Sunday, February 28, 2010

Mee Hoon Bandung

Semalam masak mee hoon bandung. Qaisarah suka makan tauhu goreng je. Dari pemerhatian aku, Qaisarah ni suka pada produk makanan berasaskan soya. Suka tauhu, air soya dan tauhu fa. Lagi satu dia suka makan jagung. Satu tongkol jagung boleh habis makan sorang.

Saturday, February 27, 2010

Hampir kemalangan

Malam semalam semasa kami dalam perjalanan pulang ke rumah, kami hampir terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan berlaku ketika kami sedang berhenti di lampu isyarat menunggu lampu bertukar hijau. Ada tiga buah kereta di hadapan kami. Kereta kami adalah di laluan kiri dan paling belakang. Sedang kami berbual-bual tiba-tiba, kami terdengar bunyi dentuman yang kuat. Rupanya ada sebuah kereta proton pesona telah melanggar belakang sebuah kereta yang berada di sebelah kereta kami iaitu di laluan kanan jalan. Setelah melanggar belakang kereta proton Gen 2, kereta proton pesona tersebut telah masuk ke laluan tengah jalan dan melanggar kereta produa kelisa depan kereta kami. Semua pemandu terkejut. Apa tidaknya, laluan yang tenang dan dan luas, tiba-tiba berlaku kemalangan. Semua pemandu keluar dan marah dengan pemandu proton pesona tersebut. Yang menakjubkan hanya kereta kami yang terselamat. Alhamdullillah, ku panjatkan syukur pada Allah kerana Dialah Maha Pelindung. Pemandu pesona itu seorang remaja. Entah, katanya terlalu laju dan tak sempat menekan pedal brek. Macam tak logik je dengar. Mudah-mudahan Allah selamatkan kami semua dari bahaya. Ameen.

Friday, February 26, 2010

Cuti Maulidur Rasul

Cuti umum maulidur rasul seluruh rakyat Malaysia bercuti. Mereka seronok bercuti kerana untuk merehatkan diri. Tapi di manakah penghayatan kita kepada kecintaan tehadap Rasullullah?



Tuesday, February 23, 2010

Qaisarah mengigau lagi

Malam tadi, tak semena-mena Qaisarah menjerit Papa! Papa! kuat pula tu. Aku dengan suami terkejut. Tengok mata dia pejam. La, ngigau lagi budak ni. Ngigau asyik sebut papa je.


Sunday, February 21, 2010

Beli online

Hari ini Qaisarah tidur nyenyak. Aku pula sibuk buat nota kuliah. Sambil buat nota sambil membeli-belah. Siapa kata, tak boleh membeli-belah di rumah. Sekarang dah banyak laman sesawang membeli-belah online. Aku dah tempah satu t-shirt untuk ibu menyusu dari mypermatahati.com. Esok buat pembayaran, lusa dapatlah kot. Macam tak sabar nak dapat baju ni. Sejak akhir-akhir ini aku suka betul berbelanja secara online. Barang-barang cantik-cantik. Lepas tu tak lah penat dukung Qaisarah jalan-jalan. Sekarang pun tengah musim panas. Nak keluar rumah memang meletihkan.

Minggu lepas dah beli satu bantal dan lencana yang comel untuk Qaisarah. Ini pun tak sabar nak dapat. Bantal yang aku beli masa hari jadi suami aku, tertinggal kat JB. Biarlah kalau nenek rindu Qaisarah boleh peluk2 bantal itu. Yang best dapat voucer 10%. Itu yang sakan bershopping2.



Thursday, February 18, 2010

Buku


Buku yang saya telah beli pada 8 Feb 2010.
Saya telah menghabiskan membaca buku ini semasa cuti CNY.
Memang bagus untuk dibaca sebagai menambah ilmu dan menjawab persoalan tentang ilmu ghaib dan makhluk halus.


Balik kampung

Cuti lama, sempena musim perayaan. Kali ini cuti CNY. Ikut hati memang nak berehat di rumah. Tapi mak mentua telefon suami, tanya balik tak cuti CNY. Jadi, Sabtu ptg kami pun ambil keputusan balik JB hari Ahad.

