Tuesday, May 27, 2014

Genap 7 tahun

Rupanya tanggal 11 May 2014, genap 7 tahun blog ini dilahirkan dan beroperasi . Semoga apa yang ditulis akan memberi manfaat kepada pembaca. Saya sekadar berkongsi cerita apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman, pengamatan dan ilmu yang sedikit.

Rintitan berita cokolat cadbury

Di Harian Metro, saya tertarik dengan kenyataan ini:


" Selain itu, Dr Subramaniam berkata, siasatan awal kementerian mendapati kehadiran DNA babi dalam dua produk coklat berkenaan mungkin berlaku akibat pencemaran di sepanjang rantaian pembuatan produk berkenaan".

Saya setuju. Macam pandangan saya yang lalu.

Mungkin juga kacang itu telah diklon atau mengalami proses GMO dan kemungkinan gen boleh juga diambil dari sumber yang tidak halal. Mungkin hormon atau baja atau antibiotik.

Cuma apa yang saya harapkan jangan pengguna terlalu melulu menuduh syarikat ini dengan sengaja menambah bahan yang tidak halal. Isu halal-haram memang sangat kompleks. Bukan sahaja sumber makanan, tetapi kosmetik dan macam2 lagi. 

Dan saya juga tidak memihak mana2 pihak. Cuma sebagai pandangan sebagai seorang yang ada sedikit ilmu tentang sains makanan. 

Artikel penuh boleh baca di sini.

Boleh juga baca artikel di berita harian online di sini.


Wa Allahu 'Alam.

Sunday, May 25, 2014

Cokolat Cadbury dikesan DNA Babi

Salam,

Mungkin ada yang dah baca tentang cokolat cadbury. Kalau sesiapa belum baca boleh baca di pautan ini. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140525/dn_07/Coklat-Cadbury-dikesan-DNA-babi


Saya tertarik dengan kenyataan ini:

Keputusan analisis mendapati sampel Cadbury Dairy Milk Hazelnut bernombor kelompok 200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015 dikesan mengandungi DNA babi, 

"Satu lagi sampel coklat iaitu Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak dikesan mengandungi DNA tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Soalan pertama yang bermain di kepala saya:

Kenapa cokolat yang tanpa kacang bebas dari DNA babi?
Kedua-dua sampel DNA babi yang ditemui hanya dalam cokolat yang ada kacang?

Pandangan saya,

Kemungkinan besar, baja yang digunakan untuk menanam kacang itu mungkin ada unsur DNA babi. Kalau pengemulsi yang digunakan, sekiranya di Malaysia, biasanya akan diambil dari unsur kelapa sawit.

Memang ada kes, yang bahan mentah yang digunakan semuanya halal, tetapi bila diambil samapel dan diuji, ada unsur DNA babi. Bila disiasat, baja yang digunakan untuk bahan mentah ada unusur DNA babi.

Ada juga kes yang bahan mentah dan pemprosesan semua Halal, tetapi rupanya, kilang pemprosesan bahan mentah berdekatan dengan kilang babi.

Wa Allahu 'Alam. Ini hanya pandangan. Siasatan masih dijalankan. 

Boleh juga baca di artikel ini:

Tuesday, May 6, 2014

Smart Khalifah KPC

Last Saturday, on 3rd May, I attended Khalifah Parenting Course organized by Dzul Iman Smart Khalifah. Actually, this is the last session for the course for this year. 

Byk sgt aral, setiap minggu ada je event. But, this time mmg nekad je. Pergi sorang2, syukur semua ni selamat.

Just want to share something that I felt valuable.

