Wednesday, February 25, 2015

Qaisarah darjah satu


Diam tak diam... Qaisarah dah masuk darjah 1. Rasanya macam baharu sahaja melahirkan Qaisarah. Masa Qaisarah lahir... mama tengah buat PhD. Ramai kawan sekerja yang melahirkan anak semasa buat PhD rupanya.

Sebelum masuk darjah 1... ada ujian LINUS. Ujian ini untuk melihat pelajar yang boleh membaca atau tidak... Syukur selepas ujian... Qaisarah dapat masuk kelas yang terawal. Masa ujian ini...mama tak ikut... papa sahaja yang temankan...

Maka bermulalah episod hari pertama darjah 1 pada 12 Jan 2015. Spt biasa...papa yang temankan. Yg seronoknya... Qaisarah langsung tak bg papa teman naik ke kelas. Rasanya budak zaman skrg ni... keyakinan diri dah tinggi kot... pagi sek keb biasa papa selesaikan semua... ptg pula... mama daftarkan Qaisarah ke KAFAI... mula2 sekolah tu mmg nmpk keletihan diwajah Qaisarah...  mlm mengaji pulak...

Skrg dah masuk bulan Feb. Nmpknya Qaisarah dah boleh menyesuaikan diri dgn alam persekolhan sebenar. Mama pun dah boleh urus masa dan kerja2 rumah dgn kerjaya. Bayangkan dulu.. tak patah gosok baju sekolah... Masa Pra Sekoah t shirt je... isnin dan jumaat je gosok baju. Tp sekarang... baju sek keb dan kafa tpaksa gosok. Semoga anak mama jd anak solehah.