Saturday, November 27, 2010

Ulangtahun perkahwinan ke-5


Hari ini usia perkahwinan kami genap lima tahun. Tempoh lima tahun perkahwinan bukanlah suatu tempoh yang singkat. Banyak perkara dalam perkahwinan yang kami telah pelajari. Perkahwinan merupakan satu perkongsian hidup. Awal perkahwinan, terutama pada tahun pertama memang penuh pancaroba. Onak dan duri perlu dilalui dengan penuh kesabaran dan keimanan. Konflik rumahtangga pasti berlaku. Bila diamati... perkara ini berlaku kerana dua hati yang berbeza pemikiran, didikan, kerjaya, pendidikan, keluarga dan sebagainya tentu sekali ada konflik bila bersama. Namun, apa yang perlu setiap pasangan belajar adalah tolak-ansur, kesabaran dan saling lengkap melengkapi. Itulah dia erti sebuah kehidupan rumahtangga. Semoga kehidupan kami sentiasa disinari cahaya iman dan taqwa dalam melayari bahtera rumahtangga.



Friday, November 26, 2010

Selamat Pengantin Baru Fathullah-Faizah

Petang 26 Nov 2010, bertolak dr Nilai ke Jengka 6. Adik ipar nak bernikah dgn orang Jengka 6. Sebenarnya bakal biras aku ni pun asal kedua orang tuanya dari Kelantan. Kali ini ke Jengka mmg tak sesat. Sbb semasa pertama kali kami ke sana untuk majlis pertunangan mereka, kami dah sesat dan dah pakar serba sedikit selok belok Jengka. Yang penting fokus...dan kalau agak2 tersasar, anggaplah ini amazing race. Cuma kami tidak berlumba dengan sesiapa.

Kamera memang tiada, sbb sudah dirosakkan oleh Qaisarah semasa aidilfitri yang lalu. Memang tak berbaloi jika dibaiki. Jadi tiada gambar menarik yang kami rakamkan. Cuma sedikit gambar di telefon bimbit yang gambarnya pun tidak berapa jelas.



Thursday, November 25, 2010

Dewan peperiksaan

Seawal pagi jam 8.30 pg, aku melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Bukan aku yang menduduki peperiksaan, tetapi aku dilantik untuk menjadi pengawas peperiksaan bagi slot hari ini.

Peperiksaan baru bermula 10 minit, tiba-tiba... ada seorang pelajar mengangkat tangan. Pembantu pengawas peperiksaan datang membantu. Selang beberapa saat, pembantu pengawas peperiksaan tersebut datang kepadaku mengatakan yang pelajar berkenaan terlupa untuk membawa kalkulator. Aku memberitahu kepadanya, sekiranya kalkulator pelajar tersebut berada di luar, sila benarkan dia ambil.

Ya Rabbi...rupanya memang terlupa bawa langsung. Agaknya malam tadi dia ulangkaji bersungguh-sungguh, sampai terlupa bawa masuk kalkulator dalam beg. Apa nak buat, sejam selepas aku aku terpaksa bagi dia meminjamkan kalkulator dari kawan di belakang dia. Pelajar-pelajar aliran sains, kalkutor itu wajib ya untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan. Macam-macam perangai lah.

Kaki aku terasa lenguh, sebab 3 jam tu berjalan keliling dewan.

Friday, November 19, 2010

Duit RM50 Edisi Khas sempena 50 tahun Kemerdekaan Malaysia



Sebenarnya, Bank Negara telah mengeluarkan duit RM50 dengan logo kemerdekaan. Edisi terhad ini hanya dicetak 50juta keping sahaja.

Saya mengetahui tentang duit RM50 edisi terhad ini daripada suami saya sendiri. Dia mengatakan bahawa duit ini ada nilai, jika sekiranya disimpan lama. Ini kerana ramai pengumpul duit edisi terhad akan cuba membeli dan membida dengan harga yang menarik terutamanya bagi nombor siri yang menarik.

Saya terus menyemak dompet saya, semasa suami memberitahu kepada saya. Tiada sekeping pun duit RM50 edisi terhad yang saya miliki. Duit RM50 cetakan baru, memang ada beberapa keping dalam dompet saya. Sejak itu, saya terus memeriksa setiap keping duit RM50 yang saya miliki.

