Thursday, August 29, 2013

Madu penawar penyakit

Aku pernah mendengar, ada seorang kata, sesiapa yg menjilat madu pada pagi hari, tiga hari berturut2 tidak akan terkena penyakit yang berat. Aku cari kat web, dapatlah artikel ini.

Kitab “Zad al-Ma`ad Fi Huda Khair al-Ibad” ada menyebutkan bahawa Rasulullah meminum madu sebelum makan sarapan pagi di bantu dengan air. Di dalam kitab hadis al-Sunan Ibn Majah pula disebutkan hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi  ”Sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat”. Di dalam kitab itu juga disebutkan juga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda”Barang siapa menjilat madu dengan air liurnya sebanyak tiga kali makan pagi setiap bulan, dia tidak akan kena bencana (penyakit) yang berat”.

Wallahu 'alam.

Friday, August 23, 2013

Tun M sindir Tun Abdullah

Saya memang meminati Tun M. Suka dengan cara pemikirannya, cara perancangannya, cara tindakannya. Bila baca artikel kat bawah ini memang ada logik dan kebenaran. Saya suka dia merancang utk masa depan negara yang cerah. Banyak perubahan Malaysia yang dia bawa ke arah kemajuan. Sampai dalam blog peribada saya ada label khas Tun M.  Yang lain saya tak nak komen. Sebenarnya saya ada juga menyimpan gambar2 dan pengalaman Tun M dalam album khas masa Tun M nak bersara dulu. Buku biografi dia pun mmg saya ada. Saya doakan Tun M dipanjangkan usia sehingga dapat melihat wawasan 2020 beliau. Mungkin ada org kata, wawasan 2020 Tun M tak tercapai utk menjadi negara maju seperti yg diimpikan. Tapi bagi saya, kalau tak tercapai 100% sekurang-kurangnya 80% dah tercapai. Kita mesti merancang utk masa depan yang cerah, bukan untuk sentiasa menidakkan perancangan. Dasar Ekononi Baru yg diperkenalkan oleh Tun M juga saya ada. Saya baca tentang DEB sgt sedih. Org Melayu sentiasa mengharapkan bantuan dari kerajaan, tidak mahu bersungguh2 membina ekonomi sendiri. Saya memang sedih, bila saya cerita dgn generasi baru, mereka banyak yang tidak tahu dan alpa. 

Ini adalah berita akhbar dgn Tun M yg menarik perhatian saya.


 Tnn M sindir Tun Abdullah

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit.

Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1 bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200 juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.

Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion.

"Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi.

"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan.
Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya.

Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah.

"Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan pelbagai projek mega lain.
"Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya.

Saturday, August 17, 2013

Raya Oh Raya

Raya dulu2 dan sekarang:

Zaman 80-90an: Kanak2 memang berduyun2 jalan beramai2 pergi berhari raya ke rumah saudara mara dan jiran tetangga. Walaupun dpt duit raya sekadar 20sen, tapi raya seronok dan sikap bersama dan mesra itu ada.

Zaman lewat 90an dan alaf baru era millenium dalam 2000an: Zaman ini bila raya rumah saudara mara, ramai duk melepak depan TV. Tengok TV yg disogokkan dgn cerita2 filem yang sebenarnya aku pun tak tahu. Aku cuma tahu tajuk dia asyik ulang2 je setiap tahun.

Era 2010an dan ke atas: Zaman ini aku tgk orang dah tak tgk TV sgt. Tapi duk sibuk dgn i-pad, i-pod, telefon canggih2. Kanak2 yg 5thn ke bawah sibuk duk main hp, lap top, komputer dsb.


Sepatutnya hari rayab di sambut mengikut cara sunnah nabi. Bermaaf2an, ziarah menziarahi dan banyakkan sedekah yang berpuasa punat 6 hari raya. Puasa 6 diibaratkan seperti puasa setahun.

Puasa di bulan Ramadan digandakan 10 kali pahala : 30 hari X 10 = 300 hari
Ditambah dgn 6 hari: 6 hari X 10 = 60 hari
Maka 300 hari + 60 hari = 360 hari.

Wallahu 'alam.

Thursday, August 15, 2013

Ucapan hari raya SMS 2013

Terima kasih kpd yang sudi mengirimkan ucapan hari raya melalui SMS.

Antara SMS dan pantun hari raya SMS yang saya telah terima ialah:

Dinihari Syawal dilimpahi keberkatan.
Keagungan & kebesaran Ilahi memecahkan hati-hati perindu.
Selawat serta salam bermain di bibir-bibir pencinta.
Sedekah & senyuman, amalan hari Jaaizah.
Pujian pada Ilahi, demi meraikan hari kemenangan & pembalasan...
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. - Munzir -   10 Aug 2013 15:43

Salam, semoga syawal ini lebih diberkati Allah, serta sentiasa di dalam rahmat dan pemeliharaanNya.
Selamat hari raya, maaf zahir batin, dari Alina + keluarga 09 Aug 2013 10:21

Bunga malaysia bunga raya.
Kalau ada salah silap harap diampun.
Maaf Zahir batin - Saifullah, foodbiotech, tahun3 USIM 09 Aug 2013 08:45

Jalan kaki ke masjid kota,
Terjumpe pengacara tv tiga,
Gembira di hari raya xterkata,
Selamat aidilfitri buat sahabat dan keluarga. - Tajul 08 Aug 2013 21:47

Selamat hari raya aidilfitri to you and your family - from Max 08 Aug 2013 20:00

Assalamualaikum. Salam Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. Drpd Liyana Kamal dan family. 08 Aug 2013 09:35

Dalam tinggi budi, ada rendah hati,
Dalam kaya jiwa, ada miskin harta,
Dalam lembut lidah, ada terlanjur kata,
Dalam gurau senda, ada khilaf & dosa,
Oleh itu, Mohon ampun & maaf atas segalanya.
"Selamat Hari Raya Eidil Fitri" - Ikhlas dari: Salhah & Family  07 Aug 2013 23:42

Selamat Menyambut Aidilfitri dan maaf zahir batin. Ikhlas dari Khalilah & Family 07 Aug 2013 23:22

Salam lebaran semua,
10 jari disusun memohon beribu kemaafan andai diri ini ada melakukan salah dan silap,
terkasar tutur bahasa terguris hati,
sy insan biasa yg tidak terlepas dari melakukan dosa.
semoga ramadhan yg pergi ini memberi seribu makna dan syawal yg tiba ini membri kegembiraan kpd kita sekeluarga.
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin. ikhlas dari AFIQAH JAMAL 07 Aug 2013 2013 22:44

Kaizhajie Kuaile (selamat hari raya aidilfitri); taqabbalah + maaf zahir & batin kpd penerima sms ini sekeluarga. -hj sabri. bakal final year fbiotech-usim 07 Aug 2013 20:13

1 ungkapan dgn penuh keikhlasan n ketulusan bersama ingatan yg x pernah padam,
Jari 10 disusun rapi memohon maaf zahir batin di atas setiap kata yang melukan,
tangkah yg sumbang,
janji yg dimungkiri & gurau senda yg keterlaluan...
Salam sesuci lebaran, selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin buat dr dan family :-) -AFIFAH 07 Aug 2013 10:54


Friday, August 9, 2013

1 Syawal 1434H = 8 ogos 2013

06:15 am: RTB-Masjid Pagoh untuk solat aidilfitri.
09:15 am: Tiba di Kg Prt Karjan, Sri Medan, Bt Pahat.
10:30 am: Kg Ladang, Gelang Patah, Johor.
12:45 noon: Tiba di Kg Ladang.


Gambar di atas diambil semasa ptg hari raya pertama di Kg Ladang, Gelang Patah. Salam Aidilfitri.


Qaisarah dan sepupu2 sebelah papa dia.
(Dari kanan - Fatin, Iqram, Nadhirah, Qaisarah)

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali diri ini, kepada kedua ibubapa, sahabat handai, guru2 yang pernah mengajar kami, dan tidak lupa juga kpd semua pelajar2. Maaf zahir batin.

Baju raya 2013

Sabtu lepas pergi shopping baju raya. Aku kalau shopping tak adalah sakan. Main ambik je kalau dah berkenan. Malsa nak fikir dua tiga kali. Tahun ini warna purple juga. Tak habis2 warna purple. Last year pun warna purple juga. Selalu aku tiga beranak mmg tak decide warna apa, sbb bila pergi kedai akan cari baju En Suami dulu yang muat dgn badan dan yg dia suka. Lepas cari baju dia, barulah kita orang akan pilih baju kita orang. 

2013-Purple; 
2012-Light purple; 
2011-Purple-pink; 
2010-Green; 
2009-Pink-Red; 
2008-Gold; 
2007-Purple; 
2006-Cream-peach

Ramadan tinggal lagi 2 hari. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari Ramadan tahun lepas. Ya Allah pertemukanlah kami pada Ramadan yang akan datang. Salam Lebaran.