Saturday, February 28, 2009

Remuk 2

Tidak sampai 24 jam, kami berselisih dengan sebuah kereta remuk di Jalan Putrajaya-Dengkil, kami berselisih dengan sebuah lagi kereta yang remuk. Kali ini, kereta tersebut terbalik dengan roda di sebelah atas.

Apa sudah jadi dengan sikap pengguna jalan raya???

Remuk

Pagi tadi aku menyusuri jalan Putrajaya-Dengkil. Kami terpandang sebuah kereta di pembahagian jalan dalam keadaan yang remuk. Mungkin kemalangan berlaku semalam atau awal pagi tadi.

Aku pun berkata...
"Tengok, tpt ni mmg kerap berlaku accident. Cuba tgk nombor tepi jalan. Kilometer berapa?"

Suami pun menjawab...
"Sepatutnya setiap kali kemalangan, jalan alihkan kereta dari situ. Biar siapa yang lalu jalan ni insaf dan patuhi undang-undang dan tak bawak kereta laju."

Aku tergelak. Mungkin boleh boleh jadi pameran atau pengajaran. Tapi memang ajaib. Kebanyakan kemalangan yang berlaku terjadi di tempat yang sama sahaja. Adakah ini kesilapan manusia atau ada faktor lain yang menyumbang ke arah kemalangan berlaku? Fikir-fikirkan.



Friday, February 27, 2009

Pemandu peribadi

Sekarang ni aku cukup malas nak driving. Al-maklumlah dah setahun lebih ada driver peribadi. Tadi aku ada meeting dengan lecturer aku di Fakulti. Ada dalam 5 km dalam anggaran aku nak ke sana. Pagi-pagi lagi aku SMS student yang sama-sama nak meeting.

Nasy: Hari ni meeting dgn Prof jadi tak? Kalau jadi, boleh ambik akak?
Aku: Jadi. Pukul 10. Ok, lambat sikit, dah sampai saya mesej.

Nasib baik ada insan-insan yang baik hati.

Wednesday, February 25, 2009

Tatabahasa

Dua pagi aku mendengar dengan teliti.

Iklan sos cili Jalen.

Seharusnya berbunyi... sedap dimakan dgn pisang goreng.
Bukannya... goreng pisang.

Semestinya mereka yang membuat iklan ini peka terhadap Bahasa Melayu.



Sunday, February 15, 2009

Qaisarah dihujung minggu





Ini adalah kali pertama Qaisarah melawat makcik dan pakcik di asrama. Sambil tunggu pakcik dan makcik turun, Qaisarah sempat bergambar dibangku sekolah. Lambat betullah menunggu.










  1. Qaisarah dah mula belajar merangkak.
  2. Gigi dah tumbuh sebatang
  3. Pandai cakap ata ataaa attaataaa
  4. Pandai lambai tgn kat orang

Friday, February 13, 2009

Urusan

En suami bercuti hari ini. Semua urusan pembayaran bil dan pembaharuan road tax akan dilakukan oleh En Suami. En Suami memang baik hati mengambil cuti.


Saturday, February 7, 2009

Serba-serbi tak menjadi

Pagi tadi selepas bersarapan di luar, kami bercadang untuk membayar bil dan ambil bungkusan di pej pos. Tapi, pada firasat aku, pej pos tutup pada sabtu pertama.

Perancangan kami, bayar bil, masukkan cek di mesin cek, sunatkan Qaisarah.

Tapi, pagi ni semua tak menjadi.

  1. Pej pos - tutup Sabtu pertama. Bayaran bil dan ambil bungkusan tergendala.
  2. Masukkan cek - Tak tahu kenapa dua kali cuba, mesin tendang cek tu. Suami tak berani cuba untuk kali ketiga.
  3. Klinik sunatkan Qaisarah - Dr yang bertugas tiada, keluar berehat, petang baru ada.
Aku kata dengan suami, agaknya pagi tadi bangun solat subuh 7.10am. Al-maklumlah cuti. Subuh hujung-hujung waktu. Semua tak menjadi. Akhirnya, aku singgah ber'shopping' sebentar membeli kain untuk dibuat baju. Ada diskaun...aku borong.

Bila petang:
  1. Qaisarah selamat disunatkan.
  2. Cek yang tadi kena tendang, boleh pulak dimasukkan dalam mesin cek.

Tuesday, February 3, 2009

Selamat ulangtahun kelahiran sayang.....


Hari ini En suami menyambut hari jadi yg ke-32. Sebenarnya, 3 hari lepas aku sudah menempah sejambk bunga dan cokolat secara online untuk dihantar kepada En suami tersayang.

"Ayg, abg ada dapat bunga dari awek." sms yang aku terima.
"siapa?" aku membalas sambil tergelak dalam hati.

