Thursday, April 25, 2013

Tut pokok

Tadi, entah macamana masa dalam kelas, aku ada tercerita pasal tut pokok. Aku kata, dulu masa sekolah, aku ambik kemahiran hidup pilihan pertanian. Than, ada belajar tut pokok. Ternganga dia orang, tak tahu apa itu tut pokok. Budak2 zaman sekarang ni, apa yang tahu pun tak tahu, Tapi adalah dua tiga orang yang tahu, tapi kata istilah kawin pokok.

Sesiapa yang nak tahu macamana tut pokok, boleh tengok dalam website sini:

http://adf.ly/680157/banner/http://galeriflora.blogspot.com/2010/07/cara-untuk-tut-pokok-air-layering-or.html

Wednesday, April 24, 2013

Master Chef Selebriti kedua sudah bermula

Mulai 20 April, Master Chef Selebriti musim kedua bermula. Kali ini, suasana dia tak lah sekecoh tahun lepas. Rasanya macam banyak adegan sedih2, sbb adaPak Nil kot. Tahun lepas ada Azwan Ali, yang buat kecoh. Dah dua orang terkeluar, iaitu Yasin dan Keroz.  Selamat Maju Jaya buat semua peserta Master Chef.

Tuesday, April 23, 2013

Sakit mata vs Mekap

Teringat perbualan antara Qaisarah dan Ahnaf (anak saudara lelaki) suatu masa dulu.

Qaisarah:  Ahnaf, tgk mata Qaisarah.
Ahnaf:  Mata Qaisarah sakit ke?
Qaisarah:   Taklah, Qaisarah pakai mekap. Kalau sakit mata, merah kat dalam, kalau merah kat luar tu pakai mekap (Eyeshadow kat mata).


Dalam hati nak tergelak. Biasalah anak perempuan segala benda perhiasan dia tahu. Bila lelaki banyak perhiasan perempuan dia tak tahu. Teringat, anak kawan lelaki yang masih kecil, yang rantai leher pun kata gelang, cincin pun kata gelang.

Monday, April 22, 2013

Peringkat Sabar

Pada majlis taklim semalam, ada diterangkan lima peringkat sabar. Mengikut kata ulama, ada lima peingkat sabar.

1- Sabar dalam nikmat yang Allah berikan.
2- Sabar dalam menjalankan perintah Allah.
3- Sabar dalam menahan melakukan larangan Allah.
4- Sabar dalam menempuh musibah yang diberikan oleh Allah.
5- Sabar dalam menyampaikan dakwah. Ini adalah sabar dan jihad yang paling besar.



Monday, April 8, 2013

Tersilap hari

Dalam kepala memang ingat 6 haribulan, kenduri kawin anak kepada kawan sekerja. Maka dengan penuh keterujaan, kami pun pergi ke Bangi Golf Resort, pada hari ahad. Sampai di sana, kami hairan kenapa ramai orang main golf je. Rasa dah betul tempat. Bila tengak kad, mmg 6 haribulan. Tapi 6 habulan April adalah hari SABTU. Terpaksalah diamkan, dan pekakkan telinga sekejap dgr En Suami, berleter. Itulah, kalau Allah tak izinkan pergi, lain jadinya.  Kalau 6 haribulan pun, kemungkinan besar tak pergi, sbb Qaisarah demam sehari. Entah kenapa tiba2 demam. Tapi malam ok pulak. Ini kali pertama aku tersilap hari pergi kenduri kawin. Tapi, pernah juga nyaris tersilap hari. Last2, kami pergi Alamanda.

Monday, April 1, 2013

Cuti-cuti Malaysia di Port Dickson

Sabtu-ahad lepas, 30-31 Mac, kami bercuti di Pork Dickson. Sebenarnya percutian ini tidaklah dirancang begitu rapi. Dua hari lepas, abah ada tanya nak ke PD tak, sbb abah ada dpt penginapan percuma kat Mayang Sari. Abah ada beli sbg partnership dgn Mayang Sari, jadi dia akan bg penginapan percuma selama 7 hari utk setahun.

Asalnya aku satu famili pun nak duduk apartmen tu, tapi tgk tak muat lah pulak, sbb ada 3 keluarga. Last minit, check in kat Seri Malaysia. Mayang Sari dah penuh. Almaklumlah cuti sekolah hari yang terakhir, ramai pulak yang nak bercuti.

Paling best,
1) Qaisarah first time mandi laut. Jerit2 dia sbb takut. Abah tenggelam kan dia dlm laut. Menjerit2.
2) Aku main layang2. First time main layang2 naikkan sampi habis tali.

Apa2 pun percutian yang simple dan santai.