Tuesday, December 31, 2013

Cuti sekolah Qaisarah - Kaedah e-Extra dan Mengaji Qiraati

Syukur alhamdulillah, cuti sekolah sessi 2013 telah berakhir. Syukur juga Allah telah permudahkan urusan aku untuk menguruskan Qaisarah pada waktu cuti sekolah. Mula2 mmg agak serabut, sbb Qaisarah asyik nak main je. Lepas 3 minggu cuti sekolah, aku hantar dia kat satu Taski ni, sbb belakang je rumah dan mmg baru buka. Qaisarah pelajar pertama sekolah ni. Aku pun tak tahu nak kategori dia apa, tapi dia bawah persatuan PERTIM juga. Mula2 tak tahu apa itu PERTIM. Bunyi mcm PERKIM. Rupanya Persatuan Tadika Islam. Syukur selama 3 minggu masuk, dah banyak belajar baca dan ngaji. Banyak juga aku sebagai ibu belajar tentang pendidikan awal kanak2. 

Teknik baca berkesan ini, dia guna buku e-Extra. Ini adalah buku yang dia guna. Rupanya pensyarah UKM yang bangunkan. 

Utk mengaji pula, dia guna kaedah Qiraati, dan hanya guru2 yang dipilih sahaja yang boleh ajar kaedah ini, dan bukan semua orang. Ada Qiraati 1-5. Dua2 kaedah ini, memang aku baru tahu. Ini juga ada kaedah Qiraati yang blog yang aku jumpa, dan juga blog ini. 

Pada aku semua kaedah tak salah, tapi kita cari yang terbaik, dan aku sebagai pendidik di universiti pun banyak kelemahan yang sentiasa mencari kaedah terbaik utk memberi penerangan yang mudah kepada pelajar. 

Antara kaedah awal mengaji yang aku cuba cari: 
  1. Muqaddam (zaman Ustaz Datuk Hassan Azhari) 
  2. Kaedah Iqra' (Haji As'ad Humam)
  3. Kaedah Qiraati (Ustadz Haji Dachlan Salim Zarkasyi)
  4. Kaedah Baghdadi (Pengasas: Ustaz Jalaluddin bin Haji Hassanuddin)
Ada blog yang aku baca ada kelemahan dan kekuatan kaedah2 awal mengaji ini, mungkin boleh lihat di sini: Kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran 

Syukur juga Allah pertemukan juga dengan guru yang baik untuk membimbing Qaisarah.

Wednesday, December 25, 2013

Seni Khat

Lately, bila saya tgk di dinding2 dan hiasan2, ramai org buat hiasan dengan khat kufi. In fact, kalendar atas meja saya pun penuh dgn khat kufi. Sebenarnya saya mmg dah belajar ilmu khat ni sejak sekolah rendah, masa tu khat nashah je. Asah2 pensel, buat dekat buku tulis, tak adalah pandai mana pun. Bila sekolah menengah masuklah kelab seni khat dan lukisan. Part lukisan tu tak adalah skill sangat. Tapi part seni khat tu minatlah juga. Kat situ belajarlah nama2 khat. Ada nashah, tulus, kufi, mcm2 lagi. Pernah juga masuk pertandingan peringkat sekolah dulu. Dapat jugalah saguhati. Hadiah dia poster surah yasin. Masih ada lagi terpampang kat dinding rumah mak aku.


Tapi sekarang ni saya tgk orang duk asyik sgt dgn khat kufi. Khat kufi tu yang petak2. Tgk2 ada pulak siap software online. Apalagi, saya pun try skill saya secara online lah. Inilah hasilnya. Bukan nak promote web ni, tapi bolehlah ke laman web ni kalau nak cuba2....http://www.ejawi.net/v3/index?e=kufieditor


                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    
                    

Tuesday, December 10, 2013

Ujian IQ

Saya cuba buat ujian IQ di laman permata pintar, USIM. Dan jawapan nya adalah seperti berikut.




Tak delah kategori genius....hahaha...tapi high intelligent jugak lah. Semoga dapat memberi manfaat kepada orang lain. Itu semua dari Allah.