Tuesday, August 28, 2012
Terbabas
Qaisarah
yang petah...nampak lipas dah mati... Qaisarah: mama bunuh ke lipas tu?
Mama: Tak lah. Qaisarah: ooooo...dia lari2 lepas tu terbabas, lepas tu
tergolek mati... (Dalam hati mama nak tergelak...boleh buat ayat
terbabas)
Labels:
Qaisarah
Friday, August 24, 2012
Macamana nak buat linkwithin kat Blog?
Sebenarnya aku dah lama nak buat linkwithin ini. Tapi tak berjaya. Akhirnya aku berjaya juga buat berpandukan website di sini.
http://www.bloggersentral.com/2010/08/install-linkwithin-related-posts-with.html.
Ini memang berguna...
http://www.bloggersentral.com/2010/08/install-linkwithin-related-posts-with.html.
Ini memang berguna...
Thursday, August 23, 2012
Beraya di Zoo Melaka
Nak balik ke Nilai, kami singgah sekejap ke Zoo Melaka. Yang paling seronok, mestilah Qaisarah.
Kami tak jalan pun, naik trem je utk tgk binatang2 kat Zoo Melaka ini. Tak silap dulu masuk tahun 1993 macam tu, masa Ting 2. Abah bawa kami adik-beradik.
Kami tak jalan pun, naik trem je utk tgk binatang2 kat Zoo Melaka ini. Tak silap dulu masuk tahun 1993 macam tu, masa Ting 2. Abah bawa kami adik-beradik.
Labels:
Aidilfitri,
Family,
Holiday,
Qaisarah
Wednesday, August 22, 2012
Adik-beradik dtg beraya kat Gelang Patah
Sebenarnya dia orang selalu juga raya kat GP. Tapi adik ipar dari Perak ini mmg kali pertama datang sini. Kebetulan mak buat ayam percik gaya Kelantan. Licin dia orang makan.
Ini pulak gambar kanak-kanak riang - Ahnaf, Qaisarah dan Najah.
Monday, August 20, 2012
First time ajak Qaisarah raya rumah yoyot B Pahat
Ini kali pertama Qaisarah datang rumah yoyot BPahat. Dulu lepas kawin ini baru kali kedua datang sini. Ini rupa Qaisarah yang dah penat beraya sbb jem kat jalan.
Labels:
Aidilfitri,
Qaisarah
Sunday, August 19, 2012
Ucapan SMS hari raya
Antara pantun menarik SMS hari raya yang aku terima tahun ini,
Hari raya setahun sekali,
Bersihkan hati sucikan diri,
Mohon maaf setulus hati,
Salah dan silap jangan diingati,
SALAM AIDILFITRI.
Sebelum pintu-pintu taubat tertutup,
Sebelum kehidupan ini berakhir,
Kumohon sejuta keampunan dan kemaafan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal abadi,
Selamat hari raya Aidilfitri.
Hari raya setahun sekali,
Bersihkan hati sucikan diri,
Mohon maaf setulus hati,
Salah dan silap jangan diingati,
SALAM AIDILFITRI.
Sebelum pintu-pintu taubat tertutup,
Sebelum kehidupan ini berakhir,
Kumohon sejuta keampunan dan kemaafan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal abadi,
Selamat hari raya Aidilfitri.
Labels:
Aidilfitri
Gambar Aidilfitri 2012
Labels:
Aidilfitri,
Family
Saturday, August 18, 2012
Salam Aidilfitri 1433H
Salam Aidilfitri Maaf zahir Batin kepada semua yang mengenali diri ini. As usual, orang lain mungkin fikir nak balik mana dulu. Aku jenis relaks2, mlm raya baru akan balik rumah mak mentua. Sebelum balik rumah mak mentua, buka puasa kat rumah mak dulu.
MAAF ZAHIR BATIN JIKA ADA TERKASAR BAHASA, TERSILAP BICARA, TERSASUL KATA, DAN SEBAGAINYA. SAMADA YANG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA.
Daripada kami sekeluarga: Farisan-Huda-Qaisarah
Labels:
Aidilfitri,
Family
Tuesday, August 7, 2012
Imam Muda Jabbar Juara Imam Muda ketiga
Walaupun tahun ini aku jarang tengok Imam Muda, tapi biasanya aku akan tgk lepas rancangan sbb En Suami dah pasang Astro Beyond yang boleh rekod. Siaran langsung kemuncak imam muda akhir aku pun tak dapat tgk, selepas sehari baru dapat tengok. Tapi aku tgk mmg Imam Muda Hafiz dan Imam Muda Jabbar mmg hebat. Akhirnya IM Jabbar menjadi juara dgn hanya dipisahkan 0.7 markah.
Serba sedikit artikel dari era.fm (http://www.era.fm/Sensasi/Gosip-Mosssip/August-2012/Jabbar-Juara-Imam-Muda-musim-ke-3)
Keputusan pemuda dari Selangor sebelum ini untuk menolak tawaran
kenaikan pangkat semata-mata untuk menyertai program ini juga merupakan
suatu tindakan yang tidak sia-sia malah dia sebagai peserta tertua pada
kali ini meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana menyifatkan
kemenangannya sebagai permulaan buat dirinya berdakwah di jalan Allah.
Bertempat di Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), malam akhir
Imam Muda musim ke-3 telah disiarkan serentak di Astro Oasis dan Astro
Mustika HD pada hari Jumaat yang lalu telah memberi impak khusus buat
yang mengemari program keagamaan ini. Pada malam itu juga Naib juara
disandang oleh Mohammad Hafiz Abdul Khodir sementara Abdul Rahman Naufal
Mohd Hatta menduduki tempat ketiga.
Juara Imam Muda musim ketiga membawa pulang wang tunai RM100,000
berserta sebuah trofi sumbangan Astro manakala naib juara pula membawa
pulang wang tunai RM35,000 sumbangan Astro, RM15,000 sumbangan Bank
Islam dan sebuah piala manakala tempat ketiga memenangi wang tunai
RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah
piala.
Thursday, August 2, 2012
Lapang fikiran
Bila student cuti semester, lapang fikiran dan lega sedikit. Walaupun cuti semester kali ini ada bengkel P&P pulak. Siap ada majlis buka puasa pada hari akhir bengkel. Tapi rasa kejap je, pejam celik dah nak masuk semester baru nanti...
Subscribe to:
Posts (Atom)