Thursday, November 11, 2010

Pesanan bagi sesiapa yang menggunakan seterika

Pagi td aku nak gosok baju utk ke pejabat. Tiba-tiba Qaisarah datang bawa selimut dia. Dia suruh gosok selimut dia. Qaisarah ni memang. Kadang2 baju buruk dia pun dia sibuk nak gosok. Tapi bagus, dia tahu seterika tu panas.

Dulu, masa aku masih di sekolah rendah, selalu juga gosok baju sendiri. Mak selalu berpesan, selepas menggosok baju, sila tanggalkan wayar dari soket suis. Ya! kena tanggalkan wayar dari soket. Sbb adik-adik aku pada masa itu masih kanak-kanak dan bayi. Jika wayar tidak ditanggalkan dari soket suis, mereka boleh menekan suis dan seterika akan terus dinyalakan. Ini memang pernah terjadi pada adik aku. Mujur cepat perasan.

PESANAN KEPADA SEMUA YANG MENGGOSOK BAJU:
Sila matikan suis seterika dan tanggalkan wayar dari suis.



Monday, November 8, 2010

Seminar

Seawal pagi dah bertolak ke pejabat sbb pg ni nak ke Putrajaya utk menghadiri pelancaran dan seminar keselamatan makanan 1Malaysia (SK1M) anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Aku dah terlambat rupanya, bas dah tunggu. 8.10pg baru aku sampai. Bukan apa, selalu mmg bas lambat sikit. Kali ini bas bergerak tepat pada masanya. Minta maaf tuan pemandu bas.

Sampai sana dalam 9:30 pg, makan dahulu. Pada aku seminar ini memberi manfaat kepada pengusaha-penguasa kecil makanan yang mahu mengedarkan makanan di peringkat domestik.



Sunday, November 7, 2010

Hujung minggu

Cuti hujung minggu, pagi-pagi aku sekadar menggoreng kentang untuk sarapan pagi. Petang aku bercadang nak buat spagetti. Pagi td, aku ke Mydin utk memperbaharui kad Mydin aku yang dah luput ahli. Minggu lepas, aku ke Mydin dan mendapati kad ahli aku telah tamat, tetapi sistem komputer tidak berfungsi.

Bagi sesiapa yang hendak memohon kad keahlian mydin sila lawati di sini.

Aku memang suka ada kad-kad keahlian untuk membeli-belah. Kumpul mata ganjaran, kemudian boleh tebus dengan barangan.

Lepas ke Mydin, kami ke Pasaraya Grand Union. Barangan di situ jauh lebih murah dari Giant. Aku memang suka ke situ untuk membeli barangan keperluan rumah. Tetapi, pilihan barang di sini memang agak terhad. Untuk keperluan asas, ya...memang berbaloi.

Kemudian, aku singgah sebentar ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli butang baju. kedai itu menjual keperluan asas menjahit.


Friday, November 5, 2010

Cuti umum Deepavali

Hari ini, hari cuti umum bg seluruh Malaysia. Aku bersama keluarga, sekadar berehat dan mengemas rumah. Pagi tadi, masak nasi lemak untuk dimakan sehingga ke ptg. Ptg aku sekadar menggoreng kentang goreng. Selepas asar, kami ke Giant.

Qaisarah cukup suka makan kentang goreng, mee hoon goreng, keropok dan minum air oren. Semalam tgk amazing race..... tapi ini bukan perlumbaan peringkat penyingkiran. Sekadar perhentian maya sahaja. pertandingan tetap diteruskan.


Tuesday, November 2, 2010

Kek dan roti

Setiap kali hari Selasa, pelajar tesis aku akan bagi kek dan roti yang dia buat dari kelas bakeri dan roti. Tadi baru je menjamah dua jenis biskut dan sebiji muffin.

Itulah untungnya kalau jadi pelajar atau pensyarah untuk subjek yang bersangkut paut dengan makanan. Tapi AWAS!!! Kalori yang diambil perlu juga dijaga.



Friday, October 29, 2010

Amazing Race Asia: Season 4

Malam tadi tgk amazing race.

Ethan dan Khairi berada di tempat kelima.
Hilda dan Ivan berada di tempat ketujuh dan seterusnya tersingkir.

Ethan telah berkata agar pasukan yg berada dihadapannya supaya habis minyak.
Tengok2 kumpulan dia yang habis minyak kena isi.
Nasib baik Khairi seorang yang penyabar.
Khairi kata... Ethan, kenapa sejahat itu mendoakan orang?

Moralnya: Jangan cuba nak sabotaj orang. Semoga team Malaysia meraih tpt ke Final.


Sunday, October 24, 2010

Zuhailah dan Saiful Nizam

Semalam, aku menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan. Selamat pengantin baru. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Dia dah nikah 20.10.2010.


Friday, October 22, 2010

Amazing Race Asia: Season 4

Ya, Musim keempat amazing race asia sudah bermula.

Semalam:
Pasangan Malaysia: Ethan dan Khairi berada di tpt pertama.

Ramai yang tak tahu, sebenarnya pasangan Ivan dan Hilda juga dari Malaysia.
Harap2 pasangan mereka berdua dapat masuk ke final.

Amazing Race Season 1 and 2, aku tengok sepenuhnya.
Amazing Race Season 3, aku tgk hanya beberapa episod dan episod yang terakhir.

Ini ada cerita Amazing Race Asia:
Season 3
Season 2

Season 1

Kedudukan Malaysia:
Season 3: Ida-Tania (ke-3), Henry-Bernie (ke-5)
Season 2: Pamela-Vanessa (ke-2), Diane-Ann (ke-4)
Season 1: Joe Jer-Zabrina (Pertama), Andrew & Syeon (ke-3)

Harap2, Kali ini Malaysia dapat juga tempat terbaik. Aku sokong, Ethan dan Khairi.





