Saya memang meminati Tun M. Suka dengan cara pemikirannya, cara perancangannya, cara tindakannya. Bila baca artikel kat bawah ini memang ada logik dan kebenaran. Saya suka dia merancang utk masa depan negara yang cerah. Banyak perubahan Malaysia yang dia bawa ke arah kemajuan. Sampai dalam blog peribada saya ada label khas Tun M. Yang lain saya tak nak komen. Sebenarnya saya ada juga menyimpan gambar2 dan pengalaman Tun M dalam album khas masa Tun M nak bersara dulu. Buku biografi dia pun mmg saya ada. Saya doakan Tun M dipanjangkan usia sehingga dapat melihat wawasan 2020 beliau. Mungkin ada org kata, wawasan 2020 Tun M tak tercapai utk menjadi negara maju seperti yg diimpikan. Tapi bagi saya, kalau tak tercapai 100% sekurang-kurangnya 80% dah tercapai. Kita mesti merancang utk masa depan yang cerah, bukan untuk sentiasa menidakkan perancangan. Dasar Ekononi Baru yg diperkenalkan oleh Tun M juga saya ada. Saya baca tentang DEB sgt sedih. Org Melayu sentiasa mengharapkan bantuan dari kerajaan, tidak mahu bersungguh2 membina ekonomi sendiri. Saya memang sedih, bila saya cerita dgn generasi baru, mereka banyak yang tidak tahu dan alpa.
Ini adalah berita akhbar dgn Tun M yg menarik perhatian saya.
Tnn M sindir Tun Abdullah
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun
Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih
terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi
terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.
Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah
membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta
api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos
berbilion-bilion ringgit.
Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1
bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200
juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.
Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor
Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak
RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari
Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion.
"Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan
wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau
Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),
Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi.
"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek
itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap,"
katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini.
Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya
menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap
satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan.
Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum
berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya.
Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai
berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih
pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan
kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah.
"Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya
berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan
Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar
Petronas dan pelbagai projek mega lain.
"Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya.
No comments:
Post a Comment