  1. Treat your child as a Khalifah Allah. Tanamkan dalam diri kita hidup di atas muka bumi sebagai Khalifah. I agree with this. Dalam prinsip dakwah tabligh pun ditekankan Yakin pada Allah. Masukkan semua kebesaran Allah dalam hati. Macamana nak dapat yakin Allah?
    • Gunakan pancaindera kita seperti mata, dan telinga dengan melihat langit dan berkata...Subhana Allah, cantiknya langit ini dan tak runtuh pun tanpa tiang, Telinga dengan mendengar perkataan yang baik dan dengar semua perkara yang membesarkan Allah.  Bila kita sering bercakap tentang kebesaran Allah, barulah yakin pada Allah masuk dalam jiwa dan hati. dan akan rasa semua yang berlaku atas takdir Allah.
    • Treat your children by saying "Allah is Watching", "Allah is Lessoning." Dalam dakwah, selalu akan dipesan, didik anak supaya takut Allah, bukan takut manusia. Bila takut Allah, bila kita tak ada pun, dia akan ikut perintah Allah.
  2. Pilih untuk jadi baik. Semua orang boleh memilih utk jadi baik atau sebaliknya. Manusia yang memilih. Setiap saat manusia boleh berubah either closer to Allah or closer to Syaitan. Mmg pun, umat nabi Muhammad ini imannya sgt lemah, dan iman orang awam ni, turun naik. Usahakan utk tingkatkan Iman. Perbaharui iman dengan ucap banyak2 La Ila Ha Illa Allah.
  3. Bantu orang lain untuk jadi baik.  Sebenarnya kita tak boleh paksa orang jadi baik. Cuma boleh bantu orang jadi baik. Dalam konsep dakwah, yang paling penting doa yang baik2 utk orang agar jadi baik supaya dapat hidayah dari Allah.  Dan, doakan seluruh alam agar dapat Hidayah Allah. Asbab doa, orang boleh berubah jadi baik.
  4. Sama-sama untuk jadi baik. Sbb maklamat utama kita untuk masuk syurga sama2. Di syurga kita nak jumpa semua org yg kita sayang di dunia. Nabi Muhammad sampai akhir hayat ingat umatnya sehingga kat pintu syurga pun dia tunggu. Mana lagi umat aku? 
For me, this course is valuable, and boleh apply gak utk sebagai guru2, dan pendidik. Daripada guru tadika sehingga mengajar orang berumur. Dalam 6 pesanan wanita yang biasa dibincangkan dalam dakwah pun, salah satunya adalah didik anak cara sunnah. Tujuh thn pertama 'bergurau senda atau main bersama', tujuh thn kedua 'disiplinkan mereka', dan tujuh thn ketiga 'jadikan mereka sebagai kawan'.
Wa Allahu 'Alam. 

Monday, April 14, 2014

Doa senjata orang Islam

Sekadar perkongsian di ikim tadi.

Zaman dahulu, masyarakat saling mendoakan sesama manusia. Ibu mendoakan untuk anak, anak mendoakan ibu, suami mendoakan isteri, isteri mendoakan suami, pemimpin mendoakan rakyat, rakyat mendoakan pemimpin...sehinggakan tok mudim pun mendoakan orang yang hendak dikhatan dengan berdoa, "Ya, Allah. Engkau peliharalah insan ini daripada zina". 

Apa yang berlaku sekarang, adalah memaki hamun sesama sendiri, bukan lagi doa. Maka, sentiasalah berdoa mohon kepada Allah, untuk keharmonian hidup.

Wa Allahu 'Alam.

Tuesday, April 1, 2014

Sifat Ikhlas

Untuk renungan,
Sifat ikhlas diumpamakan seperti seekor semut yang berjalan di atas batu hitam pada malam hari.

Untuk mendapat sifat ikhlas, para ulama mengatakan bahawa, periksa amalan atau perbuatan di permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Jika ada terdetik sifat riak, malas dan sebagainya, banyak2kan istifar. Syaitan tidak akan mencuri harta benda manusia, tetapi sering mencari peluang untuk mencuri keikhlasan dalam beramal.

Sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat ikhlas dalam beramal. Wa Allahu 'Alam.