Wednesday, October 20, 2010

Mesyuarat

Hari ini ada dua mesyuarat. Sangatlah terasa letih duduk dalam mesyuarat. Pagi tadi mesyuarat dari pukul 9-11.30pg. Ptg, dari pukul 2.30-5.30ptg.


Thursday, October 14, 2010

Bahasa Melayu

Tadi, semasa beli sarapan di sebuah restoran, aku terdengar sekali imbas tentang Bahasa Melayu di MHI. Rupanya, Bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terpenting dan banyak digunakan di dunia.


Wednesday, October 13, 2010

Melawat Bandar Melaka

Semalam jalan2 dgn student ke Melaka.
Dah lama tak cuti2 Malaysia ke Melaka.

10am - 12noon : IBM, Melaka
12noon - 2pm : Mydin, Melaka
2pm - 430pm : Planetarium Melaka
5pm-7pm: Bandar Hilir, Melaka



Ini adalah wajah-wajah riang mereka dalam perjalanan ke Melaka.









Sunday, October 10, 2010

Dato' Dr Syeikh dan Datin Dr Halina

Hari ini, hari pernikahan dan persandingan angkawasan Malaysia pertama. Semua orang satu dunia tahu. Aku secara peribadi belum pernah lagi bersemuka dengan beliau, walaupun dia pernah datang ke UPM dan MARDI.

Dr ke UPM untuk projek dan kajian bersama dgn Dr Raja Zaliha. Dia ke MARDI sebab makanan yang perlu di bawa ke ISS. Ye, kawan aku Khairunizah mmg terlibat secara langsung dgn projek ini dan mak kawan aku, Che Rahani pun terlibat sama. Mereka adalah Pegawai Penyelidik dari Teknologi Makanan yang terlibat sama.

Semoga mereka berdua kekal hingga ke akhir hayat.


Banyak2 gambar, gambar ini paling aku suka. Sbb Dr Halina menadah tgn dia untuk disarungkan cincin..So, cute. Selalunya suami yang akan pegang tgn tu...







Thursday, October 7, 2010

Edisi Bahasa Inggeris

Tadi topik di HotFm , pengalaman belajar bahasa inggeris di sekolah.

Ada seorang pemanggil guru bahasa inggeris.
Dia kata, ramai antara kita takut berbahasa inggeris, sbb bila salah orang di sekeliling akan ketawakan. dan ini tidak berlaku di luar negara. Rakyat luar negara akan bangga dan menghargai kita, bila kita boleh bertutur dlm bahasa inggeris.

Pandangan guru ini:
Bahasa Inggeris perlu tetapi kita bukan hendak mendaulatkan Bahasa Inggeris. Bahasa Melayu tetap bahasa utama. Aku setuju.



Sunday, October 3, 2010

Makan-makan aidilfitri

Semalam, saya memasak untuk dijamu kepada tetamu sempena aidilfitri. Memang tidak menjemput ramai orang. Bukan apa, masa raya merata-rata open house. Saya tak buat open house, cuma menjemput rakan/ kenalan yang jarang hadir ke rumah dan juga jiran tetangga dan kebanyakan yang saya jemput tidak pernah ke rumah saya. Bagi yang tidak dijemput hadir, silalah datang ke rumah saya bila-bila anda ada kelapangan. Raya aidiladha atau pada masa perayaan lain juga boleh hadir ke rumah saya.


Menu makan2 aidilfitri kat rumah saya:

Nasi - Nasi tomato, sayur acar nenas dgn ayam masak merah
Spaagetti - Kuih sos daging cincang
Roti Jala - Menu suamiku tercinta, En Farisan
Cocktail buah-buahan
Air sarsi sejuk

Paling saya seronok, adalah tetamu saya yang merupakan rakan setaman. Dulu kami sekelas dari Tingkatan 1 hingga 3. Baru tahun ini, kami tahu yang kami rupanya duduk setaman. Itu pun. sbb bulan Jun lepas adiknya kawin dan bapanya meletakkan kad jemputan ke semua deretan rumah yg berhampiran. Yelah, zaman sekolah dulu dia di Shah Alam dan aku di Serdang. Yang best...dia angkut semua adik-beradik dia dtg...makan ramai-ramai. Memang meriah.

Nota: Gambar tidak dapat dirakamkan disebabkan kerosakan teknikal.


Saturday, September 18, 2010

Aidilfitri 1431H

Ini adalah dua buah hamper aidilfitri untuk ibubapa serta keluarga serta keluarga mak mentua. Setiap tahun aku memang suka balut hamper untuk mereka. Senang nak bagi dan nampak ekslusif dan kemas.



Malam aidilfitri kira-kira pukul 10.30 mlm bertolak ke rumah mentua. Tiba di rumah mentua dlm 2.00 pg.

1 Syawal:
Pagi aidilfitri, bersiap2 utk beraya2. Makan nasi minyak, masakan mak mentua. Tengah ambil2 gambar yg tak seberapa, Qaisarah rosakkan kamera. Lensa kamera tidak boleh ditutup. Ptg berhari raya ke rumah Fakhrul-Nadia. Ini adalah beberapa keping gambar yang sempat di'snap' sebelum tiba2 lensa kamera tersekat. Gambar mama takde sebab mama tukang ambil gambar.





Ini pula gambar Qaisarah melayan tetamu2 kecik sebelum mandi dan pakai baju raya.


2 Syawal: sekadar berehat di rumah mentua. membuat nota pengajaran dan soalan peperiksaan.

3 Syawal: menziarahi rumah atuk nenek yg jaraknya lebih kurang 30km dari rumah mentua aku. Anggaran perjalanan 30-40 minit perjalanan.

4 Syawal: aku berpuasa. Malam berhari raya ke rumah sepupu mak mentua.

5 Syawal: pulang ke rumah. Bertolak dari rumah mentua dr pukul 2.00ptg dan tiba di rumah lebih kurang 6.45 ptg. Berhenti sekadar solat asar.

