Kadangkala kita merasa buku cerita selain berbentuk ilmiah tidak memberi manfaat kepada anak. namun, bagi saya untuk menggalakkan anak membaca tidak kisah.
Qaisarah meminta saya untuk membelikan buku cerita hantu, versi bahasa melayu. Pada saya tak kisah, janji baca selepas mentelaah buku akademik. Semalam, dia ada bertanya saya makna perkataan 'merenung'. Saya bertanya, mana dapat perkataaan ini, dia kata daripada pembacaan buku cerita hantu.
Saya pun menerangkan, erti 'merenung' adalah melihat sesuatu dalam jangka masa lama. Ini adalah makna sebenar 'merenung'.
No comments:
Post a Comment