Friday, May 28, 2010

Roh

Hari ini cuti hari Wesak. Aku tengok FB makcik aku ada ucapan happy anniversary. Yeah! Aku baru teringat yg makcik aku kahwin semasa cuti hari wesak. Tak silap tahun 1998. Masa itu, aku baru sahaja mendaftar seminggu di universiti untuk program Ijazah SarjanaMuda. Jadi aku tak dapat menghadirkan diri untuk majlis bersejarah makcik aku. Selamat ulangtahun perkahwinan kepada makcik aku Norashikin dan Mohd Rais. Semoga bahgia hingga akhit hayat.

Malam semalam aku ada tengok sekejap satu cerita kat TV3 yang bertajuk ROH. Malam Jumaaat TV3 selalu ada cerita-cerita suspen. Tapi, aku jarang tengok sejak aku mengandungkan Qaisarah sampai sekarang. Masa mengandung Qaisarah aku tak nak benda-benda macam ini didengari oleh Qaisarah sejak dalam rahim aku lagi. Aku banyak dengarkan Qaisarah dengan Al-Quran. Setiap pagi aku akan baca surah Yassin utk dimudahkan proses bersalin dan Qaisarah jadi bijak pintar. Sejak dalam rahim aku, aku dah panggil nama Qaisarah walaupun aku tak pasti jantina. Cuma naluri keibuan aku kuat mengatakan anak yg bakal aku lahirkan seorg perempuan. Selalu juga baca doa nabi Yunus "Lailaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zalimin". Sekarang aku malas nak tgk cerita macam ni sbb aku tak nak tarik gelombang2 saka, jin semua masuk ke dalam badan aku. Cukuplah sekadar cerita.

Dalam cerita ROH, ada satu dialog yg buat aku tertarik dan tersedar. Dialognya lebih kurang begini.
"Manusia dikurniakan ROH dan JASAD. JASAD apa yg kita nampak spt mata, muka dan hidung. ROH berada didalam JASAD dan kita tidak nampak. Manusia sering menjaga JASADnya. Contoh makan vitamin utk sihat, nak cantikkan muka dsb. Tetapi manusia sering lupa utk mengaja ROHnya. Apabila manusia mati, ROH yg akan berjumpa dgn ALLAH. JASAD akan ditanam dan akan dimakan oleh ulat-ulat. Semestinya ROH juga perlu dijaga"

Ya! Memang benar. Manusia sering lupa utk mjaga ROH nya. ROH juga mesti dijaga utk diberi makan dgn makanan rohani spt ZIKRULLAH dan AYATULLAH.

"Hai orang-orang yg berjiwa tenang (27). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg nikmat lagi diRedhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yg berbahagia (29). Dan masuklah ke dalam syurgaKu (30)." - Surah Al-Fajr:27-30

Wednesday, May 26, 2010

Biodata Rasullullah

Ini ada tentang biodata Rasullullah. Ada seorang kawan memanjangkan e-mail ini kpd aku. Jadi, mari kita teliti dan renungkan.

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW. Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.


BIODATA RASULULLAH SAW


  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

  • Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
  • Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN

  • Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

  • Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
  • Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
  • batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


  • Khadijah Binti Khuwailid.
  • Saudah Binti Zam'ah.
  • Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
  • Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
  • Zainab Binti Jahsy.
  • Maimunah Binti Harith.
  • Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN

1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)


1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH
. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


  • Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
  • Aku melihat cahaya dari lidahnya.
  • Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
  • Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
  • Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
  • Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
  • Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
  • Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
  • Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
  • Wajahnya seperti bulan purnama.
  • Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
  • Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
  • Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
  • Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
  • Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
  • Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
  • Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
  • Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
  • Janggutnya penuh dan tebal menawan.
  • Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
  • Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
  • Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
  • Rambutnya sedikit ikal.
  • Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
  • Rambutnya terbelah di tengah.
  • Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
  • Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
  • Seimbang antara kedua bahunya.
  • Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
  • Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
  • Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
  • Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
  • Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
  • Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
  • Warna putihnya lebih banyak.
  • Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
  • Warna kulitnya putih tapi sihat.
  • Kulitnya putih lagi bercahaya.
  • Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
  • Badannya tidak gemuk.
  • Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
  • Perutnya tidak buncit.
  • Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


Gila Isim

Sebelum ini, persoalan tentang gila isim kadang2 menghantui diri aku. Apa dia sebenarnya gila isim ni. Orang kata belajar ilmu agama tak habis lah, belajar agama atau buat amalan tak berguru lah, belajar silat mesti kena gila isim dan macam2 persoalan dan andaian orang kata.

Ini ada cerita pasal gila isim.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh daftar ke forum ni.


Apa-apa pun setiap amalan mesti ada tujuan yang kenapa kita buat, dari mana asalnya dan tanya pada yang pakar dan ahli serta sesuai dengan kemampuan. Nak makan ubat doktor pun ada dos dan kena tanya pada doktor pakar. Wallahu 'Alam.


Monday, May 24, 2010

Kebahagiaan dalam Perpisahan

Lagu ini pada aku memang sedap dari segi lirik dan melodi. Bila Shahir menyanyi memang terasa aura dia sampai kepada penonton. Tahniah Shahir! Semoga berjaya di persada seni tanahair.

Sebenarnya bila dia jadi juara, aku teringat cerita dia kat trek celebriti, hilang motor dan duit sbb nak buat bisnes dek kena tipu dengan kawan. Malam sabtu hari tu, Allah bagi rezeki kereta pula. Ye, kadang2 bila kita hilang sesuatu, mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik atau berharga. Yang pasti. dalam apa jua situasi...reda, usaha dan tawakal.

Kebahagiaan dalam Perpisahan
Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Chorus:

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

(ulang chorus)

Kebahagiaan.. dalam perpisahan..

Friday, May 21, 2010

Amalan untuk Ibu menyusu anak

Aku terjumpa blog yang bagus untuk ibu-ibu yang menyusu.
Bagus untuk diamalkan.

http://alinalan.blogspot.com

Doa untuk memperbanyakkan susu.

Semoga ibu-ibu yang menyusukan anak dapat manfaat dari blog ini. Apa yang saya amalkan juga semasa menyusukan anak, sentiasa doakan anak yang baik2. semoga anak-anak kita menjadi insan yang soleh dan solehah. amin.



Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya

One who recites this name will be freed from any troubles.


"Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.


Thursday, May 13, 2010

Adab Memotong Kuku























RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.


Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.

Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.


Sumber:
http://syambro5.blogspot.com/2010/01/rahsia-memotong-kuku.html
http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/04/23/adab-memotong-kuku


Wallahu 'alam. Setiap sesuatu itu ada yang tersirat disebalik yang tersurat.






Tuesday, May 4, 2010

Majalah Sains

Bagi sesiapa yang belum mengetahui.
Ini ada majalah sains dalam Bahasa Melayu.
Sesiapa pun boleh menulis di sini, asalkan ianya berdasarkan Sains dan fakta.


majalahsains.com