6 Syawal: berehat di rumah.

7 Syawal: cuti sempena hari penubuhan Malaysia. Jadi, aku ambil kesempatan menjemput keluarga dan saudara terdekat datang ke rumah untuk berhari raya.

8 Syawal: mula bekerja.

9 Syawal: berhari raya di sekitar bangi-kajang. Ke rumah sahabat suami sempena menyambut hari lahir anaknya, rumah pengasuh yang pernah menjaga aku semasa kecil dan rumah makcik.

Ini gambar yang kami ambil sebelum pergi berhari raya. Lokasi di rumah kami. Gambar dan dinding belakang background di cat oleh suami tercinta, En Farisan. (Terima kasih kerana cat rumah, walaupun tahun ni cuma cat pintu rumah). Yelah, sbb gambar mama tak de. Ikutkan hati nak je ambil gambar kat studio.





10 Syawal: berehat di rumah dan membuat nota pengajaran.

Setelah aku godek2 tel suami aku, rupanya ada beberapa keping gambar yg kami ambil di pagi syawal, selepas kamera aku tidak berfungsi.

Ini gambar kami bertiga di pagi raya. Rasanya muka Qaisarah yg paling menonjol.


Friday, September 10, 2010

SMS Aidilfitri 2010

Ucapan sms aidilfitri yang menarik aku terima di pagi syawal:

RASA nikmat keindahan pagi syawal hanyalah bagi hati dan jiwayang telah berjaya mengharungi ramadhan dengan RASA TAKWA, RASA SABAR, RASA INSAF, dan RASA itu adalah nikmat Semoga lahir RASA dalam diri kita. AMEEN YA RABBAL ALAMIN.


Bahasa diucap adakala berbisa, Janji dilafaz tidak semua dikota, Tugasan dilaksanakan adakala tidak sempurna, Dalam pergaulan ada terguris jua, Dalam kenangan ada yang dilupa. ITULAH INSAN YANG BERNAMA MANUSIA. Mohon diampun segala terlaku dan terkata. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. -Ayuni

Ramadan mulia meninggalkan kita. Tibanya Syawal disambut gembira. Ampun dan maaf sesama kita. Agar hidup kita lebih bahagia. - Salam Aidilfitri dari Zaliza

Eidul fitri hari kemenangan, sambutlah ia dengan penuh kesyukuran, bersama ingatan tulus ikhlas, maaf zahir dan batin. -En Ahmad



Wednesday, September 8, 2010

Monday, September 6, 2010

Diskaun Tol di 25 lebuhraya sempena aidilfitri 2010

Pagi tadi seorang member kata nak balik malam sebab dapat tol percuma. Aku kata eh mana ada, sekadar diskaun je. Tol percuma apa yang aku dengar hanya 2 lokasi iaitu ke pantai timur. Lalu aku pun google utk dapatkan kesahihan berita. Aku pasti yang PLUS bagi diskaun bukan percuma.

Ini ada website yang cerita pasal diskaun tol dan tol percuma sempena aidilfitri 2010.
http://www.cikgudahlia.com/2010/09/diskaun-tol-aidilfitri-2010.html
http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/09/diskaun-tol-bagi-25-lebuhraya-sempena.html
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/2/mstar_berita/20100902170832&sec=mstar_berita
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

http://www.kkr.gov.my/ms/node/25383
http://www.kkr.gov.my/files/berita/25383/TOLLDISCOUNT.pdf


Thursday, August 26, 2010

Wajah-wajah Qaisarah sepanjang 12 bulan kedua


Melihat wajah Qaisarah yang semakin bulat dan sihat. Alhamdulillah, ceria je Qaisarah. Mudah2an jadi anak soleh.

Sunday, August 22, 2010

Membeli-belah baju raya

Tahun ni beraya tak tempah baju. Ready made baju kat pasaran dah makin banyak dan cantik-cantik. Harga pun lebih murah bila dibandingkan dengan kos tempahan.

Suami aku kata, dia tak nak beli baju. Nak pakai baju melayu 2 tahun lepas katanya. Warna gold baju ni. Sebab baju tu harga RM200. Sayang tak pakai selalu katanya. Bukannya takde murah. sbb saiz yang susah nak cari.

Jadi semalam, aku pun ke satu kedai kat Salak Tinggi. Ada iklan sampai kat rumah aku kedai baju ni. So, aku pun ingat nak beli baju meroon gold. Tup! tup suami aku berkenan baju hijau saiz XXL. Harga pun ok RM60 je sepasang. So, dia terus ambil dan aku pun ubah fikiran untuk beli baju hijau. Qaisarah aku beli baju kurung hijau kuning.

Bila sampai rumah, suami aku cuba tak selesa baju yang dia beli tu. Tu lah tadi tak nak cuba. Dengan keyakinan tinggi je ambik baju tu.

Jadi, ptg td kami cari baju melayu kat Nilai pula. Mula2 tgk baju semua harga dlm RM100-RM150 sepasang. last2 dapat juga RM80 warna hijau. tapi stok tahun lepas punya. Tak pe, janji ada baru baru. Tersangkut bila baju Qaisarah sepasang lagi. Ikut hati, aku nak beli sepasang lagi baju untuk aku. Tapi, lepas raya, aku gerenti baju2 tu akan turun harga.


Asmaul-Husna Ya Latif


Semalam aku ada terdengar tazkirah bulan Ramadan di TV. Nama Allah YA LATIFF- yang maha lembut.


"Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.

Ada yang mentafsirkan Allah melayan permintaan hambanya dengan lemah lembut. Sama-sama kita renungkan.


Friday, August 20, 2010

Kekutan asmaul husna dalam menyembuhkan penyakit


Aku ada terjumpa blog tentang kekuatan nama-nama Allah asmaul husna dalam menyembuhkan penyakit. Ini antara kandungannya.


It has been discovered by Doctor Ibrahim Karim (Biologist) that Asma ul Husna, most beautiful names of Allah (SWT) have healing power to a large number of diseases.