"Entah, peminat."

Petang, bila balik ke rumah bersama.

"Apa perasaan dapat bunga?"

"Tak de perasaan pun..." Ego seorang lelaki.

"Alah, cakaplah terus-terang."

"terus-terang abang kata, mula2 terkejut. Tapi abang dah agak, ayang yang bagi. Terima kasih. Penghantar bunga tu tel abang dulu sebelum hantar, tanya office."

Heheheeee... berbunga rasa dihati.

Friday, January 30, 2009

Rezeki lagi

Bos di tempat suamiku, bagi angpau pada setiap pekerja sempena Tahun Baru Cina. Walaupun berlainan bangsa, mereka tetap bermurah hati.


Qaisarah pun ada orag bagi ang pau.

Thursday, January 29, 2009

Balik Kampung

Sudah tradisi masyarakat Malaysia. Ada cuti panjang mesti balik kampung. Suami bercuti hampir seminggu sempena cuti tahun baru cina.

Yang menarik tentang balik kampung kali ini:
  1. Dapat jumpa kawan lama semasa di tingkatan 1-3. Masing-masing menetap di Selangor, tetapi kami berjumpa di JB. Cik Z baru sahaja bekerja di JB di jabatan kerajaan. Kami selalu berhubung, tapi sepuluh tahun tidak bertemu. Kali terakhir semasa kami di tahun satu. Cik Z datang ke UKM, melawat kawan2 di UKM.
  2. Makan sarapan di kedai mak. Memang tak makan langsung di rumah. Macam makan tiap-tiap pagi bersarapan di kedai.
  3. Jalan di Jusco. Rasanya sampai 3 kali. Suami yang duk sibuk mengajak, tapi tiada satu pun barang yang dibeli untuk dirinya.
Kepada pensyarah-pensyarah, rakan-rakan kami yang menyambut tahun baru cina, selamat menyambut tahun baru.

Yang memberi limau-limau percuma, terima kasih daun keladi, ada lagi boleh bagi lagi....



Wednesday, January 21, 2009

Rezeki 3

Tengahari tadi...

"Hello, boleh saya bercakap dengan En Mohd Farisan?"

"Siapa bercakap?"

"Saya dari agen panggilan Shell bonuslink, win RM300 cash."

"Actually this is his wife. We are in different office."

"Ok, tak pe you pun boleh jawab soalan mudah ini untuk jadi pemenang."


Setelah menjawab dgn betul....

"Tahniah! anda telah memenangi RM300"

Belum sampai seminggu, rezeki datang lagi. Alhamdulillah

Tuesday, January 20, 2009

Pemangkin

Melihat kawan-kawan yang dah kembali bertugas dengan PhD, aku teruja untuk menghabiskan PhD secepat mungkin. Mereka semua menjadi pemangkin dan peransang untuk aku terus mengahbiskan sisa-sisa perjuangan ini.


Monday, January 19, 2009

Nexus VISTA UPSR SCIENCE


Tahun: 2009 

Tajuk: Nexus VISTA UPSR SCIENCE 

Pengarang: Dr. Faujan H. Ahmad, Alias Abdullah, Nur Huda Faujan 

ISBN: 978-983-59-4113-9

Penerbit: Sasbadi Sdn. Bhd.

Saturday, January 17, 2009

Rezeki 2

Hari ini pejabat suami aku ada majlis "annual lunch" merayakan pekerja-pekerja di kilang. Rezeki yang tidak disangka..... Suami aku menang cabutan bertuah tunai RM500. Alhamdulillah syukur.

Aku selalu berpesan kepada suami, hendaklah selalu berbakti kepada orang. Kalau kita ada sikit, beri orang sikit. Rezeki kalau Allah nak bagi sekelip mata, dan kalau Allah nak tarik rezeki sekelip mata sahaja. Amalkan ayat seribu dinar. Emak selalu kata amalkan solat Dhuha dan Isyrak. Pintu rezeki sentiasa terbuka bagi orang-orang yang sentiasa membuat kebajikan.

Semoga Allah memberkati dan merahmati setiap kali kami keluar mencari rezeki dan rezeki yang diperolehi adalah halal. AMEEN.

Monday, January 12, 2009

Kembali dari Tanah Suci

838am: Mendarat di KLIA. SMS aku terima dari abah.

Alhamdulillah, syukur mak abah selamat tiba di tanahair setelah 40 hari mengerjakan ibadah haji di mekah. Ketika itu, aku berada di Klinik Kesihatan, regular check-up untuk Qaisarah. Sepatutnya flight tiba dalam pukul 90 am dari madinah. Cepat flight ni mendarat.



Update Qaisarah:
Qaisarah dah 6 bulan.
Berat dah 7.05 kg.
Dah pandai golek2.
Dah pandai sebut pa-pa, ba-ba.