Setelah seminggu, akhirnya saya dapat juga duit RM50 edidi terhad dengan logo 50 tahun kemerdekaan. Ini ada beberapa keping yang saya simpan, terutama duit RM50 dengan nombor bersiri.


Ramai yang tidak perasan sebenarnya duit RM50 ada edisi terhad. Saya mula sedar pun dalam akhir tahun 2009. Malah ada yang beranggapan duit RM50 edisi terhad ini adalah palsu. Ada lagi beberapa siri RM50 yang saya simpan untuk koleksi. Nombor siri yang kurang menarik, saya gunakan untuk belanja harian. Hanya sekadar mengambil foto sahaja.





Amazing Race Asia: Season 4

Semalam aku tgk amazing race.
Team Malaysia dah terkeluar.

tersilap langkah dia orang masa buat lencongan tu.
Dia org pilih cari nama orang kat batu nisan.
Tapi sebenarnya aku macam dah rasa je dia org ni akan keluar dan dpt tpt kelima.
Sbb Hilda dgn Ivan tu dah keluar dan dpt tpt ke-7.

Kedudukan Malaysia yg lalu:
Season 3: Ida-Tania (ke-3), Henry-Bernie (ke-5)
Season 2: Pamela-Vanessa (ke-2), Diane-Ann (ke-4)
Season 1: Joe Jer-Zabrina (Pertama), Andrew & Syeon (ke-3)

Jadi, kalau perkiraan tu, mcm selang satu je tpt dia org ni.
Apa-apa pun, mmg aku respect dgn dia org.
Mula-mula tu, dia nak bg Richard-Richard naik bot dulu.
Aku mmg nampak dia org ini berlawan dengan semangat setiakawan dan berhemah.
Ramai dari pasukan negara lain, suka pada pasangan Ethan-Khairie ni.

Tahniah buat Ethan-Khairie walaupun dah tersingkir.
Tapi aku yakin, keputusannya dah tahu siapa juara TARA season 4 ini.
Biasanya, rakaman dah habis awal dua bulan.
Cuma dirahsiakan dulu, juaranya.


Wednesday, November 17, 2010

Aidiladha 1431H

Salam Aidiladha buat semua yang beragama Islam serta semua sahabat yang mengenali diri.

  1. Pagi Aidiladha tahun ini, kami hanya beraya di rumah. Mengemas rumah dan membasuh baju adalah rutin utama aku bila ada cuti.
  2. Mesej Aidiladha yang paling aku suka: Pengorbangan Ibrahim patut dicontohi, Ketaatan Ismail wajar diikuti, Kesetiaan Hajar lambang kasih sejati, Salam Aidiladha 1431 Hijri.
  3. Qaisarah aku pakaikan baju kurung. Dia memang suka pakai baju kurung.
  4. Selepas zuhur, kami makan di RasaMas, kemudian membelah-belah hadiah untuk majlis-majlis perkahwinan yang bakal kami hadiri. Musim cuti sekolah akan bermula, maka bermulalah episod melangkah ke alam rumahtangga untuk bakal pengantin baru.
  5. Bulan Disember ini, aku juga bakal mendapat seorang lagi anak saudara.
  6. Tahun lepas, aku juga hanya beraya di rumah.
Aidiladha 1430H = 27 November 2009 (Jumaat)
Aidiladha 1429H = 8 Disember 2008 (Isnin)
Aidiladha 1428H = 20 Disember 2007 (Khamis)
Aidiladha 1427H = 31 Disember 2006 (Ahad)


Friday, November 12, 2010

Penuh debaran dan kelucuan

Malam tadi tgk Amazing Race, ETHAN dan KHAIRI dapat tempat ke-3. Mula-mula dah nak dapat tempat kedua. Tapi sesat sikit. Anyway, sbb kemas katil paling cepat kat Hotel Hilton, so,dapat juga hadah dari Hotel Hilton.

"After completing the Chucker challenge, Michelle finally psyches herself to eat the worm and she ends up performing a dance to celebrate her bravery.


Thinking that they are the last, Natasha and Hussein pick Hunter but end up switching to Chucker instead.

Racing towards the pit stop, Ethan and Kharie find someone who will guide them there but are too late as the Richards are the second team to arrive.


But while Ethan and Kharie are team number three, they do win a prize for being the fastest in the bed making challenge, and they get a free upgrade to a Hilton suite the next time they stay at the Hilton.


Claire and Michelle are the fourth, followed by a surprised Hussein and Natasha.


As night falls, Dimple and Sunaina have been summoned to the pit stop for being the last. They have been eliminated from the race".



Ini ada berita yg aku copy and paste pasal mereka berdua sebelum perlumbaan bermula.

2010/09/21

PROGRAM realiti popular, The Amazing Race Asia musim keempat menjanjikan banyak kejutan, sebagaimana musim terdahulu yang tidak henti-henti menghidangkan pelbagai debaran buat penontonnya. Sejak perlumbaan edisi Asia bermula pada 2006, banyak kejutan tak dijangka dapat disaksikan menerusi rancangan ini.

Jika sekiranya musim sebelum ini dianggap antara rancangan paling mencabar dari segi fizikal, apabila peserta dikehendaki melakukan pelbagai cabaran hebat, menggunakan akal dan kekuatan, musim terbaru pula bakal menonjolkan pelbagai insiden melucukan, yang pasti membuatkan peminatnya tergelak sakan melihat gelagat peserta ketika bersaing sesama mereka. Tidak cukup dengan kelucuan ditimbulkan sewaktu menyelesaikan tugasan, sebahagian peserta pula sememangnya mempunyai mulut bertih, manakala personaliti sebahagian lagi benar-benar mencuit hati. Bagi pelayar internet pula, buat kali pertama, perlumbaan ini dihidangkan kepada mereka menerusi talian, seminggu sebelum ia ditayangkan di kaca televisyen. Penonton yang mendaftar di laman sesawang www.axn-asia.com/tara pada 16 September lalu muncul antara penonton pertama di dunia yang menyaksikan babak mendebarkan lagi melucukan, sebagaimana dipaparkan menerusi episod pertamanya.

Manakala mereka yang lebih suka menontonnya di kaca televisyen, perlumbaan musim keempat ini boleh diikuti bermula 23 September, di saluran AXN.


Permainan kali ini sememangnya boleh dianggap kelakar. Paling tidak, begitulah tanggapan Penerbit Eksekutifnya, Michael McKay, yang dilihat menyeka air mata kerana terlalu banyak ketawa, sewaktu menyaksikan rakaman perlumbaan, begitu juga sewaktu beliau terbabit dalam kerja pasca produksi siri ini.

"Manas dan Sahil dari India membuatkan kita ketawa sejak dari awal perlumbaan, manakala Ethan dan Khairie dari Malaysia Malaysia pula sememangnya dua karakter yang kelakar. Begitu juga dengan pasangan Richard dari Filipina yang suka berlawak. Namun Hilda mungkin mencuri perhatian peminat dalam episod pembukaan," katanya.
Drama dan kelucuan pada hakikatnya menjadi inti pati rancangan berkenaan bagi musim ini. Daripada 10 pasangan yang bertanding, wujud peserta yang tidak henti-henti bercakap, beberapa peserta wanita yang gemar berpesta dengan gelagat mereka yang bukan-bukan, kumpulan yang membawa kerusi malas mereka sendiri, serta peserta yang suka menangis tidak kira di mana dan apa juga alasannya.

Peminat akan menyukai mereka atau membenci peserta ini. Namun itulah hakikat yang dapat disaksikan sepanjang perlumbaan terbabit. Namun begitu pada masa yang sama, sudah tentulah ada peserta yang menyertai program ini dengan hasrat untuk menjulang kejuaraan.

The Amazing Race Asia Musim 4 dibawakan kepada peminat oleh Sony Electronics Asia Pacific, Caltex, Axiata Group dan Hilton Hotels & Resorts.

Rujukan: http://eforum1.cari.com.my/news/bh/readmore.php?article=Penuhdebarandankelucuan/Article


Thursday, November 11, 2010

Semoga Allah memberkati hidupku di dunia.

  1. Hari ini genaplah umur aku 31thn (mengikut thn masihi). Alhamdulillah Allah masih memberikan aku nikmat kehidupan di dunia ini yang tidak terhingga.
  2. Banyak ucapan di FB aku terima mengucapkan happy birthday, selamat hari lahir, sanah helwa...dan mendoakan semoga aku dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dilempahi rahmat.
  3. Hanya satu sahaja ucapan yang aku terima melalui SMS.



Pesanan bagi sesiapa yang menggunakan seterika

Pagi td aku nak gosok baju utk ke pejabat. Tiba-tiba Qaisarah datang bawa selimut dia. Dia suruh gosok selimut dia. Qaisarah ni memang. Kadang2 baju buruk dia pun dia sibuk nak gosok. Tapi bagus, dia tahu seterika tu panas.

Dulu, masa aku masih di sekolah rendah, selalu juga gosok baju sendiri. Mak selalu berpesan, selepas menggosok baju, sila tanggalkan wayar dari soket suis. Ya! kena tanggalkan wayar dari soket. Sbb adik-adik aku pada masa itu masih kanak-kanak dan bayi. Jika wayar tidak ditanggalkan dari soket suis, mereka boleh menekan suis dan seterika akan terus dinyalakan. Ini memang pernah terjadi pada adik aku. Mujur cepat perasan.

PESANAN KEPADA SEMUA YANG MENGGOSOK BAJU:
Sila matikan suis seterika dan tanggalkan wayar dari suis.



Monday, November 8, 2010

Seminar

Seawal pagi dah bertolak ke pejabat sbb pg ni nak ke Putrajaya utk menghadiri pelancaran dan seminar keselamatan makanan 1Malaysia (SK1M) anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Aku dah terlambat rupanya, bas dah tunggu. 8.10pg baru aku sampai. Bukan apa, selalu mmg bas lambat sikit. Kali ini bas bergerak tepat pada masanya. Minta maaf tuan pemandu bas.

Sampai sana dalam 9:30 pg, makan dahulu. Pada aku seminar ini memberi manfaat kepada pengusaha-penguasa kecil makanan yang mahu mengedarkan makanan di peringkat domestik.



Sunday, November 7, 2010

Hujung minggu

Cuti hujung minggu, pagi-pagi aku sekadar menggoreng kentang untuk sarapan pagi. Petang aku bercadang nak buat spagetti. Pagi td, aku ke Mydin utk memperbaharui kad Mydin aku yang dah luput ahli. Minggu lepas, aku ke Mydin dan mendapati kad ahli aku telah tamat, tetapi sistem komputer tidak berfungsi.

Bagi sesiapa yang hendak memohon kad keahlian mydin sila lawati di sini.

Aku memang suka ada kad-kad keahlian untuk membeli-belah. Kumpul mata ganjaran, kemudian boleh tebus dengan barangan.

Lepas ke Mydin, kami ke Pasaraya Grand Union. Barangan di situ jauh lebih murah dari Giant. Aku memang suka ke situ untuk membeli barangan keperluan rumah. Tetapi, pilihan barang di sini memang agak terhad. Untuk keperluan asas, ya...memang berbaloi.

Kemudian, aku singgah sebentar ke sebuah kedai berhampiran untuk membeli butang baju. kedai itu menjual keperluan asas menjahit.


Friday, November 5, 2010

Cuti umum Deepavali

Hari ini, hari cuti umum bg seluruh Malaysia. Aku bersama keluarga, sekadar berehat dan mengemas rumah. Pagi tadi, masak nasi lemak untuk dimakan sehingga ke ptg. Ptg aku sekadar menggoreng kentang goreng. Selepas asar, kami ke Giant.

Qaisarah cukup suka makan kentang goreng, mee hoon goreng, keropok dan minum air oren. Semalam tgk amazing race..... tapi ini bukan perlumbaan peringkat penyingkiran. Sekadar perhentian maya sahaja. pertandingan tetap diteruskan.


Tuesday, November 2, 2010

Kek dan roti

Setiap kali hari Selasa, pelajar tesis aku akan bagi kek dan roti yang dia buat dari kelas bakeri dan roti. Tadi baru je menjamah dua jenis biskut dan sebiji muffin.

Itulah untungnya kalau jadi pelajar atau pensyarah untuk subjek yang bersangkut paut dengan makanan. Tapi AWAS!!! Kalori yang diambil perlu juga dijaga.