He used precision methods in the measurement of energy within the human body and discovered that every one of the names of Allah (SWT) stimulates energy in the immune system of the human body to work efficiently in a certain ideal human body.


He discovered that the mere mention (reciting) of most beautiful names of Allah (SWT) leads to improvement in the tracks Bio Energy within the human body, and after a 3-years of research Doctor Ibrahim Karim reached to the following:

01. Ear - As Sami (The all Hearing)
02. Bone - Al Nafi (The creator of good)
03. Backbone - Al Jabbar (The Compeller)
04. Knee - Al Ra uf (The Clement)
05. Hair - Al Badi (The Originator)
06. Heart - Al Nur (The Light)
07. Muscles - Al Qawi (The All Strength)
08. Heart Waves - Al Wahab (The giver of All)
09. Heart Muscle - Al Razaqq (The Sustainer)
10. Nerve - Al Mughni (The Enricher)
11. Artery - Al Jabbar (The Compeller)
12. Stomach - Al Razaqq (The Sustainer)
13. Cancer - Al Jalil (The Mighty)
14. Thyroid - Al Jabbar (The Compeller)
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migraine - Al Ghani (The Rich One)
17. Eye Arteries - Al Muta ali (The Supreme One)
18. Kidney - Al Hayy (The Ever Living One)
19. Colon - Al Ra uf (The Clement)
20. Intestine - Al Razzaq (The Sustainer)
21. Liver - Al Nafi (The creator of good)
22. Pancreas - Al Bari (The Make of Order)
23. Fatty Sacks - Al Nafi (The creator of good)
24. Womb - Al Khaliq (The Creator)
25. Bladder - Al Hadi (The Guide)
26. Rheumatism - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid (The Righteous Teacher)
28. Nerves of the Eye - Al Zahir (The Manifest One)
29. Pineal Gland - Al Hadi (The Guide)
30. Blood Pressure - Al Khafed (The Abaser)
31. Lung - Al Razzaq (The Sustainer)
32. Thymus Gland - Al Qawi (The All Strength)
33. Gland above the Kidney - Al Bari (The Make of Order)
34. Hair Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. The Nasal Cavities - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Eye - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)


Method of treatment: Lay your hands on the place of pain and praise Allah (SWT) names above according to your disease until the pain heals or cure away Insha Allah.


Note: Please keep in mind whatever takes place in result of reciting the names of Allah (SWT) depends on the will of Allah, the Almighty.


Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan 1431

Sempena dengan Ramadan 1431, aku mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam sedunia. Malam tadi mesej ucapan berpuasa dengan pelbagai versi banyak aku terima sampai mesej di telefon bimbit penuh. Yang hairan, telefon bimbit suami aku, satu mesej ucapan puasa pun tak de. Agaknya lelaki memang sukar mengucapkan kata-kata. Malah sukar mengungkapkan bicara. Andai diam, mungkin tanda setuju atau kurang setuju, itu hanya dia yang tahu...

Antara mesej yang aku paling suka:
Wahai teman,
Rebutlah Ramadan,
Sayangilah Ramadan,
Padanya dibukakan pintu syurga seluasnya,
Maka masuklah kedalamnya bersama keikhlasan sebagai kuncimu,
Al-Quran sebagai pengiringmu,
Tahajjud sebagai penguatmu,
Hiasilah Ramadan dengan segala kebaikan....

Mula-mula baca mesej ini, aku jadi sebak... bila membaca baris berbunyi... sayangilah Ramadan. Terasa begitu sayu. Banyak benda yang kita sayang, tapi bila Ramadan kenapa tidak kita genggam sekuat-kuatnya dan mengambil peluang untuk beribadah. Mudah2an ramadan kali ini membawa seribu makna buat kita.

Mesej lain yang menarik:
(Ini versi komedi pada aku)

Salam!
Nama saya SYAABAN.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya iaitu RAMADHAN akan mengunjungi anda esok bersama isterinya iaitu REZEKI dan kedua2 anaknya iaitu SAHUR dan IFTAR. Mereka akan ditemani cucunya iaitu RAHMAT, BERKAT dan KEAMPUNAN. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat EID airlines. Hargai dan layani mereka dan anda akan mendapat BERKAT.

Menu sahur pagi tadi: Roti dan telur goreng. Air premix coco (Zhulian).


Publish Post

Saturday, August 7, 2010

Akademi Al-Quran 4: Akhir

Semalam aku sempat tgk episod akhir AQ4 sikit. Aku terlepas tengok AQ4 sebab, rancangan IM telah menambat hatiku. AQ musim pertama mmg aku tgk dari episod 1 hingga akihr begitu juga dgn AQ2. Tapi AQ3 aku terlepas.

Bila kita berbicara dgn AQ4, aku sebenarnya tertarik dgn adik Muhammad Zahid ini. Dia ni masih muda, tp dah hafaz quran dan juara antarabangsa. Masa Mawai dan Ikin kawin pun dia dijemput utk baca al-Quran. Dan aku pun mmg pernah baca kisah dia dlm majalah Ummi kalau tak silap.

Juara Akademi Al Quran musim 4 ialah Ahmad Tirmizi Ali dari Terengganu. Ahmad Tirmizi membaca dengan baik dan kesemua juri memuji dan berpuas hati dengan bacaan Tirmizi. Juri Ustaz Mohd Nazri sempat lagi memintanya gaya bacaan qari terkenal. Tak silap, Syed Saad Al-Ghamidi. Yang paling tak tahan, minta menyanyikan lagu seperti suara arwah penyanyi Ustaz Asri Rabbani. Bukan setakat suara je macam sama, badan pun sama. Itu yang tergelak aku bila juri komen begitu.

Tahniah kepada semua peserta episod akhir. Hadiah telefon bimbit al-quran digital dapat. Semoga banyak lagi program seperti AQ dan IM akan muncul selepas ini. Yang menarik





Saturday, July 24, 2010

Imam Muda: Episod 9

Sangat tepat jangkaan aku. Hizbur dan Ashraf ke pentas final Imam Muda musim pertama. Aku jangkakan Ashraf akan jadi juara sbb dari pandangan aku, dia boleh berhujah dengan baik.


Friday, July 23, 2010

Terima kasih

Thank you my friend, Ila. Hari ini ko banyak membuat jasa kepada aku. Jasamu dikenang sepanjang hayat. Ameen.


Friday, July 16, 2010

Imam Muda: Episod 8

Minggu ini, 2 orang terkeluar dari imam muda. Nuri dan Azhar terkeluar dari imam muda bagi Episod ke-8. Ye. mmg mereka berdua ada karisma tersendiri. Tapi, pada aku Ashraf dan Hizbur pasti ke final. Mereka semua terbaik. Tapi dari segi ketrampilan dan hujah, aku tengok Ashraf memang ada bakat pidato dan kebolehan berhujah yang mantap. Hizbur banyak ilmu, tapi perlu diasah lagi keupayaan untuk berhujah. Tapi aku sokong semua imam muda.


Saturday, July 10, 2010

Selamat Hari Lahir: 2 tahun





To My Little Qaisarah...

Today on 2008, you were born at Hospital Putrajaya.
Masa tu 7 Rejab.
Qaisarah lahir 6.30pm, hari Khamis.

Yg lawak...
Masa tu mama dah masuk bilik bersalin sejak pukul 11.00pg.
Papa mmg tak kerja hari tu. Malam td mama dah masuk hospital utk kali ke-3.
Entahlah Qaisarah ni, bila seminggu nak bersalin, bila malam je mama rasa sakit. siang ok.
Cuma bila pukul 6.00pm mcm tu, papa keluar dr bilik bersalin sbb nak solat asar.
Dlm 6.20pm doktor masuk kata dah boleh bersalin ni.
Mama bukan apa, tang check bukaan tu paling ngeri lah kalau nak bersalin.
Doktor tanya husband mana?
Mama kata pergi solat jap.
Mama tanya doktor, doktor boleh tak tunggu husband kejap.
Doktor kata...eh...mana boleh tunggu2, ni nak bersalin. kalau ada rezeki, dapatlah dia tengok.
Nurse pulak kata...td kata tak sabar nak bersalin.
Aku nak gelak pun ada.
Yelah kdg2 bila dah sakit bersalin tu... bila nak keluarkan anak mmg dah tak tahu sakit apa dah.
Rasa sakit pun dah hilang.
Tengah duk teran2 husband pun dtg.
Syukur dapat juga husband aku masuk.

Sempena birthday kedua Qaisarah hari ini mama papa ajak makan dkt rasamas.
Ini first time ajak Qaisarah makan kat restoran fast food.
Selalu tapau je.
Mula2 nak masuk...dia agak takut dan gugup.
Lepas dah masuk duk nyanyi2...

Semoga Qaisarah jd anak cerdik, anak soleh...pada mama dan papa.


Friday, July 9, 2010

Imam Muda: Episod 7

Diam tak diam dah episod 7. Imam muda Adib terkeluar minggu ini. Aku memang tak miss tgk imam muda. Hari Sabtu ptg ada kapsul imam muda. Tgk dia org buat aktiviti, siap berlakon, menyanyi... memang berbakat. Hizbur pada aku ada karisma dan matang. Ye...guru Tahfiz yg pernah belajar di Syiria. Yang lain semua ada karisma. Tapi pada aku Hizbur terpancar kematangan dirinya. Nuri pun dah makin meningkat. Memang best rancangan Imam Muda memecah tradisi. Selalu rancangan di Malaysia adalah klon2 rancangan luar negara.

Rancangan top sekarang kat Astro...keynote pun best. Mengasah bakat muda dlm bidang komposer. Jangan lupa lirik pun rancangan kegemaran aku. Apa lagi aku suka tgk... Malaysian Top Host...yg musim terbaru lepas, aku terlepas tgk. Cerita bola dah habis.... Tapi Sotong Paul yang glamour.

Wednesday, July 7, 2010

Happy Birthday to you....

Bos, hepi besday...
Semoga panjang umur dan murah rezeki dalam iman.


Tuesday, July 6, 2010

Aku cinta padamu dalam pelbagai bahasa

Dalam aku mengisi ruang masa, tiba-tiba muncul di benak fikiran aku untuk mengetahui perkataan aku cinta padamu dalam pelbagai bahasa. Ini sahaja yang aku tahu. Bukan apa, aku teringat satu iklan yang hidup ini cukup dengan tiga perkataan untuk mengatakan sesuatu. Contohnya:
Saya tidak tahu, Saya suka makan, Saya rindu awak, Siapa nama awak?, Merah tanda berhenti, Anda mampu mengubahnya (Tagline iklan).

Aku cinta padamu.
English : I love you
Arab : Ana uhibbuka / uhibbuki
China: Wua ai ni
Jawa : Aku cintā sama kue

Bila aku cari di website, rupanya ada lebih kurang 100 bahasa untuk mengucapkan aku cinta padamu. Mari kita belajar.

English – I love you
Afrikaans – Ek het jou lief
Albanian – Te dua
Arabic – Ana behibak (to male)
Arabic – Ana behibek (to female)
Armenian – Yes kez sirumen
Bambara – M’bi fe
Bangla – Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian – Ya tabe kahayu
Bisaya – Nahigugma ako kanimo
Bulgarian – Obicham te
Cambodian – Soro lahn nhee ah

Cantonese Chinese – Ngo oiy ney a
Catalan – T’estimo
Cheyenne – Ne mohotatse
Chichewa – Ndimakukonda
Corsican – Ti tengu caru (to male)
Creol – Mi aime jou
Croatian – Volim te
Czech – Miluji te
Danish – Jeg Elsker Dig
Dutch – Ik hou van jou
Esperanto – Mi amas vin
Estonian – Ma armastan sind
Ethiopian – Afgreki’
Faroese – Eg elski teg
Farsi – Doset daram
Filipino – Mahal kita
Finnish – Mina rakastan sinua
French – Je t’aime(to male), Je t’adore(tofemale)
Gaelic – Ta gra agam ort
Georgian – Mikvarhar
German – Ich liebe dich
Greek – S’agapo
Gujarati – Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon – Palangga ko ikaw
Hawaiian – Aloha wau ia oi
Hebrew – Ani ohev otah (to female)
Hebrew – Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon – Guina higugma ko ikaw
Hindi – Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong – Kuv hlub koj
Hopi – Nu’ umi unangwa’ta
Hok kian – wa ai lu
Hungarian – Szeretlek
Icelandic – Eg elska tig
Ilonggo – Palangga ko ikaw
Indonesian – Saya cinta padamu
Inuit – Negligevapse
Irish – Taim i’ ngra leat
Italian – Ti amo
Japanese – Aishiteru
Kannada – Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan – Kaluguran daka
Kiswahili – Nakupenda
Konkani – Tu magel moga cho
Korean – Sarang Heyo
Latin – Te amo
Latvian – Es tevi miilu
Lebanese – Bahibak
Lithuanian – Tave myliu
Malay – Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam – Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese – Wo ai ni
Marathi – Me tula prem karto
Mohawk – Kanbhik
Moroccan – Ana moajaba bik
Nahuatl – Ni mits neki
Navaho – Ayor anosh’ni
Norwegian – Jeg Elsker Deg
Pandacan – Syota na kita!!
Pangasinan – Inaru Taka
Papiamento – Mi ta stimabo
Persian – Doo-set daaram
Pig Latin – Iay ovlay ouyay
Polish – Kocham Ciebie
Portuguese – Eu te amo
Romanian – Te ubesk
Russian – Ya tebya liubliu
Scot Gaelic – Tha gra\dh agam ort
Serbian – Volim te
Setswana – Ke a go rata
Sindhi – Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux – Techihhila
Slovak – Lu`bim ta
Slovenian – Ljubim te
Spanish – Te quiero / Te amo
Swahili – Ninapenda wewe
Swedish – Jag alskar dig
Swiss-German – Ich lieb Di
Tagalog – Mahal kita
Taiwanese – Wa ga ei li
Tahitian – Ua Here Vau Ia Oe
Tamil – Nan unnai kathalikaraen
Telugu – Nenu ninnu premistunnanu
Thai – Chan rak khun (to male)
Thai – Phom rak khun (to female)
Turkish – Seni Seviyorum
Ukrainian – Ya tebe kahayu
Urdu – mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese – Anh ye^u em (to female)
Vietnamese – Em ye^u anh (to male)
Welsh – ‘Rwy’n dy garu
Yiddish – Ikh hob dikh
Yoruba – Mo ni fe


Monday, July 5, 2010

Imam Muda

Rancangan kegemaran aku kali in di ASTRO OASIS. Rancangan imam muda. Rancangan pertama di dunia untuk mencari bakal imam muda. Tugasan setiap minggu memang mencabar. Minggu lepas pasal sembelihan. Banyak yang aku belajar juga. Ya! Nak jadi imam bukan sekadar jadi imam di masjid dan berdakwah. Pandai komunikasi, pandai bertutur dalam Bahasa Ingggeris dan Arab untuk berdakwah. Malah, lagi banyak bahasa dikuasai lagi bagus. Pandai mendekati masayarakat.

Tiga peserta telah terkeluar iaitu Abe Syara, Syakir dan minggu lepas Miril. Walaupun terkeluar, aku harap mereka sentiasa tambahkan ilmu di dada.


Thursday, July 1, 2010

Wajah-wajah Qaisarah












Sekarang Qaisarah dah pandai macam-macam. Cakap pun dah banyak. Perkataan yang dia dah tambah:

Diam = Diam
Atash = Atas
Makan = Makan
Awah = Bawah

Lagi 10 hari Qaisarah nak 2 tahun.
Kalau mengikut bulan Islam, Qaisarah akan berumur 2 thn, 11 hari, pd 10 Julai nanti.
Qaisarah lahir 10 Julai = 7 Rejab


dan pandai menyanyi:
Twinkle2 little star...
Are you sleeping, are you sleeping...
Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku...

Tapi semuanya visi pelat2 ala Qaisarah.



Wednesday, June 23, 2010

Kisah ajaib di dewan peperiksaan

Kisah yang menarik untuk dibaca dan dijadikan pedoman.

Kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.


Cerita ini begini :

Terdapat salah seorang pelajar perempuan masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru perempuan tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar perempuan tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.


Tuesday, June 22, 2010

Kisah penjual tempe

Sebuah kisah yang dikirimkan pada e-mel aku. Menarik untuk dibaca.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang
perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri.


Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap
untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya
yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya
beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.


Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum
menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam
suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan
perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang
soya ini menjadi tempe . Amin"


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan
tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia
pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang
jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata
pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe ,
Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya
yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai
di pasar kesemua tempenya akan masak.


Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya
ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya
untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah
keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan
hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan
jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika
lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa
tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu
hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah
mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka
sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada
Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu
dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk
mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe ,
tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia
berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi
lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur
pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum
menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa
hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau
dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah
tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan.....

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan
apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke
arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar
kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat
(",) ....

..Segala yg baik..& yg buruk itu datang dr Allah dan yang penuh kelemahana itu itu dr kedhaifan diri saya sendiri.....


Duit pinjaman pelajar

Topik pagi di Hot FM.

Apa pelajar buat dengan duit biasiswa atau pinjaman?
Ranking:
1- Beli handphone canggih
2-Shopping barang peribadi yang mahal
3-Belanja girlfriend / boyfriend dgn hadiah mahal
4-Beli aksesori kereta atau motor
5-Melancong ke luar negara

Nasihat saya kepada semua pelajar yang mendapat biasiswa atau pinjaman.
Berjimatlah dengan wang yang telah diberikan kepada anda. Itu semua adalah wang rakyat yang dibelanjakan untuk pembelajaran anda.


Monday, June 14, 2010

Info trafik

Info trafik laman sesawang ini:



100 top site in Malaysia.

Pengunjung
tak sampai pun 10 orang sehari di laman ini.


Thursday, June 10, 2010

Telur atau Telor

Dua perkataan ini sering ditanya dalam mengenalpasti kesalahan dalam Bahasa Melayu.

Telur:
Ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai sumber makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Telor:
Loghat atau pelat. Bukan dialek atau bahasa daerah. Kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu.


Kata kunci

Pagi ini aku cuba buat pencarian tentang peribahasa telur di google. Woww! Masuk top 5. Ya! Kata kunci adalah penting untuk kita senang mencari sesuatau di laman sesawang utama.


Wednesday, June 9, 2010

Peribahasa: Telur

Tiba-tiba aku nak tulis pula peribahasa pasal telur pula. Yelah, Qaisarah ini, bila buka peti ais nampak telur dia akan ambil dan kata teyur. Sebenarnya dah dua biji telur dia pecahkan disebabkan teruja nak tunujuk telur kat aku.


Bagai telur di hujung tanduk

Maksudnya: Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya.

  • Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya. Mereka boleh dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka seperti di hujung tanduk.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksudnya: Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya

Bagai gagak menggonggong telur
Maksudnya: Perempuan hodoh berpakaian elok.

Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung
Maksudnya: Sesuatu berita yang tidak seberapa hebat, menjadi bualan di seluruh tempat.
  • Walaupun hanya memenangi pertandingan badminton di peringkat sekolah namun berita kemenangan Ahmad itu tersebar ke seluruh negeri.
Telur dua sebandung, pecah sebiji pecah keduanya
Maksudnya: Mereka setia dengan pasangan dan berjanji sehidup semati.

Telur enggang dieram merbuk

Maksudnya: Orang biasa beristeri bangsawan.

Telur hari ini lebih baik daripada anak ayam besok
Maksudnya: Untung kecil yang ada hari ini, lebih baik daripada untung besar yang belum tentu dapat esok.

Telur mengatakan timun tidak pandai duduk
Maksudnya: Mengatakan orang lain bodoh, padahal dia sendiri bodoh.

Berketak dulu sebelum bertelur
Maksudnya: Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan

Berketak ayam mandul, orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak
Maksudnya: Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah.

Berketuk ayam dalam telur
Maksudnya: Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.

Bagai ayam mengeram telur
Maksudnya: Peri keelokan, merah muka seseorang.

Berketak ayam, tahu akan berbetelur atau tidak
Maksudnya: Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

Berketuk ayam dalam telur
Maksudnya: Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.


Rujukan:
1-Koleksi terindah peribahasa melayu
2-Senarai peribahasa dalam buku teks Tingkatan 4
3-Peribahasa - Pusat Rujukan Persuratan Melayu
4-http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa_Bermula_Dengan_Huruf_%22B%22
5-http://www.activeboard.com/forum.spark?forumID=114537&p=3&topicID=13376542

Pencarian Popular

Aku dapati ramai pembaca blog membaca blog aku bila mencari di google dgn pencarian seperti berikut:

Tempat 1: Formula matematik adi putra. Wooow! Tempat ketiga di pencarian google.
Tempat 2: Pencarian simpulan bahasa pasal kucing. Kucing. Siap ada komen pembaca kat situ. Terima kasih kepada yang memberi komen.
Lain-lain yang pernah dicari menerusi google:
Telefon MyIman
Pemandu Peribadi
Makna Faris - muka pertama google
Minyak cenduai


Bagi aku, yang paling menarik cerita ini:
Tiada yang mustahil di dunia
Makan sambil tidur

Resipi ala-ala mee rebus
Tersilap jantina


Blog terbaik pada penilaian aku:
alkiram


Award
yang pernah diberi oleh Farah.

Ada lain yang menarik? Sila beri komen anda. terima kasih.








Tuesday, June 8, 2010

Teliti dalam melaksanakan kerja

Dalam aku melaksanakan tugasanan harian, tiba-tiba aku terfikir seketika. Ramai orang melaksanakan tugasan harian dengan penuh teliti. Bos bagi kerja buat teliti dan tepat masa. Senang cerita 'on time'. Kerja rumah, siap mop lantai, siap setiap ceruk sinki disental. Kalau masak, siap kalau satu bahan tak cukup sanggup pergi cari atau beli dulu. Benda ini mak aku pernah bgtahu aku juga dulu, dan ingatkan anak2 suruh jaga solat yang penting.Tapi, tak ramai yang melaksanakan ibadah dengan teliti. Cuba kita renungkan ibadah kita...

  1. Adakah solat kita menepati waktu? Azan je terus ke masjid atau tikar sejadah. Kalau mesyuarat pukul 9pg, 8.50pg kita dah ada kat bilik mesyuarat. Yelah takut bos marah.
  2. Adakah dalam solat kita memakai pakaian yang bersih? Pergi kenduri, pergi kerja, wah...siap mekap dan cantik2 baju. Kadang2 pakai baju corak2 kartun/ perkataan2 yang tak sepatutnya untuk solat.
  3. Adakah kita teliti dalam setiap pergerakan dan perkataan dalam solat? Mana tamakninah, bacaan dan sifat huruf yg betul. Ramai yang tidak lancar dan tidak tepat sifat huruf. Ada slang2 negeri, tapi masih belum dapat hidayah utk memperbetulkannya. Sedangkan kalau tulis tesis, setitik noktah tertinggal, sanggup print balik.
  4. Adakah kita cantikkan solatkan kita? Solat sunat qabliah dan bakdiah yg muakkad, mmg jarang kita buat. Apatah lagi solat israk dan dhuha (pembuka rezki), awwabin (membersihkan jiwa), solat istiharah (sepatutnya setiap hari kita buat), solat tahajud (kekuatan roh dan jiwa), solat hajat, solat witir, solat taubat, solat tasbih. Banyak rahsia antara rahsia yang aku sendiri pun tak mampu nak lakukan semua.
Wallahu 'alam. Semoga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna.