Bila tiba di KLIA, aku terpandang screen ketibaan dan perlepasan. Sah mmg cepat kapal terbang mak abah mendarat 0834am. Alhamdulillah.

Suasana di balai ketibaan penuh dgn sanak saudara. Tapi tidaklah sesesak mana. Mungkin penerbangan terakhir tiba di Malaysia. Yang menyambut mak abah cuma kami 9 beradik, 2 menantu dan 2 cucu mak abah.

Kami berpelukan, syukur selepas mak abah keluar dari pagar ketibaan. Dari jauh, kami sudah namapak mereka berdua. Selepas itu, abah membaca doa kesyukuran. Mudah2an mereka pulang dgn haji mabrur dan doa yang dipohon akan dikabulkan ILAHI.

Aku sms Ella. Alhamdulillah Ella tiba selepas kami bertemu dgn mak abah di balai ketibaan.



Thursday, January 1, 2009

Lembaran 2009

Tahun baru tentunya bermula dengan azam baru. Kata Dr Fazilah Kamsah, 95% orang akan melupakan azam baru bila masuk ke minggu ketiga tahun baru. Kalau nak jadikan tabiat, kena buat 40 kali berturut-turut setiap hari.

Semoga 2009, aku akan mendapat PhD yang diimpikan dengan jayanya. AMEEN.

Wednesday, December 31, 2008

IELTS

"Kak, ini kawan saya pulangkan buku IELTS akak."
"Ok."

"Kawan engkau dapat berapa?"
"Dapat band 8."

"Wah, hebatnya..."
"Dia kata, dia duduk selang 2 meja dari speaker."
"Dia pun mesti dahsyat BI dia."
"Boleh tahan la."

Apa yang aku kagum bukan kerana dia dapat band 8. Tapi aku rasa seronok kerana dapat meminjamkan buku itu kepada sesiapa yang memerlukan. Setakat ini sudah 3 orang meminjam buku IELTS aku yang aku miliki sejak tahun 2004. Ilmu yang ada seharusnya dikongsi bersama.



Tuesday, December 30, 2008

PMR

"Hariz, ko dapat berapa PMR?"
"Ko kena belanja aku dulu."

Bunyi macam dapat A dalam semua mata pelajaran.

"Along tak janji pun nak bagi hadiah sebelum ni."
"Alah, 7A je"
"2B apa?"
"Bukan 2B, 2C"
"C itu BI dgn apa?"
"BI dan BA."

Aku dah agak dah. BI mesti salah satu yang C tu.

Sunday, December 28, 2008

Jalan-jalan

Hujung tahun, orang sibuk jalan shopping ada SALE sana sini. Aku sebenarnya jarang ambil tahu pasal SALE. Tapi semalam, aku sekeluarga jalan-jalan kat Jusco cari baju Qaisarah. Baju bayi dan kanak-kanak memang cantik-cantik terutamanya baju untuk bayi perempuan. Seingat aku, kalau pergi membeli-belah, aku mesti nak belikan Qaisarah baju. Kalau tak sepasang baju pun, aku akan belikan untuknya sepasang stokin. Anak perempuan memang banyak baju untuk melaram. Stokin untuk Qaisarah dihiasi dengan yang reben yang cantik-cantik. Baju Qaisarah pun banyak warna merah jambu.

Baju untuk suami, nasib ada saiz. Yang seronoknya, suami aku tertinggal dompet di rumah. Al-maklumlah sebelum pergi aku ada kata, belilah baju banyak-banyak. Asyik baju yang sama saja untuk kerja. Nanti aku belanjalah sepasang sebab gaji dia belum masuk lagi. Aku pula ada bonus akhir tahun. Niat di hati memang nak belanja suami sehelai baju. Dompet tertinggal di rumah bukannya sengaja. Jadi akulah yang belanja semua. Nasib baik polis tak tahan di tengah jalan tengok lesen memandu. Minta ampun tuan polis semua, tak disengajakan.


Wednesday, December 24, 2008

Cabaran

Esok cuti umum sempena Christmas. Aku tiada apa rancangan yang menarik. Mungkin sekadar merehatkan diri di rumah bersama Qaisarah dan suami tersayang. Pada aku masa cuti sekali-kali aku hendak meluangkan masa bersama mereka. Tugasan aku sebagai seorang pelajar, pekerja dan juga seorang ibu memang amat mencabar sekali. Ditambah tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami. Kadang-kadang aku terfikir, memang sukar untuk memberi kesempurnaan dalam memikul semua tanggungjawab ini. Seawal 5.30 pg terpaksa bangun menyiapkan segalanya dan pulang ke rumah hampir 8.30 mlm setiap hari. Itulah rutin kehidupan aku sejak bergelar isteri dan ibu.