Sampai saja aku di rumah, waktu berbuka tinggal hampir sejam saja lamanya. Dalam kereta tadi aku terfikir untk masak mee rebus. Tapi fikir punya fikir bahan banyak yang tak cukup. Tapi menurut firasat aku, masakan yang aku bakal masak ini mungkin sedap. Apa lagi eksperimen aku pun bermula. Untuk kawan2 yang mahu mencuba, silakan...
Bahan-bahan; Cili boh Bawang merah Bawang putih Ayam Mix vegetable Telur Tomato puree Kentang rebus yang sudah dikisar Garam
Cara-cara memasak: 1) Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan 2) Masukkan ayam, dan tunggu sehingga kekuningan 3) Masukkan cili boh sehingga naik minyak 4) Masukkan tomato puree dan garam secukup rasa 5) Kacau sehingga sebati 6) Masukkan kentang yang sudah dikisar 7) Masukkan air (jangan terlalu cair) 8) Tunggu sehingga mendidih 9) Masukkan telur 10) Tutup api
Hidang bersama: Mee Taugeh Tauhu goreng Bawang goreng
“Nabi Sulaiman berkata pula (kpd golongan bijak pandainya): “wahai pegawai2ku, siapakah diantara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya (Balqis) sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam.” (Surah An-Naml:38 )
“Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah membawanya, lagi amanah.” (Surah An-Naml:39)
“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dr limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah ku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yg bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yg tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kpd Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.” (Surah An-Naml:40)
BALQIS - UNIC
Engkaulah ratu di mahligai permata Istana bayangan syurga Harta dan takhta mengaburi mata Tersesat dikau di terang cahaya Langsung tidak kau endah kata bicara Utusan hud-hud yang benar
Seruan mengajakmu taat Yang Esa Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya Tak perlu kau singkapi labuh kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman Bukannya air yang kau pijak tapi kaca Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih Abid memindahkannya tanpa kau sedari Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping hati Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan pada diri
Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina Itu hanya di pandangan mata Kemewahan tidak bermakna hidupmu akan sentosa Kesempurnaan, Tuhan menilainya...
BALQIS - Siti Nurhaliza
Biar apa pun rupa yang terbina Takkan gentar merela kehendaknya Terdengarlah bicara tersembunyi Yang tertebar di langit dan di bumi
Siapakah yang mampu menundukkan bayu Siapakah yang tahu hanya ada satu
Turut titah setia ratu kota Lirik mata yang cerah bak sahmura Singgahsana nan indah tak terperi Halus santunnya wajah bidadari
Siapa yang mengutus surat keajaiban Siapa yang menghunus rebah di pelukan
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai lai Bisakah jelita luruh kuasa Lai lai lai lai lai lai lai lai lai lai Terpukau hatinya demi sakti kurnia Laksana terkalam tiada diilham Segala ternyata hanya sekelip mata (Syahadah)
Terpedaya istana kaca Terkesima kata mulia
Seribu utusan Mahkota hiasan Membingkis berita Damaikan dua kota Agungnya... suara... sucinya... sang cinta...
Bertemu di alam pesona Bersatu di dalam cahaya Semilah... bermadah... kasihnya... Di puncak singgahsana (Syahadah)
Hari ini, hari minggu. Hari keempat bulan Ramadan. Mudah-mudahan ibadat kita sentiasa diberkati Ilahi.
Seawal pagi, terbitnya mentari, saya telah menghabiskan buku yang saya telah baca hasil nukilan Dr HM Tuah. Banyak pengajaran dan motivasi yang saya dapat melaluinya, walaupun kadangkala saya rasa ceritanya sering berulang. Namun, ini adalah cara penulis membentangkan karyanya. Yang penting ambil yang positif buang yang negatif.
Harapan Ramadhan
Ku mengharapkan Ramadhan Kali ini penuh makna Agar dapat kulalui Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNya Moga dapat ku lenturkan Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah... Dengan rahmatMu oh Tuhanku... Ku tempuh jua
Jika seluruh harta adalah racun, zakat adalah penawarnya, jika seluruh hari adalah nista, maka jumaat adalah penyuciannya, Jila seluruh bulan adalah noda maka Ramadan adalah pemutihnya.
Jika HATI seputih AWAN, Jangan biar ia MENDUNG, Jika HATI seindah BULAN, Hiasilah ia dengan IMAN... Salam al-Mubarak
When I wake up in the morning, I feel not comfortable with my eye. My sore eye become more serious. I need to go to clinic to check my eye either it serious or not.
I received a Ramadan message from my friend.
Salam Ramadan to all my friends. Semoga RAMADAN yang bakal menjelma memberi seribu berkat. Tambahkan Ibadah, Gandakan amalan. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat Ilahi. AMEEN
Selepas makan tengahari, biasanya ramai yang mengeluh. Mengantuk! Mengantuk!. Ada juga segelintir member aku yang tidak mahu makan tengahari. Alasannya mengantuk dan tidak fokus untuk melakukan tugasan. Namun hakikatnya, aku juga kadangkala begitu. Dalam melawan mata yang terasa beratnya, aku berfikir sejenak. Apakah penyebab sebenar mengantuk selepas makan tengahari? Adakah kanji pada nasi? Atau minda yang mengawal segalanya? Sebab dalam banyak perkara, aku percaya pada kuasa minda...MINDA mengarah segala perbuatan kita. Dalam Islam "Niat atau Nawaitu".
Namun aku cari juga apa penyebab sebenarnya. Dan ini jawapannya...AIR. Memang ada logik. Sebab dari pemerhatian aku, kalau aku minum banyak air, badan akan terasa lebih segar. Teringat aku pada kisah sepupu aku, masa pertama kali mendaftar ke universiti. Dia meminta ayahnya membelikan 2 cartoon air mineral. Dia memberi alasan, sekiranya kurang minum air, mata akan terasa mengantuk... dan fokus untuk belajar akan menjadi kurang. Di sini aku lampirkan sedikit fakta tentang air dan penyebab mengantuk.
"MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak," rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.
Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran. Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa. Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit belakang
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisma
Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
Member aku ajak ke Giant Kinrara. Dia kata saje untuk melepaskan kempunan. Apalah yang best kat sana. Pada aku semua pasaraya sama jer. Tiada yang terlalu istimewa. Dia kata, Giant Kinrara baru bukak. Mana tahu ada promosi. Tapi takpe, sekurang2nya bila org tanya di mana, or dah ke sana belum, boleh aku menjawab pertanyaan2 itu.
Tapi apa yang membuatkan kami terfikir sebentar...., Dalam perjalanan ke sana terdapat satu papan tanda. "Mengapa perlu memandu sejauh 5.6km?" Kami tergelak seketika. Anda tahu kenapa? Kerana sebelum kami jumpa papan tanda ini, ada satu papan tanda "TESCO 5.6km" arah terus. Bagi mereka yang cekap berfikir, pasti anda tahu maksud tersirat. Tetapi yang menakjubkan kami, apabila kami mahu pulang ke Serdang semula. Kami perlu membuat pusingan U yang mana pusingan U ini, mmg betul-betul berjarak 5.6km. Jadi apa signifikan nya? Fikir! Fikirkan lah... Renung! Renungkanlah...
PADA hari ini Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula, dengan seribu satu harapan, dan debaran bukan sahaja dalam kalangan calon, malah lebih lagi kepada ibu bapa dan guru.
Selamat berjaya kepada adik bongsuku Nur Haziqah. Pastikan 5A dalam genggaman.
Hari ini masuk hari kedua bulan September. Bila masuk je bulan baru, terasa masa begitu cepat berlalu. Semalam 1 september, terus terlintas difikiran aku, hari lahir seorg member satu makmal aku di UPM, Muhammad Anas Othaman. Terus aku sms mengucapkan selamat hari lahir, semoga dimurahkan rezeki dalam nikmat Iman. Mudah2an kita terus berjaya bersama2. Anas, semoga bertambah anak ko tahun depan. Itu yang ko impikan kan?
Tengahari tadi, graf kerajinan memasak aku begitu tinggi. Sebanyak 4 jenis lauk telah aku hidangkan untuk makan bersama2 suami tercinta. Siap boleh buat senarai kat bawah ni:
1) Ikan goreng 2) Ikan bilis sambal petai 3) Ayam masak kari 4) Sup sayur cendawan + kobis bunga
Suamiku pulak, kerajinan mengecat rumah dia memuncak. Petang td dia telah mengecat dinding di halaman rumah kami. Bilik air utama di bili kami siap dicatnya. Malamnya pulak, siap semua mentol yang tak berfungsi, diganti dgn baru.