Sepatutnya hari ini aku pergi ke majlis perkahwinan Sima. Tapi orang yang pasang kabinet kat rumah aku siapkan hari ini. Semalam aku suruh datang pukul 10pg. Mereka semua datang pukul 1ptg. Aku sudah jangka akan berlarutan sampai hari ini. Geram rasanya. Nasib baik semua siap hari ini.
Sima, mintak ampun banyak-banyak. Insha-allah kalau ada kelapangan, akak pergi ke majlis resepsi pihak lelaki.
Today is our third anniversary. Alhamdulillah... after three years married, we learn about understanding, caring, loving so much to each other. Our new daughter, Qaisarah give us lauhgter and happiness to our family.
Macam-macam faktor. 1) Tengok komputer tak tentu masa untuk analisis data. 2) Mungkin tidur pun tak tentu masa dan tak cukup masa. 3) Mungkin juga mata yang keletihan
Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana masih dipanjangkan usia di bumi yang fana ini.
1) Semalam petang aku menerima sekeping kad ucapan hari jadi yg comel dari seorang sahabat karibku, KHK. Kad yang comel dan cute sekali. "A great friend is like a good Bra". Sweet kata-kata yang tepampang di muka depan kad.
2) Hari ini, ada menerima hampir 10 SMS ucapan selamat hari lahir.
3) Sebelum hari lahir aku tiba, suami aku telah menghadiahkan aku sebiji HP. Almaklumlah HP aku tu versi lama yang bateri dia kena selalu dicaj. Alasan suami bagi awal, "takut terguna duit bajet untuk beli HP, siap suruh aku pilih lagi"...heeeeeehhheee.
4) Tahun ini tiada kek untuk hari jadi. Tahun lepas sampai 2 biji kek hari jadi. Nasib tak jadi tiga biji kek.
5) Yang menarik tentang birthday aku:
a) Seorang kawan yang berkongsi tarikh lahir dengan aku, mempunyai anak yang berkongsi tarikh lahir dan tahun yang sama dengan anak aku.
b) Dalam keluarga aku ada dua orang yang mempunyai tarikh lahir yang sama. Seorang makcik dan seorang sepupu.
6) Harapan aku tahun ini, semoga aku cepat habis PhD dan sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik. AMEEN.
"Huda, kau tahu tak anak Mrs Z lelaki bukan perempuan"?
Aku tergelak. Sebab aku dah kirim sehelai baju gaun perempuan untuk budak berumur setahun setengah ke Mrs Z. Aku terus menelefon Mrs Z.
"Takpela. Ko simpan baju tu untuk anak ko yang perempuan nanti"
Rupa-rupanya anak Mrs Z yang pertama yang perempuan. Anak Mrs Z yang pertama telah kembali ke Rahmatullah semasa dilahirkan. Allah lebih sayangkan anak perempuan sulungnya.
Hari ini semua pelajar bawah penyelia aku ada perjumpaan mingguan. Sepatutnya perjumpaan bermula pukul 5.00ptg. Jadi aku bawa Qaisarah ke UPM dengan harapan dapat masuk ke perjumpaan dengan penyelia, sebab mak aku kena teman adik aku buat medical check-up kat hospital.
Pukul 12 tghari, aku buka e-mail. Tiba-tiba ada perubahan masa dalam perjumpaan mingguan hari ini. Daripada pukul 5 ke 3.30 ptg. Aku jadi buntu. Aku telefon penyelia. Dia kata bawa saja Qaisarah. Jadi aku nekad terus bawa Qaisarah ke bilik mesyuarat. Masa tu aku orang pertama sampai. Semua pelajar dah masuk. Meeting belum bermula. Pukul 3.45ptg, mak aku sampai dari hospital. Jadi, dia ambil Qaisarah. Kalau tak kalut juga aku.
Hari ini macam-macam makanan aku orang bagi aku. Ada kerepek ubi yang diimpot dari Indonesia. Ada beg kertas berisi air kotak, biskut dan gula-gula yang diimpot dari Terengganu. Ada sotong kering sira gula yang diimpot dari Pahang. Semoga yang memberi dimurahkan rezeki yang berpanjangan. Ameen
Semalam, lebih kurang 5.15 ptg, aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah dari makmal. Tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi autoclave mengeluarkan asap. Lantas aku pun bertanya kepada rakan di makmal aku.
Aku: Engkau tengah guna autoclve ke? Mr Y: A'ah. Baru pasang. Aku: Apasal bunyi macam autoclave bocor je. macam dulu. Rosak lagi ke?
