Friday, February 14, 2014
Happy Birthday My Husband
Happy belated birthday to my husband. Kali ini tempahan kek dibuat dari Crossroads Cheese Cake. Terima kasih dan memang sedap.


Wednesday, February 12, 2014
Khasiat buah berangan
Balik dari Jerantut, singgah Genting Sempah makan buah berangan. Makan buah berangan aku rasa kenyang. Semalm buah berangan tu ada lagi kat rumah mak. Aku pun makan. Maka, aku hari ni teringat nak google apa khasiat buah berangan. Dalam Bahasa Inggeris, disebut chestnut.
Rupanya buah berangan ni adalah satu2nya jenis kacang yang tinggi vitamin C, dan karbohidrat. Ada jugak ferum dan vitamin B-6
Boleh jugak tgk link kat bawah ini:
Nilai Pemakanan Buah Berangan
Why Chestnuts
Tuesday, February 11, 2014
Cara terbaik minum madu
Kat rumah ada banyak madu. Suami pulak, beli dua jenis madu yang berbeza, madu tualang dan madu royal jelly.
Madu lebah
Khasiat madu tualang dan pantang larangnya
Khasiat madu
Lapan cara mudah dapat khasiat madu
Semoga dapayt manfaat, Wa Allahu 'Alam.
Di sini ada cara2 makan madu secara berkesan, boleh baca. Antara blog yang aku rasa berguna untuk pengamal minum madu.
Madu lebah
Khasiat madu tualang dan pantang larangnya
Khasiat madu
Lapan cara mudah dapat khasiat madu
Semoga dapayt manfaat, Wa Allahu 'Alam.
Sunday, February 9, 2014
Selamat Pengantin Baru AL-AMIN-HIDAYAH
Kali ini kenduri kat Jerantut pulak. Kuarters kediaman PDRM Jerantut. Ramai polis datang. Ringkas tapi meriah... Tahniah...
Friday, January 31, 2014
Darjat bagi orang yang bersabar
Sedikit perkongsian semasa majlis taklim minggu lepas.
Orang yang bersabar Allah akan tinggikan darjatnya. Dan, sabar ada tiga peringkat, iaitu:
- Sabar akan muhibah atau ujian yang Allah berikan. Allah akan kurniakan kepadanya 300 darjat.
- Sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Allah akan kurniakan kepadanya 600 darjat.
- Sabar dalam menahan dari melakukan maksiat yang ada di sekelilingnya. Allah akan kurniakan kepadanya 900 darjat.
" Barangsiapa bersabar atas berlaku musibah terhadap dirinya, maka
ditulislah baginya tiga ratus darjat yang jarak antara tiap-tiap dua
darjat adalah seperti jarak antara langit dan bumi. Dan
barangsiapa sabar untuk melakukan ketaatan, maka ditulislah baginya enam
ratus darjat yang jaraknya antara dua darjat adalah seperti jarak
antara batas bumi yang teratas dan hujung bumi yang tujuh. Dan
barangsiapa sabar untuk tidak melakukan kemaksiatan, maka ditulislah
baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya antara tiap-tiap dua darjat
seperti jarak antara “Arasy sampai ke bumi." (Maksud hadith)
Labels:
Ad-Din
Sunday, January 26, 2014
Selamat pengantin baru Hidayah_Al-Amin
Wednesday, January 22, 2014
Koleksi doa harian
Dalam mencari pelbagi doa harian, terjumpa blog yang mengandungi banyak doa dan sgt berfaedah. Semoga dapat manfaat daripadanya.
Thursday, January 9, 2014
Nexus Tuntas UPSR KBSR Science
Tahun: 2014
Tajuk: Nexus Tuntas UPSR KBSR SCIENCE
Pengarang: Dr. Faujan H. Ahmad, Alias Abdullah, Dr. Nur Huda Faujan
ISBN: 978-983-59-6664-4
ISBN: 978-983-59-6664-4
Penerbit: Sasbadi Sdn. Bhd.
Tuesday, January 7, 2014
Kunci Emas KSSR SAINS
Tahun: 2014
Tajuk: Kunci Emas KSSR SAINS
ISBN: 978-983-59-6818-1
Penerbit: Sasbadi Sdn. Bhd.
Tajuk: Kunci Emas KSSR SAINS
Pengarang: Abdullah Ishak, Chan Yook Lean, Choe May Lin, Fatimah
Azzahra, Kam Mei Wing, Mariani Yahaya, Musalmah Muhammad, Nanthini
Vaijaya Kumar, Nik Maziah Nik Moh, Nita Che Zin, Norazlina Abdullah,
Nurfariza Izzzati, Nur Huda Faujan, Roslinda Danik, Rosnani Majid, Wendy
Chai Wen
ISBN: 978-983-59-6818-1
Penerbit: Sasbadi Sdn. Bhd.
