Saturday, April 25, 2015

Seminar: Halal and Food Safety

Buat julung kali ke UKM selepas sekian lama... menghadiri seminar Halal dan keselamatan makanan di UKM anjuran PESAMAP.

Dalam seminar ini ada dua tajuk yang dikupas.
  1. Peranan Sains Makanan dalam Penentuan Status Halal.
  2. Kehadiran Virus dalam Makanan
Sedikit perkongsian ilmu yang telah diperolehi dalam seminar ini.

1.  Peranan Sains Makanan dalam Penentuan Status Halal.
  • Pemprosesan bahan makanan bermula dari bahan mentah sehingga ke pengguna.
  • Sebagai seorang ahli Sains Makanan, penentuan status Halal makanan perlu diambil pada keseluruhan rantaian makanan. Bermula dari bahan mentah, pemprosesan makanan, aditif makanan, produk atau bahan mentah (GMO), dan keselamatan dan kualiti makanan.
  • Sebagai contoh, dalam pembuatan roti. Bahan mentah yang digunakan mungkin Halal, tetapi mungkin semasa pemprosesan roti, berus yang digunakan untuk menyapu marjerin atau agen pengilat dari sumber haiwan yang haram. Aditif yang digunakan dalam roti seperti pengemulsi juga perlu dipastikan Halal.  Akhirnya makanan yang dihasilkan juga mesti baik dan memberi manfaat kepada manusia.
2.   Kehadiran Virus dalam Makanan.
  • Kehadiran virus dalam makanan sering diambil remeh dan ringan.
  • Biasanya, apabila seseorang mengalami cirit-birit atau muntah, doktor perubatan akan memberi ubat antibiotik. Antibiotik hanya membunuh bakteria tetapi tidak membunuh virus.
  • Apabila sesuatu kes cirit-birit berlaku, pegawai kesihatan akan mengambil sampel najis untuk diuji.
  • Terdapat banyak kes yang apabila sampel kajian diuji di makmal, jenis bakteria tidak dapat dikesan. Ini bererti kes adalah false negative.
  • Spesis bakteria yang selalu diuji di makmal adalah bakteria seperti E. coli dan Salmonella.
  • Virus yang biasa hadir dalam sampel makanan dikenali sebagai norovirus.
  • Virus norovirus, akan memberi simptom yang sama dengan bakteria tetapi tidak membawa kepada kematian. Virus ini juga dikenali sebagai Norwalk virus dan merupakan sejenis viral gastroenteritis kepada manusia.
  • Untuk mengesan kehadiran virus norovirus, pengesanan menggunakan Tindakbalas Rantaian Polimerase atau PCR, tidak berkesan.
  • Pengesanan virus ini hanya boleh dilakukan dengan tiga cara sahaja iaitu dengan menggunakan:
    • Mikroskop elektron
    • RT-PCR
    • ELISA
  • Perkara yang menarik tentang norovirus adalah virus ini lebih suka menyerang mereka yang berdarah O. Saintis masih mengkaji kenapa virus ini lebih suka kepada darah O.
  • Virus ini juga banyak tersebar dalam suasana dan keadaan tertutup seperti dalam Cruise, hospital, dan kolam mandi.
  • Virus ini juga tidak boleh dikulturkan seperti bakteria.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca.
Bersama pelajar USIM yang turut hadir.
UKM di hati ku...



Monday, April 20, 2015

Kanak-kanak riang dan ceria

Kanak-kanak mmg sentiasa riang dan ceria. Lihatlah gelagat dan karenah mereka. Menghiburkan hati tanpa memikirkan hal kehidupan yang mennti di hadapan mereka.

Gambar diambil pada 19 April 2015.

Sunday, April 19, 2015

Cerita dari Padang, Indonesia

Kali kedua ke UNAND, Padang, Indonesia. Syukur Allah izinkan lagi menjejaki bumi Padang. 

Hari pertama (17 April 2015) di Universitas Andalas, Padang. Kali ini ke sana kerana dilantik sebagai steering committee utk joint postgraduate seminar. Dan pertama kali juga diberi peluang untuk menyampaikan welcome speech.

Hari kedua (18 April 2015): QID Food Seminar di Bukit Tinggi. Dulu masa pertama kali ke Padang, ramai yg menyebut tempat ini sbg tpt membelah belah. Menarik. Rupanya tpt ini mmg tpt bersejarah. Kesan Indonesia telah dijajah Belanda ada di Bukit Tinggi.

Bila berada di negara orang... byk perkara yg dipelajari. Banyak juga keindahan Allah yg boleh dinikmati... Allah itu Maha Kaya. Kita hanya manusia kerdil sahaja.




Saturday, April 11, 2015

Selamat pengantin baru... Nor dan Fazly

Selamat pengantin baru kepada Nor... aku doakan agar kau bahgia hingga ke jannah... semoga persahabatan kita kekal ke syurga...

Nurulasikin Suhadis a.k.a aku kenal di SAMTH... masa form 5 baru sekelas... tp yg best tu sbb masa buat PhD... kami sama2 di UPM... walaupun lain bidang...tp kdg2 terjumpa sekitar Serdang...

Mula2 dpt tahu Nor nk kawin...melalui fb... oklah ingat kt fb je dia jemput... tetiba2 dpt kad kat pej... mmg kena pergi ni...dan niat pun mmg nk gi... syukur Allah izinkn ke majlis Nor hari ni.

Yg seronok bila masa majlis2 mcm ni adalah jumpa kwn2. Almaklumlah... kami ni sek semua perempuan... mmg kecoh kalau jumpa... walaupun aku cuma 2thn bersama...tp kemesraan tetap terjalin...


Monday, April 6, 2015

Gajah

Mama: apasal gajah warna pink?
Qaisarah: biarlah... ada je gajah warna pink dalam cerita cartoon...
Mama hanya tersenyum...