Monday, May 25, 2015

Tarbiah diri dengan solat

Para ulama telah mengkaji bahawa untuk mentarbiah diri sendiri, sekurang2nya kita perlu menunaikan solat 40 rakaat sehari. Ini kerana dalam solat ada doa untuk diri sendiri spt dlm surah Al-Fatihah dan bacaan di antara dua sujud. Bagaimana kita hendak mdapatkan 40 rakaat sehari. Caranya sgt mudah.
1. Jumlah solat wajib = 17 rakaat (2+4+4+3+4)
2. Jumlah solat ba'liah dan qabliah = 14 rakaat (2+4+2+2+4)
3. Solat hajat = 2 rakaat
4. Solat taubat = 2 rakaat
5. Solat tahajud = 2 rakaat
6. Solat witir = 3 rakaat

Maka jumlah rakaat solat sehari adalah 40 rakaat. Ini baru minimum. Andai ditambah dhuha dan ditambah bilangan rakaat bg solat tahajud dll maka jumlah rakaat akan bertambah. Ma Sha Allah. Sungguh tersusunnya ibadah sehari andai mahu mendidik diri.... semoga Allah bg taufiq untuk kita amal dan sampaikan kpd yg lain.

No comments: