Pagi td semasa menonton rancangan Tanyalah Ustaz, ada seorang budak berusia 8 thn telah menghafal surh al-mulk.
Dalam hadith nabi ada menyatakan bahawa membaca surah Al-Mulk dan As-Sajadah sebelum tidur, surah ini akan memberi syafaat semasa di alam kubur.
Abu Hurairah R.A memberitakan bahawa Nabi S.A.W bersabda, "Dalam al-quran ada satu surah yang mengnadungi 30 ayat. Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan mensyafati si pembaca itu sehingga dosanya diampunkan Allah. DSurah itu adalah surah Al-Mulk".
Ibnu Abbas R.A memberitakan bahawa Rasullullah S.A.W bersabda, "Dalam al-Quran ada satu surah yang terdiri daripada 30 ayat, barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, maka Allah akan menulis 30 kebaikan baginya dan akan memaafkan 30 dosanya dan akan menghantar seorang Malaikat untuk memeliharanya daripada segala bencana'.
Dalam hadith yang lain, Rasulluh S.A.W bersabda, "Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk dan As-Sajadah ia seperti menghidupkan seluruh Malam Al-Qadar dengan beribadat."
No comments:
Post a Comment