Sunday, January 5, 2014
Jadual Padat Qaisarah
Masuk tahun baru, persekolahan sessi baru bermula. Tahun ini, jadual persekolahan Qaisarah memang padat walaupun hanya sekolah di Pra-Sekolah. Qaisarah baru 6 thn. Sebenarnya, 5thn setengah belum 6 tahun lagi. Seawal pg pukul 0615am dah kena bgn. Bertolak ke sekolah pukul 0655am, jarak perjalanan dari rumah ke sekolah ambil masa 15minit. Pra-sekolah mula pukul 0720am. Habis pukul 1130am. Tghari mama Qaisarah ambil Qaisarah kat rumah Ummi, utk hantar Qaisarah ngaji di Smart Khalifah. Belajar Qiraati dan baca e-Extra. Pukul 0600pm, mama ambil. Malam pulak lepas makan dan solat, ngaji lagi samapi 0900mlm.
Semoga jadi anak yang solehah ye anak mama Qaisarah.
Tuesday, December 31, 2013
Cuti sekolah Qaisarah - Kaedah e-Extra dan Mengaji Qiraati
Syukur alhamdulillah, cuti sekolah sessi 2013 telah berakhir. Syukur juga Allah telah permudahkan urusan aku untuk menguruskan Qaisarah pada waktu cuti sekolah. Mula2 mmg agak serabut, sbb Qaisarah asyik nak main je. Lepas 3 minggu cuti sekolah, aku hantar dia kat satu Taski ni, sbb belakang je rumah dan mmg baru buka. Qaisarah pelajar pertama sekolah ni. Aku pun tak tahu nak kategori dia apa, tapi dia bawah persatuan PERTIM juga. Mula2 tak tahu apa itu PERTIM. Bunyi mcm PERKIM. Rupanya Persatuan Tadika Islam. Syukur selama 3 minggu masuk, dah banyak belajar baca dan ngaji. Banyak juga aku sebagai ibu belajar tentang pendidikan awal kanak2.
Teknik baca berkesan ini, dia guna buku e-Extra. Ini adalah buku yang dia guna. Rupanya pensyarah UKM yang bangunkan.
Utk mengaji pula, dia guna kaedah Qiraati, dan hanya guru2 yang dipilih sahaja yang boleh ajar kaedah ini, dan bukan semua orang. Ada Qiraati 1-5. Dua2 kaedah ini, memang aku baru tahu. Ini juga ada kaedah Qiraati yang blog yang aku jumpa, dan juga blog ini.
Pada aku semua kaedah tak salah, tapi kita cari yang terbaik, dan aku sebagai pendidik di universiti pun banyak kelemahan yang sentiasa mencari kaedah terbaik utk memberi penerangan yang mudah kepada pelajar.
Antara kaedah awal mengaji yang aku cuba cari:
- Muqaddam (zaman Ustaz Datuk Hassan Azhari)
- Kaedah Iqra' (Haji As'ad Humam)
- Kaedah Qiraati (Ustadz Haji Dachlan Salim Zarkasyi)
- Kaedah Baghdadi (Pengasas: Ustaz Jalaluddin bin Haji Hassanuddin)
Ada blog yang aku baca ada kelemahan dan kekuatan kaedah2 awal mengaji ini, mungkin boleh lihat di sini:
Kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran
Syukur juga Allah pertemukan juga dengan guru yang baik untuk membimbing Qaisarah.
Wednesday, December 25, 2013
Seni Khat
Lately, bila saya tgk di dinding2 dan hiasan2, ramai org buat hiasan dengan khat kufi. In fact, kalendar atas meja saya pun penuh dgn khat kufi. Sebenarnya saya mmg dah belajar ilmu khat ni sejak sekolah rendah, masa tu khat nashah je. Asah2 pensel, buat dekat buku tulis, tak adalah pandai mana pun. Bila sekolah menengah masuklah kelab seni khat dan lukisan. Part lukisan tu tak adalah skill sangat. Tapi part seni khat tu minatlah juga. Kat situ belajarlah nama2 khat. Ada nashah, tulus, kufi, mcm2 lagi. Pernah juga masuk pertandingan peringkat sekolah dulu. Dapat jugalah saguhati. Hadiah dia poster surah yasin. Masih ada lagi terpampang kat dinding rumah mak aku.
Tapi sekarang ni saya tgk orang duk asyik sgt dgn khat kufi. Khat kufi tu yang petak2. Tgk2 ada pulak siap software online. Apalagi, saya pun try skill saya secara online lah. Inilah hasilnya. Bukan nak promote web ni, tapi bolehlah ke laman web ni kalau nak cuba2....http://www.ejawi.net/v3/index?e=kufieditor
Tuesday, December 10, 2013
Ujian IQ
Saya cuba buat ujian IQ di laman permata pintar, USIM. Dan jawapan nya adalah seperti berikut.
Tak delah kategori genius....hahaha...tapi high intelligent jugak lah. Semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Itu semua dari Allah.
Tak delah kategori genius....hahaha...tapi high intelligent jugak lah. Semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Itu semua dari Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)




