Tuesday, July 30, 2013

Chocodate

Semlm aku dah dapat chocodate yag aku beli online. Actually, before that I have bought 5 packets through the same person. Memang kurma kegemaran aku. Lagi2 bulan puasa. Masa awal puasa, aku ada beli kat Tesco, tapi hanya satu peket sahaja. 2, 3 hari lepas tu dah habis. That why aku beli je online, lagi mudah dan senang. 

Aku suka chocodate tu sbb senang nak bawa kat mana2. Dalam peket kecik2. Sebiji je memang mengenyangkan. Siapa tak tahu apa itu chocodate, ia adalah kurma yang disalut dengan chocolate, biji kurma telah diganti dengan badam. Memang sedap. keluaran Yusof Taiyob.

Saturday, July 13, 2013

Petua ulser mulut_minum minyak kelapa dara

Dalam mulut saya selalu kena ulser. Tergigit sikit jadi ulser, terminum panas sikit ulser, terminum sejuk sangat ulser. Mungkin juga akibat kejutan suhu. 

Sebenarnya dah dekat seminggu ada ulser dalam tekak. Entah apa penyebab kurang pasti. Mungkin makan ais krim atau minum sejuk masa mulut kering. Ulser ni memang tak nampak dari luar. Kena suluh dengan lampu suluh. Fikir2 nak makan tak antibiotik ye, ke nak makan madu. Madu panas, bulan2 puasa ni takut kurang air lagi menjadi2.

Maka saya pun terfikir untuk minum minyak kelapa dara. Masa berbuka puasa, minumlah satu sudu minyak kelapa dara yang saya ada dalam stok makanan tambahan dan makanan berfungsi saya. Syukur, alhamdulillah pagi tadi dah tak rasa sakit tekak lagi disebabkan ulser.

Friday, July 12, 2013

Indahnya ciptaan Allah



Malam tadi memang nampak kat langit bulan dengan planet zuhrah. Memang nampak. Tapi tak pandai ambil gambar. Kat sini, ada gambar dari falakonline.

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-frc1/q71/s720x720/1003476_10151465713926512_306139463_n.jpg

Bulan Ramadan

Pagi tadi, dengar IKIM, ada soalan tanya berapa kali nabi berpuasa pada bulan Ramadan.

Jawapan: 9 kali Ramadan. 8 kali Ramadan berpuasa selama dalam 29 hari, hanya 1 kali Ramadan je berpuasa 30 hari.

Sebab tahun tu, tak nampak anak bulan.



Thursday, July 11, 2013

Cerita pasal papa

Semalam nak tergelak dengar dua orang kanak-kanak bercerita pasal papa masing-masing. Qaisarah dan Najah. Papa Qaisarah besar, papa Najah kecik.

Najah pegang perut papa Qaisarah, lalu berkata...gemuk nya.

Saya pun bertanya, Najah suka papa Najah gemuk ke kurus.

Najah: Suka kurus, sbb cantik.
Qaisarah: Papa Qaisarah gemuk, kuat, boleh dukung Qaisarah.

Budak2 pandai buat inferens.

Selamat Hari Lahir Qaisarah ke-5

Semalam, birthday Qaisarah. Selamat Hari Lahir to my little Qaisarah. Thn ini birthday Qaisarah jatuh pd 1 Ramadan. Pagi2 1 Ramadan, Qaisarah bgn sahur, makan honey star susu. Kata dia, nak puasa penuh. Tapi tak tahulah. Nampak gaya, belum kenal erti puasa.

Balik rumah 530 pm, tanya mak, Qaisarah puasa tak. Haahhaha....puasa apa, makan nasi goreng.

Anyway, semoga jadi insan yang solehah.


Dan Selamat Hari Lahir juga buat Tun DR Mahathir Mohamed yang ke-89.

Tun Mahathir sambut hari jadi di The Loaf



MASIH KUAT. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meraikan hari ulang tahun beliau yang ke-88 sehari lebih awal di cawangan kedai roti dan pastri miliknya, The Loaf di pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur semalam. Ulang tahun kelahiran beliau jatuh pada 10 Julai iaitu hari ini manakala isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali bakal menyambut hari jadi ke-89 pada 12 Julai. Majlis tersebut diserikan dengan pelancaran secara rasmi cawangan The Loaf ke-11 yang memulakan perniagaan pada bulan Februari lalu. Turut hadir, Pengarah Urusan The Loaf, Jiro Suzuki yang juga rakan kongsi perniagaan Dr. Mahathir.

Wednesday, July 10, 2013

Cuti Rehat

Semalam Qaisarah bertanya kpd saya.

Qaisarah: Mama cuti ke tadi?
Saya: Ye, mama cuti.
Qaisarah: Habis tu kalau cuti siapa yang ajar anak murid mama.
Saya: Kawan mama.
Qaisarah: Kawan mama yang mana?
Saya: Kawan mama antie Maryam.

Dalam hati, boleh pulak dia terfikir, kalau mama cuti siapa nak ajar anak murid. Padahal sekarang tengah cuti semester. Budak2 memang pantas berfikir. 

Tuesday, July 9, 2013

Qaisarah birthday celebration

Tahun ini birthday Qaisarah jatuh pada 1 Ramadan. Jadi mama bawakkan kek birthday kat sekolah pada hari Isnin 8 Julai 2013. Tak sempat nak buat goody bag. Just belikan kek coklat moist daripada secret recipe. Minta cikgu dia ambikkan gambar dari hand phone tapi tak sempat mintak copy photo dari cikgu Qaisarah. 

Pesan mama: "Semoga jadi anak yang solehah dan sentiasa menjadi insan berguna dunia dan akhirat".

Saturday, July 6, 2013

Perkataan baru

Ketika Qaisarah nak main game dalam lap top papa.

Qaisarah: Mama mouse ni tak berkungfi.
Mama teregelak kejap.

Mama: Bukan berkungfi lah... berfungsi.

Qaisarah gelak. Tapi dia tetap nak cakap berkungfi untuk ceriakan hati.

Kungfi vs Fungsi

Friday, July 5, 2013

Nama Pensyarah

Pelajar suka buat salah bila tulis nama pensyarah. Pensyarah kalau tulis nama pelajar, sedaya upaya cari nama yang betul. Macamana nak dapat keberkatan ilmu kalau tulis nama pensyarah pun tak betul. Padahal dah banyak kali tengok nama pensyarah dan in fact, ada yang dah tahun akhir. Renung2kan wahai pelajar2 sekalian.