Monday, February 28, 2011

Tesco Nilai

Lepas lawat pelajar LI di Nilai, aku dgn suami singgah Tesco, Nilai. Saja melawat hypermarket baru di Nilai. Aku jarang sebenarnya membeli-belah. Sekadar belanaj apa yg perlu, maka jumlah perbelanjaan kurang RM100. Aku rasa waktu sekarang ini walaupun byk duit, tp perbelanjaan mesti berhemah.

Jadi sesiapa yg belum tahu.... di Nilai sekarang dah ada Tesco.

Saturday, February 26, 2011

Masak-memasak di hari Sabtu

Pagi sampai ptg td, aku dgn Qaisarah ke rumah mak. Tghari tiada orang kat rumah mak. Cuma aku, Qai, Najah (anak saudara) dan adik bongsu aku. Yg lain2 sibuk dgn hal masing2. Mak Najah ada kursus 5 hari. Isnin baru balik. Adik aku yg tgh praktikum cikgu, ada mesyuarat PIBG. Abah pun pergi mesyuarat PIBG. Yg lain2 di asrama dan di rumah sewa masing-masing.

Oleh itu, aku telah masak ikan goreng, sayur campur goreng dan sambal goreng ikan bilis. Sambal ini orang Jawa panggil sambal totok. Aku pun tak tahu betul ke ada istilah ini. Tapi pedas sampai menyengat.

Tp, yg best tu bila mak kata, kalau macam ni setiap sabtu, ko dtglah rumah mak. Tolong masak. Qaisarah tolong mama masak. Setiap sabtu cari menu sendiri. Aku pun kata, tak janji...Insya-Allah kalau ada kelapangan dan kesempatan.


Friday, February 25, 2011

Tindakan bijak atau hukuman?

Petang td ada kuiz utk student aku. Aku dtg tepat pukul 3ptg. Yg dtg cuma 6-8 org shj. Tepat 3.05ptg, aku terus mulakan kuiz. Ada 7 pelajar lg yg tidak hadir.


Maka dgn rasa bertanggungjawab dan berhemah, aku telah menolak 2 markah kuiz untuk pelajar yang lewat 10 minit, dan 4 markah selepas 10 minit. Ada seorang pelajar tidak hadir. Dulu, masa aku belajar, pensyarah tidak pernah bgtahu bila dia akan buat kuiz. Aku bukan apa, aku memang dah bgtahu awal2, kelas pg mula 8.15pg, ptg 3.00ptg. Td kdg2 lewat melampau2. Mudah-mudahan tindakan aku ini memberi pengajaran kepada yang lain.



Thursday, February 17, 2011

Imam Muda Asyraf dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang

Sebenarnya, aku tak tahu pun imam muda Asyraf dapat anugerah ini. Suami aku yang cakap masa dia tengok berita pagi 2 hari lepas. Tadi baru google cari berita pasal IM Asyraf. Semoga IM lebih tabah dalam berdakwah kepada masyarakat di luar sana.



Wednesday, February 16, 2011

Rancangan SITI: Episod Pertama

Mula-mula tengok rancangan ini, aku teruja. Siti telah menemuramah Tun Dr Mahathir, mantan PM Malaysia.

Aku terbaca dalam akhbar, Tun Dr Mahathir rasa kekok bila pertama kali ditemuramah oleh Siti.

Rupanya Tun Dr Mahathir, tidak makan ikan selama ini. Tun Dr Hasmah kata sebab dia telah didik oleh ibunya yang ikan ada cacing. Tapi, makanan laut lain seperti sotong, kerang dan udang Tun boleh makan.

Macamana nak mendidik anak rajin membaca?
Dari kecil, kita perlu medidik anak untuk membaca apa saja jenis buku, tidak kira buku cerita atau kartun. Lama-kelamaan, kita perlu didik dengan membaca buku-buku fakta dan ilmiah. Saya setuju.


Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Hari ini cuti umum seluruh Malaysia, sempena maulidur rasul. Semoga kita umat nabi Muhammad akan mendapat syafaat di akhirat kelak. Banyakkan selawat ke atasnya.

Ada cerita menarik tentang maulidur rasul yang akan ku ingat sampai sekarang.




Sunday, February 13, 2011

Tenaga: fakta dan dari pelbagai aspek

Mengapa aku sering rasa kehilangan tenaga? Bila buat kerja sikit, rasa keletihan yang amat sangat.

Dalam kimia tenaga pengaktifan merupakan tenaga minimum yang diperlukan untuk tindakbalas. Dalam pemakanan tenaga diukur dalam unit kalori. Dalam islam, tenaga dikaitkan dengan kekuatan roh, sekiranya bersama dgn orang2 soleh maka akan dapat kekuatan roh. Mungkin teori fizik keseimbangan tenaga dalam fizik, berkait dgn kekuatan tenaga rohani dan jasmani. Tenaga boleh diserap dan boleh diubah, tetapi tenaga tidak boleh dimusnahkan.

Dalam pemakanan, setiap komponen nutrien memberikan nilai kalori yang berbeza. Lemak mempunyai nilai kalori yang tinggi, iaitu 9kcal/g, sedangkan karbohidrat dan protein hanya 4kcal/g. Kadang2 aku terfikir, adakah disebabkan oleh pemakanan yang kurang sihat? atau kekurangan vitamin atau mineral yang menjadi kofaktor dan koenzim dalam penghasilan tenaga?

Dalam islam, kekuatan roh itu penting. Bila rohani kuat, maka jasmani akan kuat. Sebab itu, mereka yang soleh dan sentiasa berzikir mengingati Allah, mendapat kekuatan dalaman yang luar biasa. Kita juga sering mendengar dan sekiranya ada gangguan luar yang jahat, tenaga kita akan diambil dan kita akan kekurangan tenaga. Adakah semua ini berkait?


Keletihan sering melanda diri. Ya Ilahi, berikanlah daku kekuatan jasmani dan rohani, agar diriku sentiasa dapat mengingatimu dalam berkat rahmatmu yang abadi. Sesunggunya hanya dikau dalam maha kuat. Ya Qawwiy.

Maka renung2kan...

Saturday, February 12, 2011

web sosial www.salingsapa.com

Baca kosmo, ada seorang pelajar 13 tahun telah mencipta satu lagi laman sosial. Seorang pelajar dari Indonesia. Aku cuba access web sosial in. www.salingsapa.com

Muka hadapan, memang menarik. Gambar kaabah. Di situ, ada ikon al-quran. Makin banyak laman sosial wujud.





Kata kunci popular hari ini, berdasarkan statistik nuffnang.


Kata KunciKunjungan
air syabas berkualiti tinggi2
buku nexus upsr2
adi putera wikipedia1
darab menggunakan cara adi putra1
maksud ayat mengigal1
tempat charger nokia rosak1

Carian popular minggu ini dalam blog saya

Menerusi statistik nuffnang

asraf imam muda


3
formula adi putra2
duit rm50 edisi terhad1
adi putra (formula)1
mydin meriah card check point online1
nilai duit rm50 jika ada lambang 50 tahun merdeka1
duit rm50 edisi 50 tahun merdeka1
warna baju ikut hari1
bonus david teoh kepada pelakon mig1
formula matematik adi putra1


Bila diamati, carian adi putra memang paling tinggi sejak dulu.

Ini carta paling popular dalam blog saya setakat ini:

Popular Posts










Tuesday, February 8, 2011

Pelbagai jenis kalendar dalam kehidupan

Semalam, aku ada baca status seorang kawan dlm FB. Berbunyi lebih kurang begini.
"Saya ada pelbagai jenis kalendar. Kalendar kuda, kalendar bunga. Melambak. Sesiapa yang hendak kalendar percuma, sila bagitahu saya."

Saya terfikir sejenak.

Saya pun banyak kalendar. Semua saya dapat percuma. Satu planner sahaja yg saya beli. Tapi dalam fikiran saya, kalendar Jawa ada tak yek?? Sebab kalendar edisi Jawa ni susah nak dapat. Kalau kita ke kedai-kedai sekitar Klang, Johor, Banting. Mungkin senang nak dapat.

Sebenarnya bukan itu yang saya nak ceritakan. Dalam banyak kalendar yang saya dapat, saya rasa tiada saya kalendar pun yang pada saya lengkap. Sebab itu, dalam bilik di pejabat saya, ada 3 jenis kalendar. Di rumah saya, ada 2 jenis. Satu saya letak di aras bawah rumah, dan yang satu lagi di ruang atas rumah.

