Friday, March 30, 2012

Syukur yang tidak terhingga.

Akhirnya dapat juga surat senat aku lulus PhD, setelah sekian lama bertungkus lumus dan mengharungi liku2 kehidupan. Aku bersyukur kepada Allah kerana telah memberikan kejayaan ini. Sesungguhnya, dengan ilmu yang sedikit ini, aku cuba menyampaikan kpd pelajar2 aku dan cuba memberikan ilmu yang bermanfaat kpd orang lain. Insya-allah.


Saturday, March 24, 2012

Hari keluarga FST (Program Bioteknologi Makanan)

Hari ini, sekali lagi aku pergi meneman pelajar bioteknologi makanan berkelah2 ke Ulu Yam, Selanagor. Tempat memang menarik. Tapi agak jauh dari Nilai. Dalam cafe dia panas, dan tak ada kipas langsung. Kepanasan aku, dan sakit kepala. Pergi dgn Qaisarah, dengan dua orang pembantu makmal. Pelajar Bioteknologi Makanan yang hadir dr Gen5- Gen8. Nak tahu tempat yang kami buat perkelahan.. sila ke website berikut...http://www.riverstoneecoresort.blogspot.com/



Friday, March 23, 2012

Program Retreat ke Sarawak 12-15 Feb 2012 (Bhgn 4 - Hari keempat)

Hari keempat, 15 Feb, Rabu....








Kami ke Santubong Cultural Village, ke kilang tembikar, dan balik ke Waterfront, Kuching utk membeli-belah. Memang best pengalaman pertama ke Sarawak.Ptg, ke lapangan terbang utk balik ke Sepang. Qaisarah memang nampak kepenatan dan keletihan.

Program Retreat ke Sarawak 12-15 Feb 2012 (Bhgn 3 - Hari ketiga)

Hari ketiga, selasa 14 Feb 2012...sekadar ke homestay Kg Siol Kandis. Buat aktiviti kemasyarakatan bersama penduduk kg. Pagi, pergi tadika Kemas dan bersihkan tadika. Ada tanam pokok, sempena kami dtg ke situ. Tgkla, dah besar nnti macamana jadinya. Kaki Qaisarah bengkak dan bernanah teruk. tak tahulah kenapa. Sebelum pergi sarwak mmg dah ada kudis2 sikit2. tiba2 bila dtg Sarawak dan makin menjadi. Lepas zuhur pergi Klinik Satoh, ambil suntikan. 


Yang menarik tpt ni, adalah makanan dia. Mmg makan dekat sini puas betullah. Ulam2 yg lazat yang dipetik keliling rumah. Kalau ada sesiapa yg nak singgah ke homestay sini, boleh lawat web ini http://www.romhomestay.com/

Thursday, March 22, 2012

Program Retreat ke Sarawak 12-15 Feb 2012 (Bhgn 2 - Hari kedua)

Hari kedua, pergi melawat ke UNIMAS, IPG dan UiTM Sarawak. Di UNIMAS melawat Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Jumpa dengan member lama. Jamliah. Dia ni mmg org Sarawak. Lama tak jumpa sejak 2001. Selalu juga berborak walaupun lain kursus masa belajar di UKM dulu. Sbb satu fakulti.









Melawat ke IPG, melihat modul pembelajaran sains yang dikendalikan oleh bakal2 guru. Yang menarik dapat makan laksa Sarawak. Manakala di UiTM kami dibawa meelawat dari jauh ke ladang pertanian. Masa tu nak hujan.




Tuesday, March 20, 2012

Program Retreat ke Sarawak 12-15 Feb 2012 (Bhgn 1- Hari Pertama)

Sudah sebulan berlalu. Baru nak cerita pasal trip ke Sarawak. baru ada sedikit masa yang terluang, dan gambar2 pun baru je di masukkan ke dalam komputer.

Trip ini selama 4 hari dari 12-15 Februari 2012.

12/2/2012:
Bertolak dari LCTT sampai lapangan terbang Kuching dlm pukul 9pg. Qaisarah sepanjang naik kapal terbang tidur. Sekejap je sedar.

Kemudian melawat ke pasar Santok utk bersarapan. Kat sana cuma beli key chain utk bawa balik Semenanjung sebelum melawat ke Kilang Kek Lapis Dayang Salhah.

Ini adalah antara kek lapis yang boleh kami rasa. Ramai juga artis yang dah sampai kat sini. Dato' Siti Nurhaliza pun dah sampai.


Ini pula, pelajar yang cuba utk buat kek lapis. Masa ini pekerja kilang sedang buat kilang kek lapis keju. Memang sukar sikit prosedur buat kek keju ni. Agak cerewet.

Tghari kami check in di Hotel Fata. Dalam pukul 2 ptg, kami ke Matang Wildlife Centre.




Masa ni Qaisarah dah mula sakit kaki. Kaki dia bengkak2 dan kudis. Tak tahu lah kenapa. Jadi kami hanya sekadar duduk dibangku pintu masuk, dan tgk pemandangan sekeliling sambil berbual2 dengan seorang pekerja di situ.

Melihat kawasan sekeliling. Dalam ini ada taman buaya dan orang hutan. Dalam 45 minit kami melepak2, Qaisarah pun rasa ok, dan kami masuk ke dlm satu bilik pameran yang ada awet2 binatang dan kayu2 dlm hutan ni.


Malamnya, kami hanya berehat di hotel, utk program keesokan harinya.

Monday, March 19, 2012

Lawak Qaisarah

Mak saya berkata, "Malam sebelum tidur, ajarlah Qaisarah baca Fatihah dan surah-surah pendek". Dengan ceria Qaisarah menjawab, "Fatihah tu kawan Qaisarah." Banyaklah ko punya Fatihah Qaisarah. Ini Umi suruh mengaji.



Monday, March 5, 2012

Kad kawin tertera ayat al-quran

Kini semakin berleluasa kad kawin ditulis dgn ayat Quran. Jika dilihat, penerima kad byk yang tidak mengendahkan kesucian ayat suci pd kad tersebut.

Artikel seterusnya sila baca disini