Ahad 14/2:
8-12tghari: Kami berehat di rumah. Buat agenda masing-masing. Qaisarah tidur, bangun, main. Mama penat, kemas2, tidur. papa tidur, tengok TV.
3.30 ptg: Kami bertolak ke JB, singgah kejap kedai kereta, papa service kereta sebelum balik JB. bertolak dari tol lebih kurang pukul 4.15ptg.
8.15 mlm: Sampai rumah mak, rupanya dia org buat BBQ. makan sepuas2nya. perut lapar, tapi rasa tak sedap...sebu. ye lah, tadi pun tak makan nasi. cuma sempat beli McD makan dalam kereta.

Isnin 15/2:
8-2ptg: Lepak2 rumah mak.
2-5ptg: Lepak rumah baru Fakhrul dan Nadia. Dia org baru beli rumah kedua. Rumah pertama flet. Dah pun ada rumah kedua. Yang ni rumah teres 2 tingkat. Paling aku ingat rumah ni no 4. Cina mmg tak suka no 4. rumah pakcik aku di KL pun no 4. rumah tu mmg dekat dengan simpang tiga, keluar masuk jalan utama. pak cik aku dah duduk situ lama. Murah je tuan rumah jual, RM160K /++ semua dah diubahsuai, dapur dah tambah, grill dah ada. Memang very nice rumah tu.
5-7.30 mlm: Jalan2 di Teluk Danga. Aku beli baru t-shirt untuk Qaisarah ada tulis I love love papa papa, I love mama, sarung bantal 3 helai RM10, brooch murah 3 RM5, gelang 2 RM5.

Selasa 16/2:
3 ptg: Bertolak balik. Sampai highway PLUS area Pedas dah mula sesak. Masuk jalan lama, sesak juga. Kami selamat tiba di rumah pukul 8.25 mlm. Sepatutnya kalau hari biasa, dalam 6.30 dah samapi rumah. Qaisarah tidur, bangun je lah. Masuk kereta je tidur. Bila sampai Pedas berhenti solat asar, dia bangun sampai ke rumah.


Wednesday, February 3, 2010

Happy Birthday to you....



Selamat hari lahir utk suamiku. Sehari sebelum besday, dia dah terima hadiah dari heartbeat.my yang aku order secara online. mmg cute hadiah tu. Magic mug and pillow yang boleh print gambar sendiri.

Magic mug ini unik sikit. Bila letak air panas baru keluar gambar. Mula-mula tu suami aku pun pelik kenapa cawan tu gelap je. Bila dah buatkan air untuk dia baru keluar muka dan ucapan yang aku print tu.

Bantal pink aku saja buat dengan gambar Qaisarah. Sbb dia ada bagi voucer 10% utk pembelian pertama. Suami aku letak bantal ni dalam kereta dia. Mmg cute lah bantal ni.


Tuesday, February 2, 2010

Selamat Pengantin Baru: Norhafniza dan Ali









Sabtu lepas 30 Jan 2010:

9:15-9:40 am:
Bertolak dari rumah ke Nilai 1 dengan Qaisarah untuk menunggu Cik Ila ambil. Kami bertiga nak ke kenduri rumah angah di Seremban.

10.05-10.15 am:
Kami bertolak dari Nilai 1 ke Nilai 3 untuk membeli hadiah perkahwinan angah. Dah Puan Hafniza dah. Semalam Jumaat malam Sabtu dah bernikah.

10.15am-11.30am:
Kami bertiga memilih hadiah perkahwinan yang sesuai untuk Puan Hafniza.

Inilah hasil perbincangan kami bertiga, maka inilah hadiah untuk Puan Hafniza dan En Ali dengan Qaisarah sebagai latar belakang gambar.























12.15-12.40 pm:
Tiba di rumah ibubapa angah dan kami makan sebelum berjumpa dengan angah. Menu makanan... ada rendang daging, ayam masak merah, buah limau sunkist, paling best ada tempoyak.










12.40- 2.10 pm:
Berborak dengan angah sehingga dia bersanding. Ini adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan semasa kenduri angah.