Di pejabat saya:
  1. Kalendar pertama (Kalendar universiti): Lengkap dengan segala cuti seluruh Malaysia, dan paling penting takwim akademik pelajar (cuti semester dan waktu perkuliahan) serta takwim Hijrah. Tiada waktu solat bagi bandar utama negeri seluruh Malaysia.
  2. Kalendar kedua (Kalendar Kuda): Lengkap dengan segala cuti seluruh Malaysia dan Singapura, lengkap jadual cuti sekolah pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia, takwim Hijrah serta kalendar Cina dan India. Tahun ini tahun arnab.
  3. Kalendar ketiga (Kalendar Keluaran Zhulian-percuma): Lengkap dengan segala cuti seluruh Malaysia dan takwim cuti sekolah pelajar sekolah rendah dan menangah di Malaysia. Yang menarik, ada tertulis hari-hari istimewa seperti hari guru, hari ibu, hari wanita dan hari bapa. Tapi menyedihkan...takwim Hijrah tidak tercatat. Cuma tercatat, cuti pada hari kebesaran Islam seperti Nuzul Quran, Israk Mikraj dan sebagainya.
  4. Kalendar keempat (Kalendar Dutch Lady-percuma beli dua buah susu kotak Dutch Lady di 7 eleven) - Hanya tercatat cuti umum negara (tidak seluruh negeri), dan hari susu sedunia (1 Jun). Tiada takwim Hijrah.
  5. Kalendar kelima (Kalendar dari sebuah Kedai Percetakan dan Alatulis) - Tercatat semua cuti seluruh negeri di Malaysia, cuti sekolah pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia dan takwim Hijrah. Paling penting tercatat jadual solat bagi negeri seluruh Malaysia.
Pada aku, kalendar utama mesti dicatatkan seluruh cuti seluruh Malaysia, takwim Hijrah serta waktu solat bagi bandar utama.

Sesiapa yang hendak melihat kalendar Jawa, boleh capai pautan di sini.



Monday, February 7, 2011

Macam-macam Qaisarah

Bila aku kata, Qaisarah ni macam-macam lah.

Qaisarah: Macam-macam Aznil.
Aku: Ish budak ni... otak dia boleh cipta ayat macam-macam Aznil

Bila aku kata, Qaisarah ni minum susu Dutch Lady pun dah petah dan bijak. Kalau bagi minum susu Anmum terlebih bijak agaknya.

Qaisarah: Tom Tom Bak.
Aku: Apa kaitan dgn Tom Tom Bak. (Terfikir sejenak). Oh, Iklan susu Anmum tu. Anmum Essential.... Tom Tom Bak.

Bila aku kata, clever.
Qaisarah: Memang bijak.
Aku: Bila masa aku tambah memang... Oh iklan susu...Bijak, bijak...memang bijak.

Aku terfikir adakah pengaruh TV atau pembelajaran melalui pemerhatian? Mungkin kedua-duanya sekali.






Thursday, February 3, 2011

Happy birthday...my love

Selamat hari lahir untuk suamiku, En Farisan. Setiap thn, hari lahir suamiku mesti jatuh dalam lingkungan CNY. Tahun ini, hari jadi mmg jatuh tepat hari CNY. Aku tak sempat buat nak belikan hadiah. Tapi, yang menarik, suami belanja kami makan. Walaupun hanya KFC.

Selamat hari lahir suamiku. Semoga dikau dipanjangkan usia dlm nikmat iman, dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kekuatan untuk menambahkan ibadah.




Wednesday, February 2, 2011

David Teoh bagi Bonus RM 4.5 juta

Baru-baru ini, aku ada menonton CAM (cerita artis malaysia) dekat ASTRO edidi David Teoh. Bila tengok rentetan cerita davih Teoh, dia ni memang bermula dgn kegagalan. Filem pertama dia SYUKUR 21 pada thn 2000. Aku pun ada tgk cerita itu. Masa tu, mmg ramai kata filem itu banyak mengarut. Tapi apa yg David kata, kegagalan filem itu mungkin disebabkan oleh, rakyat Malaysia pada masa itu, belum boleh terima teknologi canggih lagi. Aku rasa pandangan dia, serba sedikit ada kebenarannya. Tengok sekarang cerita cicakman. Banyak jua tak logik tp meletup2. Zaman pada masa cicakman diterbitkan sudah berubah.

Nazri dr kump Raihan kata, David tak kesal erti kegagalan. Ya, aku setuju. Rasa 5 filem pertama dia gagal. Tapi dr kegagalan, dia banyak belajar. Dari kegagalan, muncul kejayaan.

Hari ini, dalam suratkhabar, terpampang David bagi bonus kepada kepada pelakon dan kakitangan MIG yang menjayakan filem-filem terbitan MIG.

Yang menarik, bila dia kata:
"Setiap rezeki yang saya dapat, saya harus kongsi bersama mereka yang menjayakannya, lebih banyak yang saya kongsi, maka, lebih banyak rezeki yang akan saya perolehi pada masa depan".

David banyak belajar tentang konsep dlm Islam dan masyarakat Melayu sebenarnya. Tapi bukan ke konsep ini semua telah diajar dlm semua agama. Mungkin satu hari sinar NUR akan bercahaya dlm dirinya.