Tuesday, February 8, 2011

Pelbagai jenis kalendar dalam kehidupan

Semalam, aku ada baca status seorang kawan dlm FB. Berbunyi lebih kurang begini.
"Saya ada pelbagai jenis kalendar. Kalendar kuda, kalendar bunga. Melambak. Sesiapa yang hendak kalendar percuma, sila bagitahu saya."

Saya terfikir sejenak.

Saya pun banyak kalendar. Semua saya dapat percuma. Satu planner sahaja yg saya beli. Tapi dalam fikiran saya, kalendar Jawa ada tak yek?? Sebab kalendar edisi Jawa ni susah nak dapat. Kalau kita ke kedai-kedai sekitar Klang, Johor, Banting. Mungkin senang nak dapat.

Sebenarnya bukan itu yang saya nak ceritakan. Dalam banyak kalendar yang saya dapat, saya rasa tiada saya kalendar pun yang pada saya lengkap. Sebab itu, dalam bilik di pejabat saya, ada 3 jenis kalendar. Di rumah saya, ada 2 jenis. Satu saya letak di aras bawah rumah, dan yang satu lagi di ruang atas rumah.

Di pejabat saya:
  1. Kalendar pertama (Kalendar universiti): Lengkap dengan segala cuti seluruh Malaysia, dan paling penting takwim akademik pelajar (cuti semester dan waktu perkuliahan) serta takwim Hijrah. Tiada waktu solat bagi bandar utama negeri seluruh Malaysia.
  2. Kalendar kedua (Kalendar Kuda): Lengkap dengan segala cuti seluruh Malaysia dan Singapura, lengkap jadual cuti sekolah pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia, takwim Hijrah serta kalendar Cina dan India. Tahun ini tahun arnab.
  3. Kalendar ketiga (Kalendar Keluaran Zhulian-percuma): Lengkap dengan segala cuti seluruh Malaysia dan takwim cuti sekolah pelajar sekolah rendah dan menangah di Malaysia. Yang menarik, ada tertulis hari-hari istimewa seperti hari guru, hari ibu, hari wanita dan hari bapa. Tapi menyedihkan...takwim Hijrah tidak tercatat. Cuma tercatat, cuti pada hari kebesaran Islam seperti Nuzul Quran, Israk Mikraj dan sebagainya.
  4. Kalendar keempat (Kalendar Dutch Lady-percuma beli dua buah susu kotak Dutch Lady di 7 eleven) - Hanya tercatat cuti umum negara (tidak seluruh negeri), dan hari susu sedunia (1 Jun). Tiada takwim Hijrah.
  5. Kalendar kelima (Kalendar dari sebuah Kedai Percetakan dan Alatulis) - Tercatat semua cuti seluruh negeri di Malaysia, cuti sekolah pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia dan takwim Hijrah. Paling penting tercatat jadual solat bagi negeri seluruh Malaysia.
Pada aku, kalendar utama mesti dicatatkan seluruh cuti seluruh Malaysia, takwim Hijrah serta waktu solat bagi bandar utama.

Sesiapa yang hendak melihat kalendar Jawa, boleh capai pautan di sini.



No comments: