Friday, June 28, 2013

Celik hati

Suatu hari saya berkata kpd Qaisarah...Cantik Qaisarah pakai baju muslimah. Alah baju t-shirt kanak2 lengan panjang gambar perempuan pakai tudung. Lantas Qaisarah menjawab.... Macam muslimah celik hati... Saya terkesima sebentar..... Mana dia dapat perkataan celik hati.... Ada aura celik hati dari Prof Dr Muhaya ke?

Wednesday, June 26, 2013

Syura juara master chef selebriti musim kedua

Sebenarnya master chef selebriti musim kedua ini aku banyak ter miss nak tengok. Al-maklumlah ada ASTRO beyond aku rekod je. Tapi entah bila nak tengok pun tak tahu. Aku tahu minggu ni adalah minggu episod yang terakhir, sebelum bulan puasa. Masa peserta 5 akhir tu aku tengok. Rupa2nya Syura dgn Celina yg masuk akhir.

Dan akhirnya, dari mulut kawan2 aku, aku dengar Syura yang juara... Tahniah.... utk Syura.

Tuesday, June 25, 2013

Jerebu

Semalam semua sekolah kat Selangor ditutup sebab jerebu. Sehari Qaisarah tak sekolah, duduk rumah mak. Pagi td aku pun tak tahu sebenarnya sekolah dah bukak ke belum. Aku paksa je Qaisarah sekolah. Aku cakap dengan En suami hantar je, kalau sekolah tutup, hantar rumah mak. Rumah mak tu, kiranya transit Qaisarah lepas balik sekoleh pukul 12 tghari sampai ptg dlm 6 ptg aku ambil. Kalau tak sekolah, dia sibuk memang nak ikut aku ke pejabat.

Mula-mula memang Qaisarah tak nak pergi sekolah sbb dia kata cuti jerebu. Aku pun kata, Eh mana boleh, hari ni sekolah, papa cakap, pak cik jaga pagar semalam kata satu hari je cuti. Then, aku kata kat Qaisarah, kalau bas sekolah lalu depan rumah, sekolah lah.  Sbb aku yakin, Negeri Sembilan sekolah. Aku kan duduk kat sempadan dua negeri. Tak lama, bas sekolah pun lalu depan rumah.... Maka percayalah dia, dan nak pergi sekolah. Slps En suami dan Qaisarah keluar, aku tengok TV. Berita kata, sekolah kat Selangor dah buka melainkan Klang dan Pel Klang. Syukur, hari ni sekolah. At least tak de lah nanti Qaisarah kata aku tipu dia. Sebenarnya aku pun tak tahu sekolah ke tak. Pukul 8pg tel En suami dia kata, hari ni mmg sekolah. 


Aku rasa jerebu kali ini tidaklah seteruk masa tahun 1998. Tahun 1998, aku rasa memang krisis air, jerebu dan ekonomi.  Tapi, sekurang2nya bersyukur kerana masih lagi Allah bagi rahmat kepada sekalian alam, terutamanya bumi Malaysia. Walaupun, bencana melanda, pada aku, makanan kat Malaysia tak pernah putus2. Orang Malaysia masih cukup makan dan terlebih makan.

Monday, June 24, 2013

Pesanan untuk wanita supaya menjaga solat di awal waktu

Pesanan kepada wanita, mengapa mesti menjaga solat di awal waktu, kerana ada tiga sebab.
  1. Manusia tidak tahu bila dia akan mati.
  2. Wanita tidak tahu bila dia akan kedatangan haid atau nifas ketika melahirkan anak. Jika dilewat2kan solat, kedatangan haid ketika sudah masuk waktu tersebut, wajib di qada'. Begitu juga tiba-tiba melahirkan anak, solat  belum ditunaikan, wajib mengqada' solat tersebut. Ditakuti lupa mengqada' atau tidak sempat mngqada'kannya.
  3. Takut tiba-tiba tetamu datang ke rumah. Tetamu mesti dilayan. Bila melayan tetamu takut terlupa untuk menunaikan solat.

Thursday, June 20, 2013

Selamat Hari lahir kpd anak2 buah ku

Selamat hari lahir utk Ahnaf pd 16Jun2013, genap 6 thn.
Selamat hari lahir juga pada Aimi pada hari ini 20Jun2013, genap 1 tahun.

Aimey dah pandai jalan...rindu kat Mimi...

Friday, June 14, 2013

Ketagih

Dua minggu ni ketagih:

  1. beli dan makan big apple donuts. Minggu depan jemu kot.
  2. tiga kali duk makan KFC.
  3. entah berapa kali beli jus kurma al-khaira gara2 rasa letih makan jus ni, lepas tu promote kat abah. td pergi beli lagi 5 botol.

Thursday, June 13, 2013

Kelebihan surah Al-Mulk

Pagi td semasa menonton rancangan Tanyalah Ustaz, ada seorang budak berusia 8 thn telah menghafal surh al-mulk. 

Dalam hadith nabi ada menyatakan bahawa membaca surah Al-Mulk dan As-Sajadah sebelum tidur, surah ini akan memberi syafaat semasa di alam kubur.

Abu Hurairah R.A memberitakan bahawa Nabi S.A.W bersabda, "Dalam al-quran ada satu surah yang mengnadungi 30 ayat. Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan mensyafati si pembaca itu sehingga dosanya diampunkan Allah. DSurah itu adalah surah Al-Mulk".

Ibnu Abbas R.A memberitakan bahawa Rasullullah S.A.W bersabda, "Dalam al-Quran ada satu surah yang terdiri daripada 30 ayat, barangsiapa yang membacanya ketika hendak tidur, maka Allah akan menulis 30 kebaikan baginya dan akan memaafkan 30 dosanya dan akan menghantar seorang Malaikat untuk memeliharanya daripada segala bencana'.

Dalam hadith yang lain, Rasulluh S.A.W bersabda, "Barangsiapa yang membaca surah Al-Mulk dan As-Sajadah ia seperti menghidupkan seluruh Malam Al-Qadar dengan beribadat."


Selamat Hari Jadi dan Ulangtahun perkahwinan

Selamat hari lahir buat adikku Hafizah dan ulangthn perkahwinan utk adikku Hani. Semoga kalian hidup dlm berkat iman.