Monday, June 23, 2014

Doa dan pengharapan pada Allah

Kanak2 mmg suka tanya kenapa....why? why? and why?
Bila dah remaja dia mencuba, bila dewasa memilih dan berfikir.

Qaisarah, memang suka tanya, kenapa mama? Kdg2 sampai dia tanya, kenapa hari ni panas? Jawapan saya hanya, itu semua kerja Allah. Kalau Allah, nak bagi panas maka panaslah dia. Kalau nak bagi hujan, hujanlah dia. Bukan tak nak bagi dia berfikir, tapi saya cuba didik dia bahawa semua itu dari Allah. Dan kalau nak apa2 minta doa pada Allah.

Pernah suatu hari, dia tanya, gigi papa dah cabut boleh tumbuh tak? saya kata, tak boleh, sebab gigi kekal. Tapi jawapan yang diri beri adalah...tapi kalau kita doa kat Allah boleh tumbuh balik. Saya pun jawab, boleh...Kalau Allah izinkan nak tumbuh.

Ada suatu hari, dekat rumah mak saya, saya terserempak dengan seekor anak ular depan pintu bilik air luar di siang hari. Dalam perjalanan pulang hantar mengaji petang, boleh dia kata dengan saya. "Mama, tadi Qaisarah dah doa, Ya Allah, janganlah bagi ular masuk rumah Ummi (Ummi ni panggilan utk nenek dia, iaitu mak saya). Bagilah dia duduk jauh2".

Ada lagi satu kisah. Suatu hari dia terserempak dengan ahli bomba di pejabat saya, sebab ada pelajar yg terperangkap dalam lif. Maka, setiap kali dia datang ke pejabat saya, dia mesti nak naik tangga. Lalu, saya ajar dia, kita naik lif baca doa, dan tawakal pada Allah. Lalu, setiap kali dia naik lif, macam2 doa dia baca. Sebenarnya, termasuk saya juga, setiap kali naik lif, sekurangnya baca Bismillahi Tawakaltu 'Ala All

Kalau saya tersilap cakap pun, Qaisarah akan ulang balik apa saya cakap. Contohnya, kalau saya kata, mama takutlah dengan kucing. Nanti Qaisarah akan kata, takut dengan Allah je. Saya pun ubah skrip...eh, mama bukan takut, mama geli. Soalan lain akan timbul, kenapa mama geli? Bulu2 dia tu.

Saya cuba didik anak supaya takut pada Allah, bukan pada makhluk. Kdg2 ada nak tergelak bila macam tak logik. Tapi mmg betul, segalanya tak mustahil dgn izin Allah. Contohnya, macam cerita gigi kekal nak tumbuh balik.


Mudah2an kita semua didik diri supaya mengharap seratus peratus pada Allah.

No comments: