Saturday, June 28, 2014

Slaughter man

Yesterday, I evaluated for student industrial presentation. One of the terminology that student used to define penyembelih was slaughter man. But, actually this sound is like to sembelih seorang lelaki. I just noticed to the student maybe the right word to use is slaughterer not slaughter man. Yeah!!! After the presentation finish, i try to found the accurate word for penyembelih. The correct word is slaughterer.

Monday, June 23, 2014

Doa dan pengharapan pada Allah

Kanak2 mmg suka tanya kenapa....why? why? and why?
Bila dah remaja dia mencuba, bila dewasa memilih dan berfikir.

Qaisarah, memang suka tanya, kenapa mama? Kdg2 sampai dia tanya, kenapa hari ni panas? Jawapan saya hanya, itu semua kerja Allah. Kalau Allah, nak bagi panas maka panaslah dia. Kalau nak bagi hujan, hujanlah dia. Bukan tak nak bagi dia berfikir, tapi saya cuba didik dia bahawa semua itu dari Allah. Dan kalau nak apa2 minta doa pada Allah.

Pernah suatu hari, dia tanya, gigi papa dah cabut boleh tumbuh tak? saya kata, tak boleh, sebab gigi kekal. Tapi jawapan yang diri beri adalah...tapi kalau kita doa kat Allah boleh tumbuh balik. Saya pun jawab, boleh...Kalau Allah izinkan nak tumbuh.

Ada suatu hari, dekat rumah mak saya, saya terserempak dengan seekor anak ular depan pintu bilik air luar di siang hari. Dalam perjalanan pulang hantar mengaji petang, boleh dia kata dengan saya. "Mama, tadi Qaisarah dah doa, Ya Allah, janganlah bagi ular masuk rumah Ummi (Ummi ni panggilan utk nenek dia, iaitu mak saya). Bagilah dia duduk jauh2".

Ada lagi satu kisah. Suatu hari dia terserempak dengan ahli bomba di pejabat saya, sebab ada pelajar yg terperangkap dalam lif. Maka, setiap kali dia datang ke pejabat saya, dia mesti nak naik tangga. Lalu, saya ajar dia, kita naik lif baca doa, dan tawakal pada Allah. Lalu, setiap kali dia naik lif, macam2 doa dia baca. Sebenarnya, termasuk saya juga, setiap kali naik lif, sekurangnya baca Bismillahi Tawakaltu 'Ala All

Kalau saya tersilap cakap pun, Qaisarah akan ulang balik apa saya cakap. Contohnya, kalau saya kata, mama takutlah dengan kucing. Nanti Qaisarah akan kata, takut dengan Allah je. Saya pun ubah skrip...eh, mama bukan takut, mama geli. Soalan lain akan timbul, kenapa mama geli? Bulu2 dia tu.

Saya cuba didik anak supaya takut pada Allah, bukan pada makhluk. Kdg2 ada nak tergelak bila macam tak logik. Tapi mmg betul, segalanya tak mustahil dgn izin Allah. Contohnya, macam cerita gigi kekal nak tumbuh balik.


Mudah2an kita semua didik diri supaya mengharap seratus peratus pada Allah.

Saturday, June 7, 2014

Mungkinkah....Hanya Allah yang Maha Mengetahui

Isu cokolat cadbury walaupun halal, ada ramai pengguna masih was-was. Mungkinkah ini satu konspirasi atau kebetulan? Mungkin boleh baca di pautan ini. Hanya Allah saja yang tahu, dan siapa di pihak yang benar pasti suatu hari kebenaran akan terbukti. Yang siapa pihak yang salah, juga pasti suatu hari kebenaran akan terbukti. Wa Allah 'Alam.

Friday, June 6, 2014

Jawapan Qaisarah

Dua hari lepas, saya ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan rutin Qaisarah. Siapa yang biasa dengan klinik kerajaan mesti buat pemeriksaan untuk anak sehingga darjah satu. Kali ini merupakan jadual terakhir sebelum masuk darjah satu. Lepas ini dah tak ada pemeriksaan, dan akan disambung ke darjah satu.

Berat Qaisarah 27kg. Tapi BMI kira normal BMI=19. Tapi bila jururawat tanya, akak suka makan apa? Qaisarah boleh jawab, saya suka makan semua yang sedap....hahahahah. Memang badan pun sedap juga lah tembam2. Anyway, Qaisarah...tahun ni kena belajar puasa dah ye. Dah masuk 6thn kalau mengikut bulan Islam.

Wednesday, June 4, 2014

Cokolat Cadbury Halal dimakan

Keputusan ujian DNA babi pada cokolat Cadbury nyata kesilapan KKM. Seandai pengguna masih ragu2 jangan makan, tapi kalau yakin makan. Sebenarnya banyak lagi isu, halal-haram dalam rantaian makanan.   

Boleh baca di pautan-pautan berikut:
Kementerian Kesihatan akui silap
Cadbury: Jakim sahkan bebas DNA babi
Coklat Cadbury Halal - Majlis Fatwa Kebangsaan