Thursday, August 29, 2013

Madu penawar penyakit

Aku pernah mendengar, ada seorang kata, sesiapa yg menjilat madu pada pagi hari, tiga hari berturut2 tidak akan terkena penyakit yang berat. Aku cari kat web, dapatlah artikel ini.

Kitab “Zad al-Ma`ad Fi Huda Khair al-Ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam kitab hadis al-Sunan Ibn Majah pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi  ”Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”. Di dalam kitab itu juga disebutkan juga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda”Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat”.

Wallahu 'alam.

No comments: