Para ulama telah mengkaji bahawa untuk mentarbiah diri sendiri,
sekurang2nya kita perlu menunaikan solat 40 rakaat sehari. Ini kerana
dalam solat ada doa untuk diri sendiri spt dlm surah Al-Fatihah dan
bacaan di antara dua sujud. Bagaimana kita hendak mdapatkan 40 rakaat
sehari. Caranya sgt mudah.
1. Jumlah solat wajib = 17 rakaat (2+4+4+3+4)
2. Jumlah solat ba'liah dan qabliah = 14 rakaat (2+4+2+2+4)
3. Solat hajat = 2 rakaat
4. Solat taubat = 2 rakaat
5. Solat tahajud = 2 rakaat
6. Solat witir = 3 rakaat
Maka jumlah rakaat solat sehari adalah 40 rakaat. Ini baru minimum.
Andai ditambah dhuha dan ditambah bilangan rakaat bg solat tahajud dll
maka jumlah rakaat akan bertambah. Ma Sha Allah. Sungguh tersusunnya
ibadah sehari andai mahu mendidik diri.... semoga Allah bg taufiq untuk
kita amal dan sampaikan kpd yg lain.
Monday, May 25, 2015
Friday, May 22, 2015
Doa
Sedikit perkongsian ilmu di pagi tadi di ikim.fm.
- Orang yang mencari harta dengan cara tidak halal, akan mendapat tiga bala:
- Keluarga dan rumah tangganya tidak akan bahagia.
- Dia tidak akan mendapat kemanisan beribadah.
- Doanya tidak akan dimakbulkan
- Apabila mendapat sesuatu ilmu yang baharu, terus beramal. Baru kita akan dapat beristiqamah dengan amalan tersebut.
Monday, May 18, 2015
Sedekah
- Sedekah tidak mengurangkan harta.
- Sedekah umpama pohon yang rantingnya apabila dibuang, makin hidup subur dan semakin banyak daun yang tumbuh.
- Sedekah bukan sahaja harta dan duit.
- Senyum itu salah satu cabang sedekah.
- Memberi nasihat yang baik juga cabang sedekah.
- Mengalihkan ranting ke tepi jalan juga sedekah.
- Solat dhuha juga satu sedekah. Sedekah ke atas tubuh kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)