Semalam semua sekolah kat Selangor ditutup sebab jerebu. Sehari Qaisarah tak sekolah, duduk rumah mak. Pagi td aku pun tak tahu sebenarnya sekolah dah bukak ke belum. Aku paksa je Qaisarah sekolah. Aku cakap dengan En suami hantar je, kalau sekolah tutup, hantar rumah mak. Rumah mak tu, kiranya transit Qaisarah lepas balik sekoleh pukul 12 tghari sampai ptg dlm 6 ptg aku ambil. Kalau tak sekolah, dia sibuk memang nak ikut aku ke pejabat.
Mula-mula memang Qaisarah tak nak pergi sekolah sbb dia kata cuti jerebu. Aku pun kata, Eh mana boleh, hari ni sekolah, papa cakap, pak cik jaga pagar semalam kata satu hari je cuti. Then, aku kata kat Qaisarah, kalau bas sekolah lalu depan rumah, sekolah lah. Sbb aku yakin, Negeri Sembilan sekolah. Aku kan duduk kat sempadan dua negeri. Tak lama, bas sekolah pun lalu depan rumah.... Maka percayalah dia, dan nak pergi sekolah. Slps En suami dan Qaisarah keluar, aku tengok TV. Berita kata, sekolah kat Selangor dah buka melainkan Klang dan Pel Klang. Syukur, hari ni sekolah. At least tak de lah nanti Qaisarah kata aku tipu dia. Sebenarnya aku pun tak tahu sekolah ke tak. Pukul 8pg tel En suami dia kata, hari ni mmg sekolah.
Aku rasa jerebu kali ini tidaklah seteruk masa tahun 1998. Tahun 1998, aku rasa memang krisis air, jerebu dan ekonomi. Tapi, sekurang2nya bersyukur kerana masih lagi Allah bagi rahmat kepada sekalian alam, terutamanya bumi Malaysia. Walaupun, bencana melanda, pada aku, makanan kat Malaysia tak pernah putus2. Orang Malaysia masih cukup makan dan terlebih makan.
No comments:
Post a Comment