Monday, April 14, 2014

Doa senjata orang Islam

Sekadar perkongsian di ikim tadi.

Zaman dahulu, masyarakat saling mendoakan sesama manusia. Ibu mendoakan untuk anak, anak mendoakan ibu, suami mendoakan isteri, isteri mendoakan suami, pemimpin mendoakan rakyat, rakyat mendoakan pemimpin...sehinggakan tok mudim pun mendoakan orang yang hendak dikhatan dengan berdoa, "Ya, Allah. Engkau peliharalah insan ini daripada zina". 

Apa yang berlaku sekarang, adalah memaki hamun sesama sendiri, bukan lagi doa. Maka, sentiasalah berdoa mohon kepada Allah, untuk keharmonian hidup.

Wa Allahu 'Alam.

Tuesday, April 1, 2014

Sifat Ikhlas

Untuk renungan,
Sifat ikhlas diumpamakan seperti seekor semut yang berjalan di atas batu hitam pada malam hari.

Untuk mendapat sifat ikhlas, para ulama mengatakan bahawa, periksa amalan atau perbuatan di permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Jika ada terdetik sifat riak, malas dan sebagainya, banyak2kan istifar. Syaitan tidak akan mencuri harta benda manusia, tetapi sering mencari peluang untuk mencuri keikhlasan dalam beramal.

Sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat ikhlas dalam beramal. Wa Allahu 'Alam.