Lantas Mr Y pun pergi ke arah autoclave dan memeriksa keadaannya. Alamak, getah dia terkeluar lah. Tiba-tiba........
kedengaran dan kelihatan bunyi asap dilepaskan. Aku yang ketika itu berada dihadapan di meja aku, terus terpaku. Dalam hati, "apasal Mr Y ni tak pergi jauh dari autoclave ni? Aku terus membayangkan sekiranya tekanan dalam autoclave tu menurun dengan mendadak, pasti akan autoclave akan terbuka dan barang di dalam akn melambung ke syiling.
Aku: Ko dah tutup suis? Mr Y: Dah. Aku: Apasal jd macam tu? Tekanan dah turun belum? Mr Y: Semua dah.
Aku terus ke melihat jarum suhu dan tekanan pada autoclave. Tekanan sudah menurun ke sifar. Suhu masih 98oC. Bila Mr Y buka autoclave tu, kami melihat getah yang baru diperbaiki, tersasar dari landasan. Syukur tiada apa yang tidak diingini berlaku. Kelihatan seluruh badan Mr Y menggeletar.
Aku tengah berfikir bila hendak beli handphone baru..... Jenama apa? Fungsi yang macamana? Handphone Nokia 3310 aku, telah berusia hampir 7 tahun. Masih elok, tapi kadang2 tidak mampu menampung kuasa bateri. Tukar bateri baru pun, kadang-kadang hanya dapat bertahan sehari sahaja.
Laptop baru sudah dibeli. Handphone baru entah bila??? Buku telefon dalam handphone Nokia aku pun tidak mencukupi untuk menyimpan nombor-nombor penting. Aku terpaksa menyimpan secara manual dalam buku berasing bagi nombor-nombor yang jarang dihubungi.
Tengahari tadi, makan lunch dengan seorang member. Dia telah mengajak aku ke sebuah tempat di BBB. Kami hanya makan ikan siakap tiga rasa, kailan ikan masin dan tomyam campur. Alangkah terkejutnya kami bila keseluruhan harga RM55.30. Hanya makan berdua. Dalam jangkaan kami, harga keseluruhan mungkin dalam RM25-RM35. Mungkin selepas ini, kami tidak akan menjengah ke situ lagi.
Dalam banyak blog yang saya baca, ada beberapa blog yang memang saya suka membaca. Antaranya blog Che Det
Kenapa saya suka blog Che Det?
1) Cara penulisannya ringkas, kemas, mudah dibaca dan mudah difahami. 2) Hanya isi-isi penting yang diketengahkan dan tidak meleret-leret. 3) Bahasa yang gaya penulisan yang mantap.
Saya pernah pergi ke satu majlis Sepetang Bersama PM pada tahun 2002 di Stadium Bukit Jalil. Saya amat kagum dengan Che Det berucap. Dari situ saya dapat melihat Che Det dengan lebih dekat.
Aku sudah tertinggal 3/ 4 episod umtuk menonton amazing race. Hari ini, aku berpeluang untuk melayari website amazing race season 3. Nasib baik kedua-dua pasukan Malaysia masih bertahan.
Sejak ptg semalam aku teruja buat benda ini nak tengok muka Qaisarah iras siapa. Kalau sebelum ini, mmg malas nak buat. Dari pemerhatian aku, sekiranya gambar yang di'upload' berbeza, mmg muka Qaisarah ni ada beza. Yang penting dia mmg anak kami berdua.
Tengahari td, makcik aku dtg berhari raya di rumah. Aku menghidangkan mereka dgn makanan mee rebus udang. Pertama kali aku mencuba dgn pes yang aku beli sebelum raya, rasanya amat menyelerakan. Semuanya terkesima dgn makanan yang aku hidangkan.
Semalam kami pergi beraya. Beraya di rumah terbuka cuma sebuah rumah. Yang lain cuma ziarah untuk berhari raya. Dari 10 pg sehingga10 mlm. Hari ini tiada rendang atau makanan tradisi raya yang dijamah. Kalau tidak, berat juga rasa perut ini.
Rumah pertama ini merupakan rumah yang membuat rumah terbuka. Makanan yang disediakan merupakan makanan ala Itali dan Arab. Ada spagetti dan kebab.
Rumah kedua hanya menjamah kuih raya. Lawatan berhari raya ke rumah yang kedua lebih kepada melawat bayi yang baru dilahirkan. Memang comel bila melihat bayi yang baru lahir. Teringat sejenak ketika melahirkan Qaisarah.
Rumah ketiga beraya ke rumah mak saudara. Mereka menjamu kami dengan mee goreng.
Rumah keempat merupakan rumah kawan satu kelas dulu dan lebih kepada urusan jual-beli. Bukanlah buat bisnes. Cuma mengambil barang yang kami telah tempah.