Sunday, June 6, 2010

Laksa Sarawak

Semalam aku membeli sayur di sebuah kedai runcit. Tiba-tiba suami ternampak perencah laksa Sarawak. Dia kata, pernah makan dan sedap. Aku memang tak pernah makan. Aku ambil dan cuba masak semalam.

Ramuan perencah ada rempah ratus, dan bau macam herba minyak urut.

Aku cuma rebus udang dan ayam. Lepas tu didihkan perencah dgn kuah udang dan ayam tadi, masukkan balik udang dan ayam, dgn serai. Dah mendidih masukkan santan. Lepas tu makan dgn mee hoon dan limau, daun bawang, taugeh, telur.

Hari ini aku cuba cari laksa Sarawak yang asli. Ini aku jumpa. Nanti kalau ada masa terluang, aku akan cuba.



Resipi Laksa Sarawak.
diambil dari: http://resepi.mesra.net/Detailed/3646.shtml

BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)
BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)
Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.
Tambahan:
Saya tak tahu dimana anda harus mendapatkan perencah laksa Sarawak. Tetapi percayalah, laksa Sarawak merupakan laksa paling sedap berbanding laksa yang lain!

Thursday, June 3, 2010

Bengkel Penulisan

Bila masuk bengkel penulisan selama 2 hari, semangat untuk menulis buku ilmiah membuak-buak. Tidak tahu semangat ini sampai bila.


Karenah Birokrasi

Dalam aku membaca Metro online hari ini, tiba-tiba aku terbaca pasal artikel ini. TAJUK: Singapura paling cekap, India paling lembap.

Menurut kajian firma perunding Political and Economic Risk Consultancy (PERC), Singapura dan Hong Kong menjadi lokasi paling tinggi tahap kecekapannya.

“Birokrasi kerajaan di sesetengah negara Asia menghalang sebarang usaha reformasi oleh ahli politik dan pegawai awam,” kata laporan itu.

Di Indonesia, katanya, kegagalan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melaksanakan perubahan menyebabkan seorang menteri dihormati, Sri Mulyani Indrawati, meletak jawatan sebagai menteri kewangan.

Dia kemudian dilantik ke jawatan kanan di Bank Dunia.

Setiap negara diberi markah di antara satu (terbaik) sehingga 10 (paling buruk).
India memperoleh 9.41 mata, diikuti Indonesia (8.59), Filipina (8.37), Vietnam (8.13) dan China (7.93), manakala Malaysia di tempat keenam (6.97).

Singapura memperoleh 2.53 mata, diikuti Hong Kong (3.49). Seramai 1,373 eksekutif terbabit dalam tinjauan itu. - AFP

Ini adalah senarai negara-negara Asia.





Friday, May 28, 2010

Roh

Hari ini cuti hari Wesak. Aku tengok FB makcik aku ada ucapan happy anniversary. Yeah! Aku baru teringat yg makcik aku kahwin semasa cuti hari wesak. Tak silap tahun 1998. Masa itu, aku baru sahaja mendaftar seminggu di universiti untuk program Ijazah SarjanaMuda. Jadi aku tak dapat menghadirkan diri untuk majlis bersejarah makcik aku. Selamat ulangtahun perkahwinan kepada makcik aku Norashikin dan Mohd Rais. Semoga bahgia hingga akhit hayat.

Malam semalam aku ada tengok sekejap satu cerita kat TV3 yang bertajuk ROH. Malam Jumaaat TV3 selalu ada cerita-cerita suspen. Tapi, aku jarang tengok sejak aku mengandungkan Qaisarah sampai sekarang. Masa mengandung Qaisarah aku tak nak benda-benda macam ini didengari oleh Qaisarah sejak dalam rahim aku lagi. Aku banyak dengarkan Qaisarah dengan Al-Quran. Setiap pagi aku akan baca surah Yassin utk dimudahkan proses bersalin dan Qaisarah jadi bijak pintar. Sejak dalam rahim aku, aku dah panggil nama Qaisarah walaupun aku tak pasti jantina. Cuma naluri keibuan aku kuat mengatakan anak yg bakal aku lahirkan seorg perempuan. Selalu juga baca doa nabi Yunus "Lailaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zalimin". Sekarang aku malas nak tgk cerita macam ni sbb aku tak nak tarik gelombang2 saka, jin semua masuk ke dalam badan aku. Cukuplah sekadar cerita.

Dalam cerita ROH, ada satu dialog yg buat aku tertarik dan tersedar. Dialognya lebih kurang begini.
"Manusia dikurniakan ROH dan JASAD. JASAD apa yg kita nampak spt mata, muka dan hidung. ROH berada didalam JASAD dan kita tidak nampak. Manusia sering menjaga JASADnya. Contoh makan vitamin utk sihat, nak cantikkan muka dsb. Tetapi manusia sering lupa utk mengaja ROHnya. Apabila manusia mati, ROH yg akan berjumpa dgn ALLAH. JASAD akan ditanam dan akan dimakan oleh ulat-ulat. Semestinya ROH juga perlu dijaga"

Ya! Memang benar. Manusia sering lupa utk mjaga ROH nya. ROH juga mesti dijaga utk diberi makan dgn makanan rohani spt ZIKRULLAH dan AYATULLAH.

"Hai orang-orang yg berjiwa tenang (27). Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yg nikmat lagi diRedhaiNya (28). Maka masuklah ke dalam kumpulan hamba-hambaKu yg berbahagia (29). Dan masuklah ke dalam syurgaKu (30)." - Surah Al-Fajr:27-30