Sunday, March 9, 2014

Madu campur lemon

Baru2 ini ada seorang kawan mengajar aku buat air madu campur lemon. Aku cuba kat rumah. Memang sgt sedap. Lagi2 kalau amdu tu madu tualang. Tak pasal2 suami kata ada menu air baru kat rumah.

Kawan kata boleh turunkan kolesterol dan ubat sakit tekak. Yang aku perasan mmg tekak aku ni kurang dah sakit. Mudah2an semakin pulih dengan izin Allah.

Lantas pagi ini aku cari di web2 yg menceritakan khasiat madu dgn lemon. Antaranya kata:
1) Boleh buat masker - tapi yang ini jgn campur dgn air.
2) Menurunkan berat badan
3) Melancarkan sistem pencernaan
4) Mencegah batu karang
5) Melegakan sakit tekak
6) Mencegah kanser usus


Resepi aku:

1) Madu, kalau madu tualang memang sedap
2) Perahkan lemon
3) Masukkan air biasa (jgn air suam)

Nak sedap letak sikit air sejuk...Cuba, jgn tak cuba.  hahahah


Wa Allahu 'Alam

Tuesday, March 4, 2014

Cerita2 pasal Qaisarah

Qaisarah makin cerdik dan bijak kdg2 lawak jugak dia borak dgn kawan2 atau soalan2 yang logik lagi saintifik.

Situasi 1 dengan kawan.

Suatu ptg, Qaisarah main basikal dgn 2 org kawan. 
Kawan 1: Basikal aku handle dah terkoyak.
Kawan 2: Basikal saya handle ok tak terkoyak.
Qaisarah: Yelah yang ini basikal murah (sambil tunjuk handle dah terkoyak), yang ini basikal mahal, mestilah tahan.

Dalam hati saya tergelak.

Situasi 2 dengan kawan.

Suatu ptg pada pukul 5 ptg. 
Kawan 1: Qaisarah, jom main taman.
Qaisarah: Main pukul 6, kena solat dulu. 4 rakaat je.
Kawan 1: Mana ada 5 rakaat.
Qaisarah: Solat 5 waktu, mana ada 5 rakaat.

Dalam hati, pandai jugak dia bezakan rakaat dan waktu, tapi tersenyum sendiri.


Situasi 3 dengan kawan

Suatu ptg, sebelum main.
Qaisarah: Dah solat belum? Nak main kena solat dulu. Kita dah solat.
Kawan 1: Kita tak belajar lg macamana nak solat.
Qaisarah: Belilah buku solat.

Pandai pulak dia cadangkan kat kawan dia. Kat rumah mmg ada bulu solat kanak2, tp dia tgk2 je...

Soalan2 logik dan saintifik.

Soalan 1:

Qaisarah: Mama, muslimin tu lelaki ke perempuan?
Mama   : Muslimin tu lelaki, muslimat tu perempuan.

Nasib mama pandai sikit bahasa arab. Boleh pulak dia fikir muslimin tu lelaki ke perempuan.


Soalan 2:

Qaisarah: Mama kalau kita solat dhuha, maknanya ada 6 waktulah.
Mama terus tergelak.

Qaisarah: Kenapa mama gelak?
Mama   : Solat dhuha tu sunat je, nak buat boleh, tak nak buat boleh. Yang wajib soalt 5 waktu je.

Kadang terfikir juga pandai jugak dia mengira.


Semoga Qaisarah jadi anak yang solah dan beriman.



Ini muka Qaisarah di Smart Khalifah semasa sambutan Maulidur Rasul pada 30 Jan 2014. Syukur dgn izin Allah dpt juga dia sertai perarakan majlis ini.

Friday, February 14, 2014

Happy Birthday My Husband

Happy belated birthday to my husband. Kali ini tempahan kek dibuat dari Crossroads Cheese Cake. Terima kasih dan memang sedap.