Rumah terakhir pula merupakan rumah penjaga aku semasa kecil. Makcik yang menjaga aku ini telah menjamu kami dgn hidangan KFC. wah! Raya2 pun dapat makan KFC.
Tahun ini, di pagi syawal aku berhari raya di rumah mentua. Entah pada aku sama saja 1 syawal berada di rumah mana2, samada di rumah mentua atau ayahbonda sendiri. Yang penting syawal tetap disambut dengan sederhana. Lagipun, suasananya hampir sama sahaja. Makanan pun begitu juga. Mentua aku orang berdagang begitu juga dengan ayahbonda sendiri. Berdagang ke negeri orang mencari rezeki. Tahun ini dengan kelahiran puteri sulung kesayangan "Nur Qaisarah" membuatkan syawal begitu bermakna.
Dalam pukul 4ptg, 1 syawal...aku sekeluarga meluangkan masa mengambil gambar studio. Masa ni dekat gambar, Qaisarah tengah nangis kepanasan.
Malam 2 syawal, kami ke rumah buyut (istilah Jawa bagi moyang) Qaisarah, merangkap atuk nenek aku.
Yang aku tak tahan nak gelak bila bawa balik Qaisarah ke rumah buyut:
1) Belum aku turun kereta, berderet2 sepupu sepapat aku mengintai kat cermin kereta sebab nak sambut Qaisarah. Padahal sepupu2 aku ada yang dah tgk sebelum tu. Umur semua dalam lingkungan 4-7 thn. 2) Masa aku nak tidurkan Qaisarah, pasang kipas kecik, semua sepupu yang kecik2 ni berkerumun kat keliling Qaisarah. Macam ada tontonan filem. 3) Masa aku letak je Qaisarah kat bouncer, ada je sepupu kecik2 ni nak tolong buaikan. Part ni aku seronok je... relaks je aku. 4) Atuk aku kata, tak dengar suara langsung. Masa tengahari mandikan dgn air sejuk baru menjerit. Masa tu baru buyut Qaisarah kata..."Baru dengar suara nangis". Qaisarah ni mmg jarang nangis. Masa ngantuk dan nak susu je. Itu pun kejap je. Semoga bila besar tak banyak nangis.
Tahun ini pun aku tak banyak ambil gambar raya. Ini kerana:
1) Bateri kamera aku sudah tidak dapat menampung cas2 elektrik. Baru guna beberapa jam...bateri dah exhausted. Kena beli bateri yang baru lepas ni. 2) Beraya mmg tak jalan mana pun, banyak duduk rumah. 3) Mood untuk memegang kamera tiada. Mungkin sebab malas hendak bawa ke sana sini kamera tu. Simpan dalam beg rasa lebih selamat.
Hari ini berbuka puasa dengan KFC. Entah kenapa suamiku mengidam sgt nak makan KFC. Kalau aku, mcm tiada perasaan nak makan apa2. Lauk ikan pari bakar dan bubur lambuk yang dibeli semalam masih belum terusik dalam peti ais.
Bila ada anak buat kerja semua cepat. Kadang2 rasa mcm jadi robot pulak. Nasib baik dapat suami yang sangat suka menjaga dan menidurkan baby Qaisarah. Mudah2an berpanjangan sehingga ke anak yang seterusnya.
Pagi td, tgk amazing race. Memang aku sebenarnya terlupa tentang rancangan kegemaran aku ini. Rupa2nya rancangan ini sudah dipanjangkan sehingga sejam setengah. Nasib baik dapat menonton rancangan ulangannya walaupun sudah terlepas 10 min terawal.
Setelah sekian lama autoclave dalam makmal aku rosak, baru hari ini, autoclave diperbaiki. Seingat aku mungkin dah hampir 6 bulan. Kalau tak memang jenguh tumpang autoclave kat makmal orang.
Seawal pagi, aku bangun menyiapkan juadah untuk bersahur. Hari ini, cuti umum nuzul Quran. Semalam seorang pelajar Sudan yang satu makmal dengan aku kata, sebenarnya 17 Ramadan ini yang pasti adalah terjadinya Perang Badar. Bukannya Nuzul Quran. Dalam al-quran Allah berfirman Al-quran itu diturunkan pada malam lailatul qadar. Dan sebenarnya kita tidak pasti bila lailatul qadar itu.
Selepas solat subuh, lelapkan mata seketika. Suamiku bekerja hari ini. Jadi aku dgn Qaisarah saja berdua di rumah. Sejurus selepas suamiku keluar menuju ke pejabat, aku terus buka komputer. Biasanya Qaisarah akan tidur lama di waktu pagi. Kadang2 pukul 1.00 pm baru terjaga. Jadi aku pun mengambil peluang ini menyiapkan kerja2 yang patut diselesaikan.