit beb, yg betul bila aku semak adalah cha cha. Sila abaikan perkataan "cacar" di artikel http://fareesha79.blogspot.com/2013/09/bubur-cacar-dgn-keledek.html

Peringatan utk diri sendiri:
Sila kukuhkan penguasaan Bahasa Melayu.

Tuesday, September 3, 2013

Spagetti

Semalam, En suami minta buatkan spagetti utk jamuan raya pot luck. Lawak, sbb dpt SMS td kata spagetti tu sedap. entah tang mana yang sedap pun tak tahu. 

Paling lawak, En suami kata, Bos abg tak sudah2 puji sedap, suruh bukak kedai makan. Banyak benarlah profesion yang kena buat nanti. Bos En suami ni org Cina, terfikir gak, org Cina suka makan spageti ke? Apa2 pun enjoy makan ye.

Monday, September 2, 2013

Bubur cacar dgn keledek

Tadi duk cuba buat bubur cacar sbb teringin. Ini sebenarnya first time buat, ala2 resepi campak2. Rupa2nya sedap jugak.

Resepi dia.

1- Rebus ubi keledek sampai empuk.
2- Masukkan cacar sampai kembang.
3- Masukkan garam, gula sesedap rasa.
4- Masukkan santan.

Maka jadilah bubur cacar. Selamat mencuba.