Tuesday, May 27, 2014

Rintitan berita cokolat cadbury

Di Harian Metro, saya tertarik dengan kenyataan ini:


" Selain itu, Dr Subramaniam berkata, siasatan awal kementerian mendapati kehadiran DNA babi dalam dua produk coklat berkenaan mungkin berlaku akibat pencemaran di sepanjang rantaian pembuatan produk berkenaan".

Saya setuju. Macam pandangan saya yang lalu.

Mungkin juga kacang itu telah diklon atau mengalami proses GMO dan kemungkinan gen boleh juga diambil dari sumber yang tidak halal. Mungkin hormon atau baja atau antibiotik.

Cuma apa yang saya harapkan jangan pengguna terlalu melulu menuduh syarikat ini dengan sengaja menambah bahan yang tidak halal. Isu halal-haram memang sangat kompleks. Bukan sahaja sumber makanan, tetapi kosmetik dan macam2 lagi. 

Dan saya juga tidak memihak mana2 pihak. Cuma sebagai pandangan sebagai seorang yang ada sedikit ilmu tentang sains makanan. 

Artikel penuh boleh baca di sini.

Boleh juga baca artikel di berita harian online di sini.


Wa Allahu 'Alam.

No comments: